Mar 23, 2010

Pendaftaran Perjumpaan 'SMSJ77 Reunion' .... di buka sekarang


Salam kawan2 semua,

Insyaallah, perjumpaan yang kita rancangkan untuk ‘smsj77’ reunion akan diadakan seperti berikut;

Tarikh: 12-13 Jun 2010
Tempat: Sekolah Menengah Sains Johor (SMSJ) Kluang.

Program/aturcara adalah seperti dilampirkan.























Untuk  memudahkan perancangan perjumpaan ini, perdaftaran adalah dibuka mulai sekarang. Jawatankuasa penganjur memerlukan ‘head count’ untuk mengadakan persiapan yang sewajarnya.

Adalah dijangkakan, perjumpaan ini merupakan perjumpaan terbesar pernah diadakan untuk batch kita di sekolah yang kita sayangi. Yang utama, perjumpaan ini memberikan peluang untuk kita berjumpa rakan2 seangkatan sekaligus pada masa dan tempat yang sama. Jangan lepaskan peluang ini yang mungkin tak akan datang lagi. Besar harapan JK Penganjur agar kita dapat meluangkan sedikit masa untuk sama2 hadir untuk bertemu semula setelah lama berpisah dan mengeratkan sillaturrahim yang sedia ada.

Untuk mendaftar, sila sms/tel/e-mail kepada nama2 yang berkaitan. Nyatakan nama dan kelas semasa tingkatan 5 1977.
E-mail ke: alimorsipon@yahoo.com (Alimor Sipon), asri07@gmail.com (Asri Ahmad), nina_nor@ymail.com (Norsa’ni Abu Bakar) , swift_endau@yahoo.com (Misliah Mahat)
Telefon /sms: 019 386 8642 (Alimor Sipon), 013 729 4647 (Asri Ahmad), 012 245 1415 (Norsa’ni Abu Bakar), 019 784 2960 (Misliah Mahat)

Disamping itu, tolong hebahkan kepada kawan2 yang kita jumpa atau berhubung tentang perjumpaan ini -  jemput mereka sama.

Datang, jangan tak datang …. Lagi ramai lagi meriah

Sekian.


Alimor Sipon

b/p Penganjur ‘Reunion SMSJ77’

58 comments:

braimtaigo said...

ee seronoknya akan dapat jumpa kawan2 lama. Ada masa 2 bulan lebih sikit utk merepair body supaya kawan2 tak terkejut. Sempat ke?

Bustamam said...

Tak yah repair2 lah Braim, we all love you and miss you regardless. Nanti diet2 nanti memudaratkan pulak, exercise lebih sikit nanti cedera pulak. Maklum lah badan dah setengah abad.

Alimor Sipon said...

Cikgu Braim dah macho gaknya. Kita semua 'gementar' nak jumpa kawan2 yag dah lama tak jumpa. Mmg dijangkakan nanti banyak perubahan luar dan dalam.

Azmer said...

Utk kebanyakan daripada kita, ini mungkin kali terakhir kita akan bertemu antara satu sama lain. Lepas ni, dlm beberapa tahun lagi, sorang demi sorang akan bersara dan mula kehidupan baru seterusnya. Peluang utk berkumpul di masa mendatang tak tentu lagi. Bagi yg duduk dekat2, mungkin senang tapi akan sampai satu masanya nanti bila nak pegi mengeteh pun kena ada driver yg hantar :)

asri said...

Yes, betul tu Mer.Ramaikan reunion ini.

pakroslan said...

Salam mor,
masa makan boleh pakai kerusi plastik ke?.. baik cari tungku batu. semua berat2 tu...

braimtaigo said...

Alamak Lan, pedihnya hingga ke ulu hati..

Alimor Sipon said...

Makan tak pakai kerusi .... duduk bersila atas lantai....

asri said...

Aku nak tengok macam mana Braim pakai kerusi. Ni satu kejutan yang hebat.Boleh telopong kita d buatnya.

Azmer said...

Mor, bersila tak boleh. nanti ada yg tak boleh bangun. satu hal pulak nak cari forklift. hahaha...

Alimor Sipon said...

tak boleh duduk bersila ... berlunjur. Sambil tu cari dinding supaya tak terlentang ...

Anonymous said...

bersila tak boleh...berlunjur tak boleh...duduk bersimpuh kan boleh.. betul tak Bang Braim ?

braimtaigo said...

temenan..temenan omonganmu en anonymous. kiye kasim opo?

asri said...

Aku faham maksud anonymous tu...Kih..kih...kih...

kassim said...

Bang Braim & Kang Asri, laa..seng teko kabeh wetenge koyo wong meteng.. kepriye?

asri said...

Ben kabeh manak nang kono. Aku dapat maklumat terbaru tang Mahawa Sulaiman. Dengar dia buka Restoran d sekitar Jay Bee. Tn Syed Hassan tengah riki restoran dia. Jom buat MG d restoran dia.

braimtaigo said...

orak opo nek manak nang kono. kan rame koncone seng thathi doktor.

ShamMohd said...

Ibrahim, Asri, Kassim macam mana aku nak join comment? Ni bahasa jawa advance. Sapa-sapa boleh alih bahasa? Nanti aku cakap bugis yang aku tak tahu dan tak faham, baru kau tahu.

ShamMohd said...

Kepada semua kawan-kawan, kita jumpa di SMSJ77 Reunion nanti. Kita tak nangis bila jumpa, kan? Aku baca blog ni, kawan-kawan yang baru buat MG dah sebak, nikan pula perjumpaan terbesar. Yang penting kita bawa diri kita ke sekolah kita dan bawa sekali senyuman lebar.

kassim said...

Kang Asri, ko sebut nama restoran Mahawa tu.. nanti aku cari sampai jumpa...

asri said...

Sim. Riki dulu kita p sama2. Tuan Syed Hassan kata di Kempas sebelumnya dari Pusat Bandar ada Petronas belok kiri lepas lampu isyarat. Some where berdekatan dengan Dewan Orang Ramai gitu. Kau riki dulu Sim. Then kita buat surprise.

asri said...

Sham, aku mula2 bercakap dengan Ust Ismail kelu Sham lidah aku nak bercakap. Sebak dan leleh air mata Sham. Aku putus cinta dengan awek aku dulu pun tak macam itu. Lepas dua jam dia talipon aku balik baru aku boleh bercakap dengan dia. Aba gariba Sham?

maznah said...

Restoran Sahabat tom yam ke tu

asri said...

Aku tak pasti Maznah tapi aku beberapa kali kesana ke Kempas dulu atas urusan tesis dan Jemputan kahwin penyelia tesis. Kebetulan dia sedara aku dan duduk di kawasan itu.

Alimor Sipon said...

Asri n Kassim, cari jgn tak cari Mahwa Sulaiman esp Asrilah. Asri kau memang banyak peminat kat sekolah ...

kassim said...

Kang Asri, kalau clue yg kau b'tau akau dah boleh bayangkan kat mana.. tapi bukan My Freinds Tom Yam yg Cikgu Maznah sebut tadi..

maznah said...

Kasim, aku bukan kata my friend tom yamlah. Sahabat tom yam ni dekat kempas betul2 tepi traffic light nak ke dewan kempas. My friend dengan sahabat memang sama makna, tapi restorannya berbeza. Dua2 restoran tu aku dah pegi. My friend tom yam ni mahal sikit dan orang pun ramai giler. Kalau hujung minggu atau ada hari2 istimewa tak payah pegilah. Aku pernah disuruh tunggu 3 jam kalau nak makan kat situ. Gila apa?

Nazari said...

Maznah.. susah2 kita org pergi makan tomyam kat Maznah Tom Yam je ..ok tak tu?

maznah said...

Nazari, kalau nak makan kat Maznah Tom Yam, kau kene tunggu 2018, sebab masa tu aku dah pencen dan bolehlah bukak restoren.

Nazari said...

Maznah aku ada dua kerisauan. Yg 1 sempat ke pencen? Yg 2 kau mcm tak sudi je nak jemput makan kat rumah kau. Aku bagi nama restoren tu .. aku kenen je .. kot-kot lah kau jemput makan tomyam kat rumah .. he he he.

Susah minah sains ni.. bahasa kiasan pun tak faham!!!

asri said...

Baru aku nak huraikan maksud kau tu Ri tapi internet break down. Tup2 kau punya komen dah timbul.

Berdasarkan yan lepas2lah kau berdua macam nak bercekau je? Meow...meow...
Gurau jekan.

Oh ye. Maznah dah daftar, ke reunion ke belum? Mor kalau melalui blog ni cam ni nak daftar. Satu aplikasi pendaftaran di buat d Facebook SMSJ77. Kalau tak jadi ahli cam ne?

Alimor Sipon said...

Asri kalau kawan2 nak daftar reunion sms aje kat aku, kau, Mis atau Noraini. Lepas tu aku udpatekan kat senari kawan2 yang akan hadir.

maznah said...

Sorrylah Nazari, aku ni cikgu maths jadi tak reti sangat bahasa kiasan. Kalau betul kau nak datang makan tom yam kat rumah aku, tak ada masalah.
Asri, betullah kau cakap aku dengan nazari ni masa sekolah satu kelas tapi tak berapa nak ngam. Masa tu budak lelaki dan perempuan buat hal masing2 je. Aku belum daftar untuk reunion tu. Masih awal lagi. Tunggu green light dari husband.

asri said...

Kah..kah..kah... Itu cerita dulu Maznah. Ini cerita umur dah 50an.
Mudah2an persahabatan kita semua bertambah erat.

Alimor Sipon said...

Cikgu Maznah ... tak yah tunggu green lightlah. Dah umur2 mcm ni nak ke sana kesini tak kan nak berkepit aje. Bawak hubby skali kalau dia nak ikut.

Nazari said...

Maznah : aku bukannya tak admire bebudak pompuan kelas kita dulu tu.. aku sekelas dgn kau/timah hampir 4 tahun. Ada gak skrg ni bila aku tengok gambar dulu2 tu.. tertanya gak dalam hati.. apasal aku tak ngorat dia org ni dulu? kan ke senang nak pergi reunion smsj tak payah nak dapat green light macam org tu kan kan kan.. tapi cuba kau org fikir.. bidak pompuan dah akil baligh besau2 dan tembam2.. bebudak lelaki kecik kemetot .. mana berani ma!!!

Anonymous said...

Aku ni alimor masa belum kawin ke sana ke sini dengan abang. Aku ada 3 abang tau. Bila dah kawin ke sana sini dengan husband. Memang aku tak pandai jalan sorang. Pegi keja memanglah sorang2 sebab sek aku 5 minit je dari rumah kalau tak ada traffic light. Mana aku pernah drive jauh. Memang tak dibenarkan....... Kemungkinan besar aku akan datang dengan husband.

Alimor Sipon said...

Jadi kira, datanglah ya (wpun ngan husband). Tapi tak terpikir ke skali skala kau nak 'melalak' sendiri dgn kawan2. Agak2nya kita kalau dah lama sangat kahwin rasa kekok bila the other half tak ada. Kdg2 ada menyampah, tak ada cari ...

Nazari said...

Alimor .. tulah yg aku risau ni. Dah biasa berdua.. ni nak gi sorang-sorang.. takut tak boleh lelap je.. boleh bawak bantal peluk tak? Boleh join katil tak? AKu nak dua pasal dah biasa tidur katil besar.. takut jatuh lak!!! Dah muda2 ni tidur lasak sikit!

kassim said...

Cot.. apalah ko ni.. sygkan isteri tinggal2kan..sepatutnya Mem ko yang risau ko gi sorang2.. ini ko yang risau..kalau takut jatuh katil.. tido aje atas simen...grenti tak jatuh.. hua..hua..hua

braimtaigo said...

Bimbang jatuh katil? kan badan masing2 gebu..kalau jatuh sedap aja. macam jatuh atas tilam. Yang musykil, katil kat asrama tu kan dua tingkat. ada ke nanti yg akan tido tingkat atas katil?..

Nazari said...

Aku kalau katil dua tingkat tu.. kalau kena bawah aku tengok member diatas tu. Kalau berat lebih 70Kg aku cari lain katil.. bahaya ma!!! Kalau atas.. takut gak..1 jatuh 2 takut kena kipas.. dulu ada member kena kipas.. berjahit dahi..

asri said...

Mor, cantik kau susun lima orang satu kumpulan senang kira. Dah 60 orang daftar Mor stakat ni. Jalil Dawam tak Daftar lagi ke.

Alimor Sipon said...

Ada lagi kawan2 yang tak ada respon .... membisu tanpa jawapan. Ada beberapa orang yang respon tapi belum buat keputusan. Ada masa lagi kita call dia orang yang belum decide lagi. Juga teruskan usaha cari kawan2 baru. Insyaallh target 100 akan kita capai.

braimtaigo said...

CgKhider ari tu kan kata boleh. Dia tak konfom lagi ke? Jaafar Kechut dengan sorang lagi kawan pun dia kata nak datang..

Alimor Sipon said...

Dia orang tu tak konfom lagi ... 'tengoklah kalau tak ada hal aku datang'. Kalau nak datang katalah 'Yes, aku akan datang'. Bila time tu kalau memang ada hal yg x dpt dielakkan baru lah tak datang. Yang tak nak datang tak taulah apa yang ada dlm kepala mereka sbb tak nak datang.

Anonymous said...

salam, bila dengar nama cikgu ibrahim taigo (singkatan ita)tak dapat bayangkan macamana rupanya sekarang. Bila dah nampak gambar, wah, macam tu jadinya dia. Cuma masih tertanya-tanya, cikgu ajar subjek apa? Masa dulu yang pandai melukis tu le cikgu ibrahim, amik ugama tak masa SPM?

braimtaigo said...

Encik/cik Anonymous menjelmalah dikau..nanti baru aku beritau..tak shokla cakap dgn org yg kita tak tau..

braimtaigo said...

Encik/Cik Anonymou menjelmalah dikau. Nanti aku bagi tau. Tak shokla cakap dengan org yg kita tak tau...

kassim said...

Bang Braim, Anonymous tu memang rapat dgn kita krn dia tau ko amik Lukisan dan x amik subjek Peng Islam.. tapi aku heran Wang Lip Pang boleh score subjek {eng Islam...

braimtaigo said...

Mas Kassim, yg amik Agama Islam tu kan Vincent Chua bukan Wang Lip Pang..kau tau ke sapa gerangan si Anonymous tu?..

Anonymous said...

salam, bang brahim, sorry le tak beri nama. alimor, hanif, tahu, peserta tambahan masa kat umah hanif dgn umah aziz tapi tak keluar dalam gambar. Alimor jemput reunion nanti, insyaAllah kalu diizinkan tuhan saya akan datang

asri said...

Brahim, ni adik kita Sulaimi lah tu. Nasib baik dia tak nakal masa sekolah dulu. Kalau nakal memang dah kena jotos. Mi reunion datang jangan tak datang.

sulaimi said...

salam, hahahah.. betul tu sulaimi. batch 79 la bang brahim. Masa kat sekolah saya baik, tak 'deng' sampai sekarang. Duit kalu beli rokok tu simpan dah boleh pergi haji banyak kali. InsyaAllah reunion saya akan datang, siap boleh tolong kempen lagi dengan rozita joned, mohktar ibrahim (betul rasanya)

braimtaigo said...

Dik Sul, minta mahap la banyak2. Memang tak boleh recall betul. Tak de gambo2 lama yg boleh jadi pencetus ingatan?

sulaimi said...

salam, rasa macam tahun 75 mudanya bila orang panggil dik sul. hahahah. rambut putih dah banyak kat kepala, misai dan janggut.Biasa lah tu, senior tak boleh ingat junior, tapi junior selalu ingat junior sebab ada yang kena pau 'deng' aka "korok" kena rag, dan macam2 lagi. Trend sekarang tak de lagi dik, now 'bro'

braimtaigo said...

La..saya ni diingati sebab pernah pau dik Sul ke? atau pernah kena ragging by me?..lo kok ora kilingan.

sulaimi said...

salam, la bro brahim diingat sebab perkara lain. Kata orang pijak semut pun, semut tu cuma pening2 lalat aje, mana nak pau atau rag orang.Tu le bila tengok dah besau, halamak, kena tengok moving video.