di luar Masjid Nabawi
jemaah haji Malaizia ...
di dalam Masjid Nabawi
Kaabah yang Agung ...
penjuru Hajar Aswad / Makam Ibrahim
di Jabal Thur
menuju ke Jamaarat
.. Mina
rakan2 SAJOHA berjumpa sedang menunggu hidangan nasi kambing mandi dihostkan oleh sdra Ahamad Kamel ...Dato' Ahmad Redza ('75), Yusof Kassim, Khidir Abd Rahman, Ahamad Kamel, Md. Norhayati, Paimin Kasimon ('75), Jaigani (adik arwah Sahibullah Jaafar), Alimor
Syukur Alhamdulillah ke hadrat illahi aku dan isteri telah selesai menunaikan ibadah haji (setakat kemampuanku) dan selamat perjalanan pergi dan pulang. Sesungguhnya ibadah haji amat memerlukan kesabaran untuk melakukannya kerana jutaan manusia berada di tempat yang sama pada masa yang sama.
Di sana kita berasa terlalu dekat dengan Allah swt bukan kerana Kaabah di depan mata kita tetapi kerana kita banyak beramal kepadanya dan fokus ke atas amalan yang kita lakukan. Semoga amalan2 kita di terima Allah swt dan kita teruskan selepas haji untuk mendapat balasan syurga selepas mati. Itulah matlamat hidup kita.