asrama putera ssi 1974
ke jalan yahya awal (kubor cina)
Entrance to Hutan Bandar
Cuti Raya lepas masa balik ke JB sempat lalu dan singgah di Asrama Puteri SSI, asrama putera budak2 sains johor tahun 73-74. Sekarang asrama tu dah bertukar jadi asrama puteri SSI, sejak bila jadi asrama puteri dan sejak bila sekolah SSI ada murid2 perempuan tak tahu pulak. Bangunan nampak masih sama tapi lanskap dah banyak berubah - kita tinggalkan 36 tahun dulu.
Di hadapan asrama ialah Hutan Bandar yang dulunya belukar dan ada parit besar. Luas, cantik dan tenang hutan bandar ini elok untuk berehat, riadah atau bersenam. Dulu aku short cut lalu hutan bandar ikut tepi parit pergi ke Larkin (Jalan Kebun Teh) kalau nak pergi berek JKR tempat tinggal bapa saudara.
Tak sangka pulak masa mula kerja duduk di kuaters TNB Jalan Serama tahun 86-87, seberang Asrama Putera SSI. Walaupun dekat, masa tu tak kisah nak jenguk2 asrama putera SSI ni.
Tak sempat pulak nak pergi asrama puteri SMSJ di Kolej Puteri Tunku Ampuan Mariam.
3 comments:
kamu buat aku sebak didada....tahan2... tertitis jua airmata....
Rasanya KPTAM tak banyak berubah. Selalu lihat dari jalan belakang je bila lalu situ dulu. Bahagian depan memang dah tak cam dah. Mungkin gang di JB boleh beri maklumat terkini
Dulu putera2 ada melawat puteri2 di KPTAM. Lepas tu main netball di sana campur putera2 dan puteri2, balik kena marah dgn Us.Ismail bukan kerana melawat tp main bercampur main netball.
Post a Comment