Nov 30, 2009

MG Melaka 28.11.09




Saiful Bahari, Aziz Khamis, Ali Husin


Ali Husin, Hanif Sulaiman, Rosman Husin


Aziz Khamis, Ali Husin, Hanif, Rosman, Muhiddin Abu Amin


Rosman, Md. Norhayati, Alimor, Othman, Md. Noor Keling, Mokhtar Ghani


Othman, Md. Noor, Mokhtar


Rosman, Muhiddin, Othman


Rosman, Md. Norhayati

Sempena cuti Raya Qurban, kawan2 dapat berjumpa di Melaka. Hanif Sulaiman yang aturkan. Kebetulan aku ada di Kuala Linggi (hujung negeri Melaka), beraya di kampung mertua. Ramai juga kawan2 yang Hanif ajak berjumpa, tapi ada yang tak balik Melaka dan ada yang dah balik ke rumah luar Melaka.

Kalau buat MG kat Melaka ni senang. Kawan2 duduk tak jauh. Melaka negeri tak besar. Call aje boleh datang kalau tak ada hal. Aku, Mokhtar dan Saiful bawa famili. Yang perempuan tak ada join (mungkin Hanif tak jemput) kecuali Taksiah (itu pun sbb dia isteri Mokhtar agaknya).

Mula2 plan nak jumpa di Restoran Aziz Khamis. Tapi tak jadi sebab Aziz ambik cuti panjang (kerja sendiri nak cuti memanjang pun boleh). So tempat MG Hanif yg cadangkan - Restoran Asam Pedas Pokok Besar kat Kota Laksamana. Aku masalah juga nak cari tempat tu, dahlah datang dari jauh, hujan pulak. Tapi Hanif yang bagi direction, aku yang jauh pula tiba dulu. Hanif memang expert semua tempat kat negeri Melaka sbb tu dah kerja dia.

Yang ada nak datang tapi sebab kerja lewat tak dapat join mcm Dr. Lokman and Dr. Razak. Apa nak buat orang cuti dia kena kerja juga sbb orang nak sakit tak kira hari cuti.

Bila dah nak balik, Saufi Ibrahim (Balak) pula sampai. Camera dah tutup, so gambar dia tak adalah (juga Taksiah sbb duduk tak campur boys - lupa nak ambil gambar).

MG Melaka semakin besar dan meriah. Pendatang baru Md. Noor Keling first time jumpa kawan2 sejak bertukar kerja balik ke Melaka. Welcome to the MG Melaka Md. Noor.

4 comments:

asri said...

Tahniah untuk anda kawan-kawan di Melaka mudah2an semankin hangat persahabatan kita.

hamzah said...

Maaflah sebab tak dapat sama mlm tu walaupun telah dimaklumkan..insyallah lain kali

Anonymous said...

salam... MG kat melaka ye, dh dekat le tu ngan tmpt teja...

Anonymous said...

kat durian daunlah tu. sebab ada sm tun tijah kat situ, sebelah mghs.