Aug 5, 2010

Kurma (Tamar)

Musim buah2an biasa di M'sia sedang menjadi. Tapi ada satu buah yang ada kat M'sia musimnya bila datang bulan Ramadhan (bulan puasa). Bila nampak banyak buah ni dijual, tahulah kita bulan Ramadhan dah menjelang. Buah ni bukan datang dari mana2 di Msia (walaupun ada pokoknya yang berbuah di Msia) tapi dari negeri2 Arab, Iran, Mesir danTunisia (juga USA)

Buah kurma (atau tamar) dah menjadi sebahagian adat orang Melayu untuk makan semasa berbuka puasa. Kelebihan memakan buah kurma mengikut sunnah dan khasiat2 kesihatan memang banyak. Tapi kita hanya selalu makan di bulan Ramadhan, hari biasa jarang dan nak beli pun susah cari. Jika kita benar2 mengetahui  khasiat buah kurma, tentu kita akan makannya setiap hari. Tapi yang susahnya nak ganti makanan hari 2 spt roti canai dan nasi lemak.

pokok kurma di M'sia




seleksi kurma di Mydin, USJ

jenis2 kurma

Di riwayatkan, Nabi suka berbuka dengan kurma dan selepas tu terus beribadah. Tapi kita biasanya tak berhenti dengan kurma sahaja, kurma tu kira baru mula 'berbuka'.

Ada ke tak ada buah kurma, Ramadhan datang setiap tahun. Ramadhan tahun ini (1431H) akan tiba seminggu lagi.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.


10 comments:

Anonymous said...

Yusof Taiyoob tu ... peladang kurma atau pengimpot kurma

Alimor Sipon said...

Yusuf Taiyoob tu orang Penang - pengimpot kurma.

Lihat di sini utk tahu kisah Yusuf Taiyoob;
http://www.hafizizain.com/kisah-kejayaan/kisah-menarik-jutawan-kurma-yusuf-taiyoob.html

flying BOER said...

aku nak belajar then start tanam kurma...sape2 boleh beri ilmu tu pada aku....tima kacih

Nazari said...

Aku ada dengar cerita..entah betul entah tidak..wallahuallam.. pendaki Malaysia digunung Everest membawa kurma nabi dan air zam-zam. Kedua2nya tak beku walaupun suhu -ve.

Alu ada bawa kurma nabi dan air zam-zam dari Mekah dulu.. asyik lupa aje nak test masuk dalam freezer.

asri said...

Malam tadi ada kisah tentang Yusuf Tayoob di RTM TV 2 tentang perniagaan kurma dia.

liza said...

sape2 ada air zam-zam tu cubalah...tk salah kan kita buat xprmnt ni.

Alimor Sipon said...

Pokok kurma ni sejenis dgn kelapa sawit ...palma. Boleh hidup kat M'sia dan dah ada org tanam. Tapi nak berbuah kena tahu teknik 'kahwinkan' bunga. Benih pokok kurma mahal. Aku ada tanya 3 pokok 1,000 ringgit, itu pun offer ...jenis KL1. Sin, kalau nak cuba tanam boleh. aku pun nanti nak try juga.

Nazari said...

Untuk menghasilkan buah.. debu kurma jantan akan diambil dan disapukan pada kurma betina (ikut masa) barulah pokok kurma berbunga dan berbuah. Ini diceritakan oleh mutawif(pengiring) masa aku di Mekah dulu. Selain itu, debu kurma jantan ni boleh jugak dibuat ubat untuk perempuan yg sukar mengandung.Diminum atau disapukan pada "anu" perempuuan sebelum "bersama". Aku ada tanya ustad tu.. sukatan untuk sapu tu.. dia kata secukup rasa.. aku bukan apa cuma takut terlebih dos.. kok kok nanti kembar tujuh lak...

Alimor Sipon said...

Betul tu Cot. Kena kahwinkan kurma jantan ngn kurma bentina. Kalau tanam kurma kena ada dua2 pokok jantan dan betina. Yg jantan tak payah banyak. Pasal sapu kat 'anu' tu aku taku silap dos, tumbuh buah kurma pulak ..

asri said...

Peringkat awal pokok kelapa sawit, seingat aku masa tu masih sekolah rendah ada orang kampung aku yang berkerja di estet tugasnya mengahwinkan kelapa sawit. Rupanya menyemburkan debunga jantan ke bunga pokok betina.

Bila ramai orang tanam pokok kurma benihnya akan murah. Berdasarkan gambar yang dipaparkan,kurma boleh jadi satu produk makanan Malaysia.