Aug 30, 2009

Kereta Accident, aku OK

19 Ogos lalu, jam 9 mlm kereta aku yang diletakkan di luar pintu pagar depan rumah dilanggar oleh kereta jiran hadapan rumah. Aku masa tu ada di sebelah atas rumah, tiba2 terdengar bunyi dentuman kuat dan alarm kereta. Kereta aku terseret akibat hentakan kuat kereta yang sedang reverse.


Apa yg terjadi ialah, anak jiran depan rumah sedang reverse kereta nak keluar. Entah macam mana, nak slam brek tertekan accelerator. Apa lagi kereta tu melaju dan menghentak sebelah kiri belakang kereta aku.



Kereta aku masuk woskyop dan mungkin siap sebelum raya. Kalau tak siap jawabnya aku beraya di KL ajalah. Aku tak ada kereta lain, jadi aku pinjam kereta anak aku nak pergi balik kerja. Dia aku suruh naik motor nak ulang alik hostel ke kampus.


Itu lah musibah, kalau nak berlaku tak ada amaran. Bila terjadi macam ni, kesenangan kita ditarik balik. Naik kereta kecil tak sama macam kereta 'mewah' yang selesa. Ini hanya sementara, kereta siap repair OK lah.
Dalam hidup ni ada kemudahan yang ditarik balik sedikit demi sedikit kalau pun tak mengejut. Kita mungkin tak sedar, sedar2 dah tak ada. Kesihatan dan tenaga semakin berkurangan bila umur meningkat. Yang penting, apa yang perlu dibawak mesti cukup.

3 comments:

Abdul Jalil said...

Bersabar mor, shukur tak ada yg cedera, kereta rosak kita tuntut insuran dan hantar repair. aku nak share pengalaman aku 4 bulan lepas kereta spinning and rolling 4 ke 5 kali, alhamdulillah aku tak cedera, sampai la ni kereta dlm worksyop lg kos repair dah sampai 100k, jaga2lah kalau guna lebuhraya di slim river/tg malim especially jika hujan pd kwn2 yg selalu ke utara

asri said...

Mor, pasal lambat sangat berita keluar.Anyway kerosakan hanya melibatkan keenderaan sahaja. Betullah apa yang kau cakapkan tu. Itu cobaaan. Sabar dan redha itulah pengubat hati.Merdeka! Apa peristiwa nostalgic ketika kemerdekaan ketika itu di Sains Johor. Tanya Mohsin.

kassim said...

Mor, apa yang kau alami..telah pun aku alami sebelum ini..jiran aku langgar kereta aku yg sdg tidur dlm garaj..nak claim insuran pun x boleh..accident berlaku dlm kaw. kuarters (private compound) 1. patah kaki(xde kereta ganti) terpaksa pakai motor je) 2. selepas repair..pakai pun dah x best lagi..bocor kat bonnet..
3. X de pilihan terpaksa jual dgn harga agak rendah..
Walaubagaimana pun, aku harap kau sabar & tabahkan hati..insyaAllah sebelum raya siaplah kereta kau tu..