Jun 30, 2009

Fw: Jumpa di PD, 29/6

Noorhisham Alwi, Yusof Kasim & Wan Yusof



----- Forwarded Message ----
From: Kasim Yusof <yusofkasim@yahoo.com>
To: alimorsipon@yahoo.com
Sent: Tuesday, June 30, 2009 8:53:18 AM
Subject:

Assalamualaikum Alimor,

Semalam Norhisham Alwi ada berkunjung ke Port Dickson, so kita pun dapat berjumpa dengan dia tapi masa sangat singkat, dah hampir masuk waktu maghrib. Namun begitu sempatlah juga berbual dan bertanya khabar tentang sahabat-sahabat yang lain. Wan Yusof pun dapat turut sama walaupun dia agak sibuk dengan kerja di plant. Sempat snap beberapa gambar , maaf kurang terang sebab dah senja.Ok sampai ketemu lagi.

Jun 28, 2009

Fw: Norhisham Alwi n Fatimah Hamidon dtg bangi.





Norhisham Alwi & Norsa'ni

Fatimah Hamidon & Norsa'ni

----- Forwarded Message ----
From: norsani bakar <norsani2005@yahoo.com.my>
To: Alimor Sipon <alimorsipon@yahoo.com>
Sent: Sunday, June 28, 2009 4:27:37 PM
Subject: Prof Norhisham Alwi n Fatimah Hamidon dtg bangi.

Salam, Alimor,

pada mgu lepas Norhisham Alwi telah datang ke Bangi. So, kebetulan aku kat luar sedang ke klinik terus jumpa dia. gambr prof hisham dan kwn dia yang kebetulan jiran lama aku di Selayang.

tadi, Fatimah Hamidon telah singgah ke rumah aku, dia menghantar anak dia masuk UPM /serdang.

so ada aku ambil gambar dia dan keluarga. (ahad 28/6/09) jam 4.00 petang)

Lagi gambar atas tangga tepi padang 1974


all girls - 1974
gambar dari Maznah Mahmood


all boys - 1974
gambar dari Razak Abdul Samad Yahya

Ada lagi gambar atas tangga tepi padang 1974 - all boys. Kalau ada gambar all boys, tentu ada gambar all girls.
Sesiapa yang ada gambar all girls atas tangga tepi padang, boleh kongsi untuk semua.

MG di kedai Syioknyer Mancing dengan Juniors 78





Yani, Sukimin, Md.Nor, Member, Esa Kahar, Zainudin (Gajah), Sha'ari
Sameha (80), Alimor, Said Ahmad, Shamsul, Khairuddin

Kalau nak berjumpa dan gathering dengan kawan2, elok juga sambil2 ada aktiviti lain nak elak bosan sembang2 memanjang.

Pada 26/6, adik2 junior led by Said Ahmad anjurkan gathering di kedai Syioknyer Mancing di Saujana Puchong (85, Jalan SP 3/1). Kedai tu dipunyai oleh kawan junior kita Sukimin Juki.

Aku memang tak pernah memancing apatah lagi pancing dalam kedai. Tapi satu pengalaman baru juga, mancing dalam kedai ni.

Jun 26, 2009

Atas tangga tepi padang 1974, SMSJ


batch 77 (form 2) with form 1 juniors
gambar dari Mohsin Bakar



batch 77 (form 2) with seniors
gambar dari othman rahim

Aku baru perasan yg ada dua set gambar atas tangga tepi padang diambil pada tahun 1974. Dengan dua gambar ni, rasanya semua murid2 smsj tahun 1974 ada disitu. Nak tangkap sekali arong tak muat tangga, jadi tangkap 2 kali.

Gambar2 ni kira classic n rare, tak tau siapa yang ada simpan originalnya. Gambar yang dipublish ni scanned copy dari Mohsin Bakar dan Othman Rahim.

Kalau nak tahu gambar sendiri ada, carilah. Enjoy the search, 1+1 = All.

Jun 24, 2009

Fw: Dari Kota Bahru - Fadilah Yahya


Noorhisham Alwi, Ahmad Suhaimi Abdullah, Fadilah Yahya

Noorhisham Alwi, Ahmad Suhaimi, Fadilah Yahya & suami


Roslina Mat Jani & Fadilah Yahya


----- Forwarded Message ----
From: Yahya Fadilah <fadilah_y@yahoo.com>
To: asri07@gmail.com; Alwiyah Ismail <alwiyah.ismail@princecourt.com>
Cc: Alimor Sipon <alimorsipon@yahoo.com>; norsani2005@yahoo.com.my
Sent: Wednesday, June 24, 2009 8:55:48 AM
Subject:

Assalamualaikum
Asri, saya ni dah kali ketiga nak menghantar gambar2 dari KBharu ni. Tak tahulah ape silapnya asyik2 messege error!!
Anyway, gmabo2 ni pun ambik dah last2 minit nak balik...berbual2 sampai terlupa. Norhisyam datang ke KBharu n we (Suhaimi and I) met him last 13/6/09. Asyiknya kami cite2 sampai restaurant nak tutup. That was the first lime I met Suhaimi..bila jumpa tu familiar lah rupa dia tu. Ini lah, kita masa2 dulu.. dah duduk hari2 bersama mcm adikberadik..lama2 tak jumpa tu, masih boleh cam. Suhaimi kat sekolah dulu mmg pendiam aje. Hisyam tu mcm dulu juga..peramah, lagi pun saya biasa dgn dia berpanas di pdg. Alhamdulillah dia sihat. Tambahan dlm gambo tu, my hubby Abd Rahman Talib. And, yang last tu dgn Roslina Mat Jani (kapt hoki kita) memilih batik. Dia dtg sehari lepas Syam balik.

Memang susah nak camkan gamba2 kwn lama. Seronok tengok kwn2 jumpa kat rumah Bai. Jampok pun ade..steady aje dia! Tak tahu brp round telek gambo2 tu...ramai classmate n ade Angah lagi. I hope depa masih ingat I jugak.

Ok for now..hope to meet ye all online again, salam.

Jun 20, 2009

Fw: Gambar MG di Nilai Putra. 20/6

Belakang: Salbiah Nawi, Zaiton Omar, Norazimah Md.Ali, Zubaidah Ahmad, Rosidah Ramdhan, Shazmi Idris , Norsa'ni Abu Bakar, Zawiah Dollah, Rohaya Othman, Narimah Salim
Depan: Laila Rahmat, Hanim Norza Baba, Khairuddin Md. Noor, Rosidah Musa, Rubiah Bachik
Laila Rahmat, Salbiah Nawi, R0sidah Musa, Shazmi Idris, Zubaidah Ahamd, Zawiah Dollah .... senyum manis buat kawan2
Salbiah Nawi, Norazimah Md. Ali, Khairuddin Md. Noor
sembang2 lama tak jumpa
Khairudin Md. Noor - wakil tungal pakcik2
tengok SMSJ77 Connexion
----- Forwarded Message ----
From: norsani bakar <norsani2005@yahoo.com.my>
To: Alimor Sipon <alimorsipon@yahoo.com>; asri ahmad <asri07@gmail.com>; fatimah midon <fullhouse_ya1703@yahoo.com>
Cc: delilah2307@yahoo.com; tina arief <teenarief@yahoo.com.my>; Yahya Fadilah <fadilah_y@yahoo.com>
Sent: Saturday, June 20, 2009 7:34:26 PM
Subject: gambar MG di NiLai Putra. 20/6

berita terkini... Syukur semenjak dua menjak ni kita berlawan-lawan mengadakan MG SMSJ77. kami dari kebykannya dari bebudak melaka.kami berkumpul di rumah Zubaidah Ahmad. terima kasih kepada suami nya kerana sgt sporting dan tahan kebisingan yang kami buat. tahu lah ada yang dah 30 tahun tak jumpa. antara yg hadir hanim norza, Laila rahmat, Zawiyah Dollah, Rashidah Ramdhan, Rohaya (engah), Rubiah (corn), Datin Salbiah,Norsa'ni,Syazmiidris,Narimah,zaiton omar dari johor dan Rashidah musa (sidut), Noorazimah dan Kamaruddin Md Noorkebetulan baru pulang dari PD dan sempat singgah.ramai di jemput tapi tak dapat hadir sebab yang tak dapat dielakkan.

Jun 17, 2009

Fw: Dari Samsudin Nyat

Samsudin Nyat & Keluarga

Pasokan Takraw SMSJ

Belakang: Badrul Hisham Ali, Amaran Harun, Mazlan Hashim, Cikgu Sharif, Cikgu Tajol, Cikgu Hussain, Samsudin Nyat, Roslan Ahmad, Shamsudin Mohamad

Depan: Ishari Adam, Yusof Kasim, Mahat Daud, Syakirin, Zulkarnain

Nota: Mahat Daud main takraw sampai wakil M'sia

5M1
Samsudin Nyat, Alimor, Jalil Abdullah, Shamsudin Sungip, Nazari
Hashim Zailani & Baharim Yusof.

----- Forwarded Message ----
From: Samsudin bin Nyat <sams@utm.my>
To: Alimor Sipon <alimorsipon@yahoo.com>
Sent: Wednesday, June 17, 2009 3:08:37 AM
Subject: Re: <no subject found>

Salam,

Sekarang ni aku tinggal di Taman Skudai Baru, 18 Jln Hang Tuah 3, sebelah dengan Tmn Tun Aminah. Tapi rasanya plan pencen balik Batu Pahat lah kampong orang rumah aku, Kampong Muhibbah Peserai Pantai. Sekarang ni pun hujung bulan pun selalu balik.

Gambar family aku ni diambil tahun lepas. Tak jauh bezanya dengan sekarang. Imej aku memang bersongkok dipejabat selepas balik haji tahun 1999. Kalau kau nak masukkan ke blog pun tak apa..Aku ni walaupun orang IT tapi tak semuanya aku minat. Nak tulis email dan blog pun malas. Tapi bila dah jumpa geng lama rasa macam bersemangat pulak...isteri aku pun bila dah tengok blog tu dia pun baru tahu dimana geng-geng dia.

Fw: Apo nak di kato - Navy

x Navy and Navy

Jun 13, 2009

MG diperasmian kilang baru Lestari Water






Norehsan, Alimor, Abd Jalil & Rased Bahari


Abd. Jalil Abdullah

Hari ini (13 Jun 09) aku hadir ke majlis perasmian kilang baru Sykt. Lestari Water di Batu Caves, kepunyaan Abdul Jalil Abdullah, rakan sekelas 5M1 di sekolah dulu. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan 'Hot Tapping dan Line Stopping' untuk paip air di M'sia, Spore dan Brunai.
Beberapa orang kawan-kawan lain yang sempat hadir meraikan majlis ini ialah Rased Bahari dan Norehsan.
Selamat maju jaya kepada Abdul Jalil dalam bisnes yang diceburi.

Jun 11, 2009

Fw: MG di sekitar Bangi, Norsa'ni & kawan2, 10/6/09


Noraini Shukor & Shazmi Idris

Shazmi, Halizah, Noraini, Maimunah (Tina) & Norsa'ni

Noraini, Maimunah & Nor'sani .... 3 ???? berkacamata

Halizah Majid , Mariam Isnin, Maimunah Arif , Zubaidah Ahmad, Noraini Shukor, Norsa'ni Abu Bakar & Shazmi Idris


MG di rumah Nor'sani, Bangi


Mariam, Noraini, Maimunah, Shazmi, Halizah, Yusmida, Norsa'ni

Noraini, Shazmi, Maimunah, Halizah & Yusmida


----- Forwarded Message ----
From: norsani bakar <norsani2005@yahoo.com.my>
To: Alimor Sipon <alimorsipon@yahoo.com>
Sent: Wednesday, June 10, 2009 10:10:06 PM
Subject: Re:


alimor,asri td kami mengadakan lagi MG di bangi. tak di rancang pun kebetulan our friend Tina arif dtg dari kuantan . Tina cal i nak jumpa, then shazmi pun kebetulan datang ofc i this morning so we had our lunch di Esset Kwsp bangi. later mariam isnin,haliza majid n Noraini shukor nak join so we jem kat PKNS Bangi pulak. Tina called Yusmida if she happened ada around KL. Later Yusmida pun nak join. lastly Zuraidah ahmad kebetulan half day join us kat rumah i Damai impian - sampai kol 7.30 mlm.
ini ada gambar boleh share the sweet moment tgh tgk smsj connecxion n old pic dalam albm simpanan i.


Jun 9, 2009

Kg. Kuala Linggi, Melaka



Senja di muara Sg. Linggi.


Di dalam Kota Kuala Linggi


Sebahagian Kota Kuala Linggi

Restoran Terapung Ikan Bakar (Restoran Atas Air) - View from Bukit Supai
Pantai Kg. Telok (Kg. Kuala Linggi) - popular hujung minggu dan cuti sekolah. Ada chalet2 untuk pengunjung tinggal.


Kota Kuala Linggi juga dikenali sebagai Fort Supai kerana terletak di atas Bukit Supai. Dibina oleh Belanda & Bugis pada tahun 1757 sebagai tanda perdamaian selepas perang tahun 1756. Kemudian diambilalih oleh Belanda untuk mengawal laluan Sungai Linggi/Sungai Rembau. Kota ini juga dikenali sebagai Filiphina sempena nama anak perempuan Gabenor Belanda masa itu.


Pemandangan Selat Melaka dari pantai Kg. Telok, Kg. Kuala Linggi

Jambatan antara Kg. Kuala Linggi (Melaka) & Tg. Agas (N9)


Sungai Linggi - sempadan Melaka /N9

Cuti sekolah lalu aku balik kampung ke Kg. Kuala Linggi, Melaka - kampung mak mertua. Kg. Kuala Linggi ni terletak di hujung negeri Melaka di muara Sungai Linggi, sungai sempadan Melaka/N9. Boleh sampai ke sana melalui Lubuk China/Masjid Tanah - Kuala Sungai Baru atau dari N9 Port Dickson - Pasir Panjang - Tg. Agas merentasi jambatan Sg.Linggi.
Antara daya tarikan di sini ialah terdapat pantai yang terpencil tetapi menarik di Kg. Telok. Ramai pengunjung dari luar datang pada hujung minggu atau cuti sekolah. Ada beberapa chalet yang sesuai untuk bermalam dan mangadakan aktiviti kumpulan spt hari keluarga.

Di kampung ini terdapat tapak sejarah Kota Kuala Linggi (atau Fort Supai) yang dibina oleh Belanda & Bugis tahun 1757. Pada masa ini sekitar kawasan kota lama ini telah dicantikkan dan ada laluan dari Restoran Terapung Ikan Bakar yang juga tarikan baru di sini.

Kg. Kuala Linggi ialah kampung tempat tempat tinggal rakan kita - Bahaman Khamis (anak bekas penghulu kampung) , juga kampung nenek Roslan Basit. Tak jauh dari Kg. Kuala Linggi ialah Tg. Dahan kampung asal Nazari Ahmad berhampiran Akademi Laut Malaysia (ALAM). Di kampung ini juga telah dibina Pelabuhan 'barter' Kuala Linggi. Dengar cerita akan ada feri penumpang ke Sumatera (Indonesia) dari Pelabuhan Kuala Linggi.
Sesiapa yang ingin bercuti di tepi pantai yang tidak sibuk dan jauh dari bandar, pantai di Kg. Kuala Linggi mungkin sesuai terutamanya untuk percutian keluarga.

Jun 8, 2009

MG di Melaka 7/6/09



Ali Husin & Alimor di hadapan rumah Ali Husin

Hujung minggu lepas aku & famili turun ke Kuala Linggi kerana bercuti sambil melawat sedara-mara sebelah orang rumah. Mula-mulanya cadang nak pergi jumpa mana-mana kekawan yang ada di Melaka spt. Ali Husin & Md. Norhayati. Tapi atas usaha Ali Husin, dia arrange perjumpaan MG di Restoran Big Apple (sebelah Straits Meridian Hotel) dan contact kawan2 yang ada di sekitar Bandaraya Melaka.

Oleh kerana aku tinggal jauh di penghujung negeri Melaka dan tak berapa tahu tempat nak berjumpa, jadi aku turun awal dan sempat singgah di rumah Ali Husin.






Zainudin Hamid


Ali Husin & Md. Norhayati


Hanif Sulaiman


Ali Husin

eh, member ni pun macam nak cari tempat MG


Ali Husin, Adib Alimor & Alimor di rumah Ali Husin

Sofi, apa pandang2 ?

Muhidin Abu Amin, Abdol Razak Saleh & Hanif Sulaiman

Othman Rahim, Alimor & Rozman Husin

Md. Norhayati, Zainudin Hamid, Sofi Ibrahim & Othman Rahim

Zainudin Hamid, Sofi Ibrahim, Saipol Bahari, Abdol Razak Saleh

Zainudin Hamid, Hanif Sulaiman, Sofi Ibrahim, Saipol Bahari



Mula2 tiba aku dan Ali Husin. Lepas tu datang Othman Rahim, Zainudin Hamid, Sofi Ibrahim, Md. Norhayati dan Rozman Husin. Lewat sedikit Muhidin Abu Amin, Abdol Razak Saleh dan Hanif Sulaiman. Dah tengah malam singgah pula Saipol Bahari yang kebetulan keluar makan bersama keluarganya.

Macam biasa borak2 dan sembang2 kawan lama tu agenda utama. Tapi kali ini ada sembang2 serious sedikit tentang bisness opportunity untuk kawan2 yang mungkin berminat nak bekerja sendiri atau melabur selepas penat kerja makan gaji.

Kita dapat banyak business tips and advice from Rozman Husin seorang businessman yang berjaya. Businessman seorang lagi pulang awal kerana ada urusan keluarga. Kalau tak lagi banyaklah ilmu yang dapat kita belajar dari mereka tentang peluang dan dunia bisness.

Ingatkan aku boleh balik awal sikit sbb Kuala Linggi tu jauh juga dari Melaka. Akirnya sesi MG berlarutan sampai pukul 2 pagi. Lepas habis MG aku pun balik ke Kuala Linggi dan tiba dah hampir pukul 3 pagi.

Terima Kasih Ali kerana arrange MG di Melaka yang sekarang ni dah makin besar dan popular.