Jun 9, 2009

Kg. Kuala Linggi, Melaka



Senja di muara Sg. Linggi.


Di dalam Kota Kuala Linggi


Sebahagian Kota Kuala Linggi

Restoran Terapung Ikan Bakar (Restoran Atas Air) - View from Bukit Supai
Pantai Kg. Telok (Kg. Kuala Linggi) - popular hujung minggu dan cuti sekolah. Ada chalet2 untuk pengunjung tinggal.


Kota Kuala Linggi juga dikenali sebagai Fort Supai kerana terletak di atas Bukit Supai. Dibina oleh Belanda & Bugis pada tahun 1757 sebagai tanda perdamaian selepas perang tahun 1756. Kemudian diambilalih oleh Belanda untuk mengawal laluan Sungai Linggi/Sungai Rembau. Kota ini juga dikenali sebagai Filiphina sempena nama anak perempuan Gabenor Belanda masa itu.


Pemandangan Selat Melaka dari pantai Kg. Telok, Kg. Kuala Linggi

Jambatan antara Kg. Kuala Linggi (Melaka) & Tg. Agas (N9)


Sungai Linggi - sempadan Melaka /N9

Cuti sekolah lalu aku balik kampung ke Kg. Kuala Linggi, Melaka - kampung mak mertua. Kg. Kuala Linggi ni terletak di hujung negeri Melaka di muara Sungai Linggi, sungai sempadan Melaka/N9. Boleh sampai ke sana melalui Lubuk China/Masjid Tanah - Kuala Sungai Baru atau dari N9 Port Dickson - Pasir Panjang - Tg. Agas merentasi jambatan Sg.Linggi.
Antara daya tarikan di sini ialah terdapat pantai yang terpencil tetapi menarik di Kg. Telok. Ramai pengunjung dari luar datang pada hujung minggu atau cuti sekolah. Ada beberapa chalet yang sesuai untuk bermalam dan mangadakan aktiviti kumpulan spt hari keluarga.

Di kampung ini terdapat tapak sejarah Kota Kuala Linggi (atau Fort Supai) yang dibina oleh Belanda & Bugis tahun 1757. Pada masa ini sekitar kawasan kota lama ini telah dicantikkan dan ada laluan dari Restoran Terapung Ikan Bakar yang juga tarikan baru di sini.

Kg. Kuala Linggi ialah kampung tempat tempat tinggal rakan kita - Bahaman Khamis (anak bekas penghulu kampung) , juga kampung nenek Roslan Basit. Tak jauh dari Kg. Kuala Linggi ialah Tg. Dahan kampung asal Nazari Ahmad berhampiran Akademi Laut Malaysia (ALAM). Di kampung ini juga telah dibina Pelabuhan 'barter' Kuala Linggi. Dengar cerita akan ada feri penumpang ke Sumatera (Indonesia) dari Pelabuhan Kuala Linggi.
Sesiapa yang ingin bercuti di tepi pantai yang tidak sibuk dan jauh dari bandar, pantai di Kg. Kuala Linggi mungkin sesuai terutamanya untuk percutian keluarga.

4 comments:

asri said...

Terima kasih Mor dengan informasi yang di berikan. Aku prefer kalau nak piknik di bahagian pantai barat semenanjung kerana ombak nya tak kuat sangat. Boleh buat family gathering untuk Sanasrip root.

Said Ahmad said...

Mor,
Organiselah MG sessi ikan bakar kat restoran terapung tu? Weekend pun boleh juga kat melaka kan ramai batch kau. Aku boleh join sekali.

Alimor Sipon said...

Restoran ikan bakar tu baru bukak. Aku pun belum test try lagi. Nanti kalau OK memang, tempat tu memang elok buat MG.

Anonymous said...

Assalamualaikum... saya mencari waris suliwatang@Raja Ahmad Bin Raja Haji Bin Raja Asil (yg dipertuan muda rembau) Bin Raja Adil...

terima kasih

hubungi saya di 013-789 2662