Dec 7, 2010

MAHA 2010


Sempat aku melawat MAHA 2010 di Serdang Ahad lepas (5/12), last day. Tapak MAHA 2010 tak jauh dari rumah, tapi tulah biasanya yang jauh dah datang, yang dekat bertangguh-tangguh. Nak kira memang tak cukup sehari kalau nak melawat show/pameran MAHA yang semuanya ada berkaitan pertanian - produk2 pertanian (pokok2/tumbuhan, livestock)  & teknologi pertanian.


3 ekor kambing

rumput Israel

Kerana masa terhad dan orang ramai sangat (last day), sempat lawat/tengok pameran sana sini sekejap2. Antara yang sempat aku lawati ialah booth/gerai Stevia Sugar yang di kendalikan oleh rakan kita Dr. Hamdan Kadir. Dr. Hamdan mempromosikan (dan menjual) produk2 Stevia yang 'manis tapi bukan gula'. Produk stevia boleh menggantikan gula untuk orang2 yang tak boleh ambil gula (spt kencing manis) tapi masih nak rasa manis dlm makanan dan minuman.

Dr. Hamdan Kadir, Dr. Irfan, Alimor

Gerai Stevia Corporation

Produk2 Stevia

Yg aku beli dan bawak balik - Benih2 Pisang Cavendish, Pokok Nona dan Pokok Markissa



10 comments:

asri said...

Mor kau boh gambar rumput israel ni ada kelebihannya ke?

Alimor Sipon said...

Rumput israel senang merebak. Biasanya kat kebun tak ada, tapi lepas racun/tebas dia tumbuh banyak. Yg bestnya rumput yg biasa kita bunuh, kalau jaga dengan baik boleh jadi lanskap cantik kat rumah.

Nazari said...

Aku anti Israel.. rumout Israel pun aku anti.. baik kau mintak dia org tukar nama... ha ha ha

AHI said...

Nazari, dia bagi nama tu ikut perangai Israel yg Yahudi, senang merebak ambil negara org lepas dia tebas org negara tu.
Bani Israel yg tak Yahudi ramai jadi nabi2

Alimor Sipon said...

Kalau durian Belanda apa cerita pulak?

AHI said...

Mor,Belanda pandai sorokkan duri Belanda dgn kulit nipis n lembut.
Tp sampai skarang duri Belanda x le bisa sgt.Kesan Ingris lg bisa

asri said...

Kalau luka masa menebas rumput, ramas daun rumput israil ni dan tampal pada tempat luka tu. Insya'Allah darah akan berhenti. Ia keluarkan cecair yang boleh berhentikan darah. aku dah cuba. Tapi kalau luka besar p hospital, jahit luka tu bahaya kalau tak dijahit.

Alimor Sipon said...

Bagus petua tu Asri, rumput israel boleh ubat luka. Nanti kalau aku menebas dan tertebas kaki, boleh guna rumput israel buat 'first aid'.

sulaimi said...

salam, jangan le tebas kaki tu, takut tak dapat diselamatkan. tu dah tak guna buat first aid lagi dah.
Mor, Rozita Joned tu ada kat Sg Udang, Kalu kamu lalu sg udang balik Kuala Linggi, selepas (sebelah)balai polis sg udang, umah banglo atas bukit tu rumah parents dia, sebelah tu rumah dia. Setentang dengan rumah dia sebelah kanan jalan tu Farmasi Seraya, dekat dgn stesyen Petronas tu, dia punya.

Alimor Sipon said...

T.kasih Sulaimi beri info kawan2 kami. Aku jarang lalu Sg. Udang jadi tak ada kesempatan nak singgah.