May 5, 2009

Kad Keluar/Masuk Asrama






























Kad ni aku jumpa bila cari-cari semula dokumen-dokumen lama SMSJ yang aku simpan. Yang aku ingat ianya dikuatkuasakan pada tahun 1976. Sebelum tu keluar/masuk mungkin tulis kat buku di pondok jaga.
Mana-mana murid yang hendak keluar masuk asrama secara 'legal' pada hari-hari dan waktu-waktu yang dibenarkan perlu menyerahkan kad ini di pondok jaga untuk dicatatkan waktu. Bila aku tengok-tengok pada rekod kad ini, ada 2 hari yang aku keluar tapi tak masuk semula. Mungkin tak masuk ikut pintu depan kot? (Ada banyak juga keluar/masuk yang tak pakai kad!)
Lagipun kalau dulu, masuk lewat kena tahan dekat pondok jaga seganlah sebab pondok jaga depan hostel perempuan.

3 comments:

kembara kelana said...

mor
pndok jaga tu dah tak ada..mor...dah lain jadinya

asri said...
This comment has been removed by the author.
asri said...

Aku dengan Sufian Lau pernah keluar petang Khamis balik awal pagi Jumaat tidur di Surau India di Kampung Melayu kerana nak dengar majlis taklim tanpa guna kad keluar. Taktinya ialah jogging. Orang lain fly over kami jogging saja nak tidur di luar. Banyak kali juga kami menerobos keluar begitu. Kalau kantoi kena.....
Nakal juga aku ni.