Aug 29, 2010

Rotab & Dodol

Kurma Rotab 100g RM4.50

Ini yg dapat, beli RM10

Pagi Ahad pergi Pasar Tani di Shah Alam (skrg ni Pasar Ramadhan skali) dan terjumpa kurma muda (rotab). Susah nak jumpa kurma ni, tak banyak dijual, ada pun harga mahal RM 4.50 ke 5.50 utk 100g. Oleh kerana nak cuba makan kurma ni aku beli sikit. 10 ringgit dapat 14 biji. Masa berbuka cuba makan, tak rasa apa sangat tapi rangup; manis sikit dan lemak2.

Kurma dan buah kelapa sawit satu species. Kalau kelapa sawit boleh hidup banyak kat M'sia, tentu kurma pun boleh. Tapi nak tahu cara macam mana nak jadikan kurma 'berbuah'.

2 pemuda mengacau dodol


Dah nak menjelang Aidilfitri, pasar tani pun dah mula jual berbagai2 kuih muih. Popular di sini ialah berbagai jenis krepek2. Tak kurang popular ialah dodol (atau penganan-kata orang Jawa). Resepi dodol ni simple aja - tepung pulut, gula melaka, gula pasir, santan kelapa, air suam (banyak gula!). Lepas tu kacau aje. Tapi nak ' kacau' tu berjam2, kena ada stamina dan sabar. Kalau 'mengacau' bulan puasa ni dengan panasnya dan kering tekak, masalah juga. Tapi kalau nak merasa juga, beli aja.

Kuih2/makanan tradisi memang sedap banding dengan kuih2/biskut moden yang sepesen aje. Rupa cantik tapi rasa lebihkurang sama aje. Sekarang ni kita makan 'kuih raya' sebelum raya sebab bulan puasa kuih dah mula jual. Kalau dulu mak aku larang (tak benarkan) makan 'kuih raya' sebelum raya. Kuih2 tu di buat dan di simpan (sorok), dikeluarkan bila dah raya.

No comments: