Nov 18, 2009

Brothers Form 6 berjumpa dan gathering

Masa kita sekolah dulu ada ada kelas Form 6 yang ambil HSC tahun 76. Mereka tak ramai dan antara yang popular ialah Hasan Adli, Zamri dan Jamaludin. Baru2 ini ada perjumpaan kecil di Shah Alam semasa one of the brother nak pergi Mesyuarat SAJOHA di UKM. Lagi lama mereka tak berjumpa dari kita.



Ikut cerita selanjutnya disini >

3 comments:

asri said...

Bila aku tengok gambar abang Rosli teringat pada Cg Zali. Aku tersalah sebut alat Sains Paduan'burette'. Dikejar aku dalam makmal. Alhamdulillah x kena penampar berbius dia. Dia took over subject ini sekejap.

maznah said...

Asri,cikgu zali pernah ajar kau sains ke? Dia ajar kelas aku maths.Rasanya masa tu aku form 3 kot. Pernah satu hari dia naik angin, habis satu kelas aku kena tampar tak kira lelaki ke perempuan. Itulah kali pertama dan terakhir aku kene tampar. Sampai mati tak akan lupa.

asri said...

Pernah Maznah, tapi hanya sekejap jek tapi tak pasti samada Form 2 ke Form 3. Memang kami masa tu selalu berdoa supaya dia jangan lama2 ngajar kami . Makbul doa kami dan Mr. Khiew took over subject tu. Mr. Khiew suara jek macam petir tapi tak brutal.Alahai kena penampar gak kau yang tak brutal macam aku.Aku pung pernah kena tampar d SMSJ.

Maznah, ex-students kita nilai kita macam kita nilai ex-cikgu2 kita gaknya. Mereka akan ingat sepanjang hayat mereka, bagaimana kita layan mereka. Mudah2an kita jadi CIKGU yang sebenar.

Cendikiawan, Informatif&Inovasi,Kreatif,Gigih serta Ulung.