Semalam (10/5/2010) lepas melawat sekolah dan bincang persiapan reunion dgn cikgu2, ada banyak masa lepas lunch. Jadi aku ambik peluang memanjat Gunung Lambak (510m, gunung or bukit tertinggi di Kluang). Seingat aku masa sekolah dulu ada pergi ke Gunung Lambak tapi tak ingat pulak naik sampai atas. So, aku set naik G. Lambak ni macam first time. Selalu juga pergi trekking dan naik gunung, tapi aku underestimate G. Lambak ni (atau overestimate kebolehan mendaki aku). Dari bawah sampai puncak 60 minit, rehat kat puncak dan ambik gambar sikit dan turun lagi 60 minit. Kira2 2 jam turun naik untuk orang yg average dan bukan regular panjat G. Lambak.
peak of G. Lambak
view frm top of G. Lambak
peak of G.Lambak
aku di puncak G. Lambak
Devan ... kawan pendaki yg tolong tangkap gambar aku
Yang parah naik G. Lambak ni slope yang curam mencanak lepas halfway ke puncak. Bila naik nak ada banyak energy dan stamina, bila turun banyak control dan main brek. Bila petang sikit ramai orang jogging dan trekking di G. Lambak ni. Yang regular (ramai veteran termasuk ahpek2) naik tiap2 hari kadang2 pagi petang. Tengok muscle kaki dah tahu diaorang tu regular - berketul2 dan urat terkeluar. Ada Ah Pek jual air kat bawah tu, aku singgah beli air masa nak naik, lepas sekejap aku sampai puncak dia pun sampai. Bila aku turun dia dah jual air semula. Lepas tu dia offer jual kasut getah yang ada studs enam ringgit aje. Kasut tu memang ramai orang pakai untuk mendaki - lembut, ringan dan flexible. Tak payahlah beli kasut trekking yg mahal2 macam HiTec atau Timberland kalau nak panjat gunung.
steep trail to to the peak
trail with ropes
halfway to the peak (mat indon tolong tangkap gambar)
easy trail
small waterfall
end of cement path ... start of trail
cement trail
entrance to trail
kaki G.Lambak
signage at the peak
G. Lambak ... view frm Railway station
Apa2 pun aku happy dapat sampai ke puncak G. Lambak walaupun pada umur yang dah setengah abad dan banyak gunung2 lain yang lebih tinggi dah aku naik. Untuk kawan2 kalau nak cuba lagi (dulu masa sekolah ada yang dah naik) dan tengok larat ke tak larat, mungkin masa reunion boleh naik. Tapi kena training sikit dulu, kalau tak melambak nanti.
8 comments:
Mor, dari gunung lambak boleh nampak sekolah kita kan? Ni gambar dari tingkat 3 block A, nampak puncak gunung lambak di background:
http://alimorsipon.blogspot.com/2009/10/sebelum-solat-jumaat.html
Trail dia macam tak berubah je dari 30 tahun dulu.
Mor, kat puncak gunung lambak nilah aku belajar minum air soya yang sebelumnya aku tak boleh minum. Masa sampai kat puncak, semua air yang ada dah habis. Dek dah terlalu haus, aku telan juga air soya. Sejak tu aku pandai minum air soya.
Tahniah Mor. Penhulu masih mampu mendaki Gunung Lambak. Aku rasa aku daki gunung ni masa Form 4 kot.
Alimor, aku tabik spring kat kamu boleh panjat sampai puncak dlm satu jam, kamu ni memang fit, aku selalu lalu keluang tapi tengok aje gunung lambak drp jauh!!
@ Bus: dari peak G.Lambak tak nampak sekolah, lindung dek pokok. Yang nampak arah Kahang, Mersing.
@ Maznah: Apa pulak bawak air soya naik gunung, bawaklah mineral water.
@ Jalil: berjalan, trekking, mendaki memang baik untuk orang veteran sbb kena banyak sabar ... slow and steady. Tapi amat bagus untuk meningkatkan kefittan badan. Cara natural kurangkan berat, improve blood circulation/breathing. Tapi yang best rasa 'achievement' bila sampai puncak - tak kiralah tinggi mana.
Alimor.. masa tu mana ada air mineral!! Aku ingat lagi kita org bawak air dari bawah gunung. Lepa stu air habis Ghaffar turun balik.. bila dia naik bawak air org lain dah nak turun.. kesian dia.
Maznah.. kita panjat gunung tu kan sama2.. satu kelas masa form 2 kot.. aku ada gambar atas puncak bersama dgn arwah Norman Husin.
Kalau kau ada gambar ramai2 tolong post kan.. mungkin terselit muka aku ni.
Sori.. anonymous tu Aku.. Nazari
Betullah nazari, masa tu kita form 2. Nanti aku cari gambar masa kat gunung lambak tu
Post a Comment