Inilah kisahnya.... ......... .....
Kisah tentang dua orang sahabat karib yang sedang berjalan melintasi gurun
pasir. Mior dan Megat namaya. Mereka tersesat. Di tengah-tengah
perjalanan, mereka bertengkar kerana saling menyalahkan antara satu sama
lain. Mior tidak dapat menahan diri lalu menampar temannya Megat. Megat
berasa sakit hati, tetapi dengan tanpa berkata-kata, dia menulis di atas
pasir:
"Hari Ini, Sahabat Terbaik Aku Mior Menampar Pipiku"
Mereka terus berjalan tanpa berkata sepatah perkataan pun, sehingga mereka
menjumpai sebuah oasis, dimana mereka memutuskan untuk mandi. Namun,
ternyata oasis tersebut cukup dalam sehingga Megat yang tidak tahu
berenang nyaris tenggelam dan lemas, tetapi Alhamdulillah berjaya
diselamatkanlah oleh Mior.
Di tepi oasis, ketika Megat mulai sedar dan hilang rasa takutnya, dia
terus bangun dan mengukir sesuatu di sebuah batu besar yang berdekatan:
"Hari Ini, Sahabat Terbaik Aku Mior Menyelamatkan Nyawaku"
Mior berasa pelik dengan kelakuan Megat dan bertanya kepadanya , "Kenapa
setelah aku menampar kau dan melukai hatimu, kau menulisnya di atas pasir,
dan sekarang kau mengukir di atas batu pula?".
Temannya Megat tersenyum lalu menjawab, "Ketika seorang sahabat melukai
hati kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar 'angin kemaafaan' akan
datang menghembus dan menghapuskan tulisan tersebut. Dan apabila sahabat
kita melakukan sesuatu kebajikan sekecil apa pun, kita harus memahatnya di
atas 'batu hati' kita, agar tetap terus dikenang tidak hilang ditiup
waktu.
Sahabat-sahabatku sekalian, dalam hidup ini sering timbul perbezaan
pendapat dan konflik kerana sudut pandang yang berbeza. Oleh kerana itu,
cubalah untuk saling memaafkan dan lupakan masalah lalu. Marilah kita
belajar menulis diatas pasir dan mengukir di atas batu!
.... NAZARI AHMAD
1 comment:
Kita lupakan orang buat salah kepada kita dan ingat orang buat baik pada kita.Itulah moral of the story. Tapi aku sampai sekarang masih berbuku sebab tak pasal2 kena tampar pada malam 2x esoknya kemudian kena 3 das d punggung secara rasmi masa form 3 lepas LCE. Bisanya masih terasa di hati. Aku d lantik jadi pengawas pulak.Aku cuba melupakannya.
Post a Comment