Showing posts with label fakta. Show all posts
Showing posts with label fakta. Show all posts

Dec 6, 2009

Kad Murid (Student Card)




Sekolah Menengah Sains Johor ada mengeluarkan kad murid (student card) sejak tahun 1973 semasa di English College (EC), Johor Bahru. Yang masih ada aku simpan ialah kad tahun 1973 (putih) dan 1975 (merah). Tahun 1974 tak tahu mana kad tu hilang, tahun 1976 dan kemudiannya, rasanya tak dikeluarkan oleh sekolah.

May 5, 2009

Kad Keluar/Masuk Asrama






























Kad ni aku jumpa bila cari-cari semula dokumen-dokumen lama SMSJ yang aku simpan. Yang aku ingat ianya dikuatkuasakan pada tahun 1976. Sebelum tu keluar/masuk mungkin tulis kat buku di pondok jaga.
Mana-mana murid yang hendak keluar masuk asrama secara 'legal' pada hari-hari dan waktu-waktu yang dibenarkan perlu menyerahkan kad ini di pondok jaga untuk dicatatkan waktu. Bila aku tengok-tengok pada rekod kad ini, ada 2 hari yang aku keluar tapi tak masuk semula. Mungkin tak masuk ikut pintu depan kot? (Ada banyak juga keluar/masuk yang tak pakai kad!)
Lagipun kalau dulu, masuk lewat kena tahan dekat pondok jaga seganlah sebab pondok jaga depan hostel perempuan.

Seluar Hijau


Tahu tak bila seluar sekolah warna hijau yang anak-anak lelaki kita pakai (di sekolah menengah) mula diperkenalkan? Menurut rekod, pemakaian seluar sekolah warna hijau telah diperkenalkan pada tahun 1977 (masa kita form 5 lah tu) dan diwajibkan pada tahun 1978. Kementerian Pelajaran (skrg Pendidikan) telah membuat keputusan memilih warna hijau untuk menggantikan seluar sekolah warna putih. Ini adalah disebabkan ramai ibubapa mencadangkan warna seluar sekolah di tukar daripada warna putih kepada warna yang gelap untuk tidak nampak kotor.

Pada tahun 1977 pemakaian seluar warna hijau masih belum lagi compulsory tetapi telah ada rakan-rakan kita yang proactively memakai seluar hijau. Diantaranya Sdr. Yusof Aziz dari 5E3 spt. digambar.

Apr 24, 2009

Laporan Pengetua bth 29hb. Jun 1977 (3)

Guru-guru 1977
Senarai guru-guru dah ada. Senarai murid-murid form 5 tengah kumpul dari sources yang ada. So far dah ada 5E5 & 5M1 (only 20%). Kelas yang lain, contact me if you have the info and class photo lagi elok.

Laporan Pengetua bth 29hb. Jun 1977 (2)

Kemajuan sekolah

Laporan Pengetua bth 29hb. Jun 1977 (1)

Bilangan Murid Keseluruhan (Tingkatan 1 - 5) ialah 822 orang.

Tingkatan 5
Bilangan Murid - 302 orang
Pecahan mengikut Aliran - 192 E, 110 M
Pecahan mengikut Jantina - 206 Laki-laki, 96 Perempuan
Pecahan mengikut Bangsa - 290 Melayu, 10 Cina, 1 India, 1 Lain-Lain.

Pekerjaan Keluarga Murid-Murid:
Guru - 103
Penoreh Getah - 90
Petani - 80
Bersara - 69
Buruh - 58
Pekebun Kecil - 54
Polis - 45
Tiada Kerja Tetap/Menganggur - 26
Berniaga - 23
Tentera - 21
.
.
.
Jaga - 8
Atendan Hospital - 7
Nelayan - 7
Mandur - 5
Pemandu Lori - 5
.
.
.
.
Penarik Beca - 1
Kelendan Lori - 1
Pegawai Penjara - 1
Operator Talipun - 1
Ketua Stesyen Keretapi - 1
Kontraktor - 1
Senator - 1
Salesman - 1
Kelasi Kapal - 1
Atendan Klinik - 1
..................................
Jumlah - 822
.................................

Sekian.

Laporan disediakan oleh:
Alimor Sipon
b/p Encik Hamzah bin Haji Abdul Rashid
bekas Pengetua SMSJ