Jul 4, 2009

Blog Navigation Guide

Blog SMSJ77 Connexion ini diujudkan untuk rakan2 smsj tahun 1977 berkongsi cerita2 lama dan baru. Cara penyampaian lebih kepada paparan imej dengan sedikit catatan yang berkaitan dengan imej tersebut. Kebanyakan imej2 yang dipaparkan adalah sumbangan rakan2 sendiri dari koleksi gambar 'salinan keras' lama atau digital yang baru.

Untuk memaksimakan pengalaman bila berada diblog ini, eloklah diberikan sedikit panduan bagi memudahkan 'navigation' di blog ini (juga blog2 lain yang serupa dengan blog ini):


1. Muka pertama blog ini adalah Home page - muka pertama apabila landing di blog ini. Setelah merayau2 di blog ini, klik Home untuk kembali ke muka pertama.

2. Posting adalah menurut turutan Chronological - posting terkini di sebelah atas, posting sebelumnya di sebelah bawah dan seterusnya.

3. Untuk melihat posting sebelum sesuatu muka blog, klik Older Posts. Klik Newer Posts untuk posting selepas sesuatu blog.

4. Posting yang ada imej (gambar), boleh diklik pada gambar untuk melihat gambar penuh. Saiz gambar bergantung kpd saiz gambar asal.

5. Setiap posting ada kemudahan untuk meninggalkan Comment. Pop up window akan keluar untuk tinggalkan comment. Jika tiada blog account, taipkan nama sendiri untuk pengenalan.

6. Posting juga boleh dihantar kepada penerima e-mail untuk dikongsi. Klik icon envelope dan ikut arahan seterusnya.

7. Setiap posting juga diberikan labels. Jika labels diklik, posting yang sama label akan dipaparkan. Satu posting mungkin diberikan beberapa labels. Carian posting mengikut labels juga boleh dicapai di bawah kategori posting di sebelah kanan blog.

8. Text di dalam posting yang ada highlight, ada link ke tempat lain di dalam blog atau tempat lain luar dari blog ini.

9. In general, jika text atau imej ada highlight (icon tangan), ianya adalah clickable.

10. Posting yang lepas disimpan di dalam arkib. Senarai arkib ada di sebelah kanan blog mengikut bulan/tahun. Klik mana2 tajuk untuk melihat posting.

11. Features lain di blog ini:

- Chat box - simple chat untuk tinggal pesan atau berchat. Pastikan nama sebenar digunakan supaya senang dikenali.

- Survey dari masa ke semasa akan ada survey ringkas

- Search this blog powered by Google untuk searching dalam blog sahaja

- Link to other sites - sites sekolah dan kawan2


12. Maklumat di sebelah kanan blog adalah untuk rujukan dan tidak berubah dengan kerap.

Harap rakan2 memperolehi pengalaman yang menarik semasa melawat blog ini untuk mendapat sedikit sebanyak berita dahulu dan kini.

Jika ada bahan2 yang hendak disiarkan untuk tatapan bersama, sila majukan kepada saya - alimorsipon@yahoo.com.

Salam Ikhlas

alimor sipon.

2 comments:

asri said...

Tahniah dan terima kasih Mor dengan tunjuk arah yang diberikan. Ini memudahan rakan2 yang tak biasa cara menggunakan internet macam aku. Satu progress yang baik. Aku main terjah jer gunakan internet ni.

Unknown said...

Mor,betul kata Asri tu..koe memang pinter..panduan yang koe paparkan kpd umum dpt juga dijadikan panduan oleh aku yang kurang mahir tentang guna internet..main belasah aje..