Sep 25, 2010

Fw: SMSJ'77


Dol Said, Jalil Abdullah, Samsudin Nyat, Mohd Samad, Shamsudin Sungip, Jamil Sayati




Arifin Bujang, Jamil Sayati, Nazari Ahmad, Aziz Fii, Dol Said
Hamid Ahmad


----- Forwarded Message ----
From: doll said bin ngah <said@sirim.my>
To: alimorsipon@yahoo.com
Cc: dollsaid@yahoo.com
Sent: Thu, September 23, 2010 3:59:24 PM
Subject: SMSJ'77



Salam Alimor,
Aku attached some photos semasa 5M1 dahulu utk kenangan.
Wassalam

DOLL SAID BIN NGAH,
Senior Researcher,
Ceramics Technology Group,
Structural Materials Programme,
Advanced Materials Research Centre (AMREC),
SIRIM Berhad
Tel: 03-55446875, Fax: 03-55446867, H/P: 013-3633892.
Altenative e-mail: dollsaid@gmail.com

Sep 22, 2010

fw: Ulasan Ustaz Zaharuddin.net on Facebook [Salam semua yok tegakkan Amar Maaruf Nahi Mungkar!]





Untuk renungan, peringatan .... fikir2lah 



From: Sent: Wednesday, September 15, 2010 7:44 PM
To: Subject: Ulasan Ustaz Zaharuddin.net on Facebook [Salam semua yok tegakkan Amar Maaruf Nahi Mungkar!]

 

Ulasan Ustaz Zaharuddin.net on Facebook
Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1)   Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka.  Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami  serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat 'membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang 'perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu  jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2)  Terlebih gambar
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi  kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri).  Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat 'lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar,  si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah 'janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang  sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .

3)  Penyamaran
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi 'friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4)  Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu 'bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai 'rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.  

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.


__._,_.___

Sep 19, 2010

Fw: [SAJOHA = Sekolah Menengah Sains Johor (SMSJ) Alumni] Majlis Sambutan Hari Ra...

Jemputan Majlis Sambutan Hari Raya SAJOHA.

----- Forwarded Message ----
From: m00z <muz.abd@gmail.com>
To: alimorsipon@yahoo.com
Sent: Sun, September 19, 2010 2:46:14 AM
Subject: [SAJOHA = Sekolah Menengah Sains Johor (SMSJ) Alumni] Majlis Sambutan Hari Ra...


 
Tarikh : 3 Oktober 2010 (AHAD)
Tempat : Dewan Anuar Mahmud, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM, Bangi.
Masa : 10.00 pagi hingga 2.00 tengah hari
Menu asas utama: Mee goreng dan minuman tajaan SAJOHA

Pilihan:
Menu "Pot Luck"
Pihak jawatankuasa telah bersetuju memberi pilihan kepada ahli untuk memilih sama ada membawa makanan sendiri atau menyumbang duit.
Jumlah sumbangan duit : RM 25 seorang,
Akaun Bank Islam Dr Zaidi Isa (VP-SAJOHA) akaun 12029010029168 SAJOHA, sebelum 28 September, 2010.
Bagi sesiapa yang menyumbang makanan, pihak AJK mencadangkan beberapa menu seperti berikut:
  1. Sate (2000 cocok)
  2. Lontong atau Nasi Himpit
  3. Lemang (150 batang)
  4. Kuih Muih (sebanyak mungkin)
  5. Lain-lain makanan seperti Nasi Beriani dan kek serta buah-buahan.
Kepada sesiapa atau batch yang ingin menyumbang makanan atau wang sumbangan mohon di maklumkan kepada Muzafar Abdullah -SPM 1987 (muz.abd@gmail.com) jelaskan jenis makanan dan jumlah yang ingin dibawa bagi memudahkan urusan.

Pelan Lokasi:







--
Posted By m00z to SAJOHA = Sekolah Menengah Sains Johor (SMSJ) Alumni at 9/19/2010 02:32:00 AM

Sep 18, 2010

Fw: MG di SF



----- Forwarded Message ----
From: Abdul Jalil Abdullah <abduljalil.abdullah@gmail.com>
To: Alimor Sipon <alimorsipon@yahoo.com>
Sent: Sat, September 18, 2010 3:57:10 PM
Subject: MG di SF

Salam.
Alimor, sebentar tadi saudara Bustamam telah dtg berjumpa saya di hotel (8pm waktu SF dan 11am waktu KL) atas semangat persahabatan beliau datang selepas pejabat drp tempat tinggal beliau di selatan SF perjalanan satu jam ke pusat bandar SF. Kami makan mlm di restoren pakistan berhampiran hotel dan berbual kosong.
Disertakan gambar terbaru saudara Bustamam( Bungkusan baju reunion beliau baru terima beberapa hari yg lepas dan beliau mengucapkan terima kasih kepada saudara Alimor dan semua kawan kawan yg ingat kepada beliau, insyaAllah hujung tahun ni beliau akan pulang bercuti ke tanah air.)
Terima kasih
AJA

Sep 13, 2010

Asrama Putera SSI 2010





asrama putera ssi 1974

ke jalan yahya awal (kubor cina)

Entrance to Hutan Bandar



Cuti Raya lepas masa balik ke JB sempat lalu dan singgah di Asrama Puteri SSI, asrama putera budak2 sains johor tahun 73-74. Sekarang asrama tu dah bertukar jadi asrama puteri SSI, sejak bila jadi asrama puteri dan sejak bila sekolah SSI ada murid2 perempuan tak tahu pulak. Bangunan nampak masih sama tapi lanskap dah banyak berubah - kita tinggalkan 36 tahun dulu.

Di hadapan asrama ialah Hutan Bandar yang dulunya belukar dan ada parit besar. Luas, cantik dan tenang hutan bandar ini elok untuk berehat, riadah atau bersenam. Dulu aku short cut lalu hutan bandar ikut tepi parit pergi ke Larkin (Jalan Kebun Teh) kalau nak pergi berek JKR tempat tinggal bapa saudara.

Tak sangka pulak masa mula kerja duduk di kuaters TNB Jalan Serama tahun 86-87, seberang Asrama Putera SSI. Walaupun dekat, masa tu tak kisah nak jenguk2 asrama putera SSI ni.

Tak sempat pulak nak pergi asrama puteri SMSJ di Kolej Puteri Tunku Ampuan Mariam.

Fw: Fwd: Fw: Drinking Water at the Correct Time

----- Forwarded Message ----
From: Aisah Sulaiman <aisahsu@gmail.com>
To: "Alimorsipon@yahoo.com" <Alimorsipon@yahoo.com>
Sent: Sun, September 12, 2010 5:15:27 PM
Subject: Fwd: Fw: Drinking Water at the Correct Time
---------- Forwarded message ----------


Always knew to drink a lot of water, but who knew the timing affected things.

Drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body:




2 glasses of water after waking up - helps activate internal organs



1 glass of water 30 minutes before a meal - helps digestion



1 glass of water before taking a bath - helps lower blood pressure



1 glass of water before going to bed - avoids stroke or heart attack





Pertemuan dengan Aminudin Othman


Asri Ahmad, Mohsin Bakar, Aminuddin Othman

Selepas sekolah memang belum berjumpa dengan Aminudin Othman. Lebih 33 tahun tidak bertemu dengan dia. Rupa-rupanya isterinya orang Pontian sepupu kepada Aminudin Ismail, Rohaidah Sulaiman dan Razipah Mahmood. Alhamdulillah dapat berjumpa balik dengan dia di Restoran Alif di Pusat Perdagangan Pontian pada Raya Aidil Fitri yang Ke 3.

Sep 5, 2010

Aidilfitri


Fw: Fwd: Woman also can!




----- Forwarded Message ----
From: Aisah Sulaiman <aisahsu@gmail.com>
To: Alimor Sipon <alimorsipon@yahoo.com>
Sent: Sat, September 4, 2010 5:13:10 PM
Subject: Fwd: Woman also can!



Wow, women also can. Fantastic meh!

I say: 'Men lagi can!'

Sep 3, 2010

Fw: MG 3 Sept, 2010 di rumah Dato' Zin









Sadiah Md. Noh, Salbiah Nawi, Norsa'ni Abu Bakar, Noraini Shukur, Norlee Tasruhin, Maimunah Arif



Assalammualaikum, kami sedang MG berbuka puasa. antara yg hadir Noraini Shukor, Tina, Saadiah Md Noah, Norlee dan Norsani dan tuan rumah Datin Salbiah.

Untuk makluman semua. Pn Noorlee dah sebulan di sini tengok anak2 dia dan akan balik ke Saudi selepas beraya beberapa hari raya.

Prof Dr Noraini Shukor akan berangkat balik ke London pada 8hb Sept ini. Beliau balik atas beberapa urusan anak sulungnya yang belajar di UiTM, Shah Alam.

....... Norsa'ni Abu Bakar

Fw: MG Ayer Keroh 1.9.2010

Othman Rahim, Azali Mohd, Aziz Kamis


Zainudin Hamid, Hanif, Md.Norhayati, Lokman






----- Forwarded Message ----
From: ali ibrahim <alianasajeed@yahoo.com.my>
To: alimor <alimorsipon@yahoo.com>
Sent: Thu, September 2, 2010 10:33:21 AM
Subject: MG Ayer Keroh 1.9.2010



Salam Alimor, disertakan gambo MG d restoren Ayob Bistro Ayer Keroh sempena selepas lawatan Prof Azali ke UTEM.
MG bermula selepas terawih dan selesai jam 1.30 pg. Yg dapat hadir; Azali, Hanif,Lokman,Othman,Zainudin,Yati, Aziz n Ali Hussin. Pekerja Ayob masih kekenyangan agaknye asyik antar air je. Makanan Lokman n Hanif x d antar2. Nasib baik baru lepas terawih. Kalo x lumat mamak tu kena marah.


Sep 1, 2010

Bubur Lambok












Bubur lambok - munculnya di bulan Ramadhan - asal usulnya tak diketahui sangat - menbuatnya dengan maufakat - memberinya tanda ingatan.

Lokasi: sekitar Surau Al Madaniah, USJ18.