Kita berjalan setiap hari tanpa menyedari berapa langkah kita berjalan. Satu cara mudah untuk meningkatkan fitness dan kesihatan kita ialah dengan berjalan secukupnya. Berapa jauh dikira cukup? 10,000 langkah (sepuluh ribu) aje, lebihkurang 8 kilometer (5 batu) atau 2 jam berjalan (purata 15 minit sekilometer). Bila badan sihat, banyak penyakit dapat dielakkan. Bila kita tidak ditimpa penyakit2 yg sekarang macam dah biasa spt kencing manis, darah tinggi, jantung belanja perubatan pun kurang atau mungkin dapat dielakkan.
Boleh ke kita capai 10,000 langkah setiap hari? Boleh. Tentukan berapa langkah biasanya yang kita kumpul setiap hari dan rapatkan jurang dengan melakukan aktiviti2 yang menggalakkan kita berjalan. Yang penting -tingkatkan berjalan dengan 'kaki' dan bukan 'jalan-jalan cari makan'. Baca lagi untuk tips dan panduan berjalan 10,000 langkah setiap hari. SELAMAT 'BERJALAN'
12 comments:
Salam Bang, jln yg mcmana 10000 steps tu, adakah berterusan atau jln laju?Klu nak gi sembahyang ke surau atau masjid kita berjln kaki adalah baik bemula dgn waktu subuh, ok tak!
Jalan biasa aje. Yang penting cukup berjalan untuk setiap hari. Kalau gi masjid/surau itu lagi baik - pahala lagi. Kita sebenarnya makin kurang bergerak menggunakan fizikal - kalau kerja dah banyak duduk, lepas tu bergerak dgn kereta kesana kesini wlaupun jaraknya dekat. Jadi cuba cari peluang berjalan kaki.
Leceh lah Mor nak berjalan. Cadang nak beli 2 buah basikal kemudian petang2 round kelilng kampong bersama isteri I lah. Nak tiru Rahim Yusuf.
asri.. kau jangan tiru Rahim tu.. nanti jatuh lak.. he he he
sori.. Rahim...
Asri, kampung kau memang ideal utk cycling. Beli satu mountain bike, kau redahlah satu kampung. Kat tempat aku tempat cycling dah kurang, kena pergi jauh. Kdg2 tak berbaloi.
Nak tanam sayur mayur macam dah jemu. Insya'Allah akan di aktifkan lagi. Program berbasikal insya'Allah bermula minggu ni. Selang selikan dengan aktiviti berkebun. Dua-dua dapat manafaatnya. Muka bumi kampong aku rata je Nazari. Kalau jatuh pong dalam semak.
hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....
Best Mor cycling dengan bini petang2 keliling kampung.Mahal gak harga sebuah basikal tu.
Wah Asri..inilah cakap serupa bikin. Bagus dah start cycling..basikal tu murah drp bil hospital bila dah sakit.
You beli mountain bike ke Ri, mahal sangat tu? I notice kat Malaysia kat bandar2 tak sesuai naik basikal, orang drive laju sangat, bicyclist tak de right of way.
Cycling satu option to commute esp. short distance. Tak cukup law regarding right of cyclist sbb tak ramai yg cycling seriosly to work. Unlike US, cyclist demand protection when they are on the road. They have rights as others road users. Kat M'sia yg ramai naik basikal pergi kerja aku nampak mat2 bangla, mat2/minah indon - cheap n practical.
Sekarang commuter bike dah makin popular, tapi masih mahal sebab belum banyak competition. Yang tu lebih selesa dari road bikes yang orang buat racing tu.
Post a Comment