Sep 30, 2009

Fw: gambar raya di rumah rohaidah sulaiman & nazari ahmad 28/9/09


Nazari Ahmad


Di rumah Nazari Ahmad


Maimunah, Rohaidah, Norsa'ni, Shazmi


Isteri Nazari & Halizah Majid

----- Forwarded Message ----
From: norsani bakar <norsani2005@yahoo.com.my>
To: Alimor Sipon <alimorsipon@yahoo.com>
Sent: Wednesday, September 30, 2009 9:13:43 PM
Subject: Re:gambar raya di rumah rohaidah sulaiman 28/9/09


 
kunjungan pertama setelah tiga puluh tahun tak berjumpa dgn rohaidah, hilang rindu sekian lama.kawn sekpg, sekelas dari darjah satu dan smsj.
turut  serta Tina dan Shazmi.
kemudian kami ke rumah Halizah Majid di Sg.Merab Bangi dan ke Putra jaya ke rumah Nazari.
Terima Kasih Kerana sudi menerima kunjungan Kami.

Sep 28, 2009

Kadir Kusene dlm kenangan (6.3.60 - 27.9.09)


Lagi sumbangan drpd rakan2 smsj77 yang disampaikan pada 11/10/09.


Sumbangan rakan2 yg disampaikan pada 2/10/09


Bersama isteri arwah Kadir Kusene (kiri)

Alimor, Abd Kadir Kusene, Yusof Jaafar, Mohamad Samad, Shamsudin Dikon, Shamsudin Md. Dom (UTM 1980)




Abdul Kadir Kusene, barisan tengah pertama dari kiri (Kelas 5M3 1977)

Abdul Kadir Kusene telah meninggal dunia pada 27 Sept 2009 selepas dimasukkan ke Hospital Serdang pada 25 Sept 2009. Jenazah telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22/Puchong Bt.13, Selangor. Beliau berasal dari Air Baloi, Pontian dan terakhir bertugas di Kem. Pelajaran, Putrajaya. Arwah meninggalkan seorang isteri dan 6 orang anak yg tinggal di Puchong Perdana, Selangor.

Al -Fatihah utk arwah Abdul Kadir Kusene, semoga rohnya dicucuri rahmat. Juga takziah kepada keluarganya.

Sep 27, 2009

Buat Lemang AidilFitri 1430H




Lemang sedia untuk dimakan.


Lemang siap dibakar


Lemang sedang di bakar





Sediakan api untuk bakar lemang


Kelapa lepas diparut.



Kelapa utk diparut


Beras pulut yang direndam


Buluh lemang siap dimasukkan daun pisang


Daun Pisang


Buluh lemang yg siap di kerat





Pokok Buluh Lemang

Aku memang suka makan lemang tapi tak pernah cuba buat sendiri. Saban tahun bila tiba hari raya, abah aku yang buat lemang sehingga dia meninggal tahun 2002. Lepas abah meninggal, adik aku yang sambung tradisi buat lemang keluarga kami. Biasanya aku cuma tolong-tolong buat persiapan. Tahun ni aku cuba buat sendiri - tak susah cuma persiapan dan jaga api lemang makan masa.
Buluh lemang aku ambik di kebun yang ditanam oleh arwah abah. Pokok buluh ni memang popular musim raya sebab ramai jiran2 dan kenalan datang ambil buluh nak buat lemang. Kalau nak cari dalam hutan tu susah sikit.
Bahan2 nak buat lemang tak banyak - beras pulut, santan kelapa (campur sedikit garam) - itu saja. Tapi persiapan lain banyak guna tenaga - ambil buluh dan kerat, cari daun pisang, cuci buluh dan masukkan daun pisang, masukkan pulut dan santan, sediakan api untuk bakar lemang (aku gunakan kayu pokok rambutan). Part yang kena sabar (5-6 jam) ialah menjaga api masa menunggu lemang masak. Ini part yang kritikal dan tentukan lemang tu masak elok - tak hangus dan masak sekata.
Resepi lemang - beras pulut, santan kelapa
Cara2 membuatnya - Masukkan beras pulut (yg telah direndam 2 jam) ke dlm buluh lemang, masukkan santan kelapa hingga melebihi paras pulut, bakar/hangatkan buluh lemang di sebelah api/bara (jarak 2 kaki), tunggu lemang selama 5 -6 jam sehingga masak.
Bagi kawan2 yang tinggal di kampung, paling ideal buat lemang sendiri untuk keluarga. Di kampung bahan2 senang diperolehi dan ada kawasan sesuai untuk tempat bakar lemang. Lemang yang aku buat tu dapat 30 batang dgn 8 kilo beras pulut dan 20biji kelapa. Modal dlm 60 ringgit saja. Kalau beli lemang yang dijual sekarang harga 5-8 ringgit ikut saiz.
Buat lemang juga bisanya tak buat sorang2. Ahli keluarga lain membantu buat persiapan dan membakar lemang - dapat tingkatkan kerjasama.
Aku puas hati hari raya tahun ini berjaya buat lemang sendiri. Ilmu yang dapat dari arwah abah aku praktikkan. Terima kasih abah.

Sep 26, 2009

Kembara Aidilfitri II - Johor Bahru, 22 - 24 Sept 09

Kassim Marsithi, Jalil Dawam & Rahim Yusof


Rahim Yusof, Md. Norhayati, Alimor, Kassim Marsithi, Jalil Dawam & Sufian Rahman
Cikgu Hamzah (suami Maznah), Cikgu Maznah Mahmood, is3 Alimor, is3 Sufian

DI RUMAH CIKGU MAZNAH MAHMOOD - TMN SURIA, JB (24 Sept 09)


Sufian Rahman, Kassim Marsithi, Rahim Yusof, Alimor, Md. Norhayati


Alimor, Kassim Marsithi, Md.Norhayati, Rahim Yusof


DI RUMAH MD. NORHAYATI TAHIR - LARKIN, JB (23 Sept 09)


Azman Nordin & famili, Alimor & famili di rumah Azman Nordin, Taman Skudai Baru, JB (23 Sept 09)


Alimor & famili, Samsudin Nyat & isteri (Nora Abdullah) di rumah Samsudin Nyat, Taman Skudai Baru, JB (23 Sept 09)


Aminuddin Ismail & Alimor di rumah Aminuddin Ismail di Tmn Delima, JB (23 Sept 09)


Alimor & Dr. Mustapha Shamsudin di rumah Dr. Mustapha - Tmn Perling, JB (22 Sept 09)


Kassim Marsithi, Rahim Yusof & Alimor di rumah Kassim di Bukit Indah, JB (22 Sept 09)


Masuk hari raya ke3, kawan2 dah mula balik dari beraya di kampung dan dapatlah aku dan keluarga serta rakan2 lain beraya di rumah mereka. Antara rakan2 yang dilawati ialah Kassim Marsithi, Dr. Mustapha Shamsudin, Aminuddin Ismail, Shamsudin Nyat, Azman Nordin, Dr. Md. Norhayati.

Rakan terakhir yang dilawati sebelum aku pulang ke KL ialah Cikgu Maznah Mahmood. Cikgu Maznah walaupun sibuk dgn kerja, rajin belajar dan membuat kuih-muih sambil menerima tempahan lagi.

Hari raya tahun ini sungguh berbedza dengan yang lepas2 kerana berpeluang menjejak dan melawat rakan2 yang antaranya tak pernah berjumpa lepas keluar sekolah.

Aku harap rakan2 yang lain juga dapat berhubung dan menziarahi kawan2 yang telah lama terpisah bukan saja di musim raya tetapi di masa2 lain.

Sep 25, 2009

Kembara AidilFitri I - Pontian, 21/9/09

Alimor & Dzaki Othman
is3 Alimor, Noraini Yusof, is3 Dzaki

DI RUMAH DZAKI OTHMAN - PARIT SEMERAH, PONTIAN



Cikgu Rahman bersama is3.


Alimor, Cikgu Rahman, Noraini Yusof
(motor Honda lama yg dipakai masa kat sekolah sains)

Maya - cucu cikgu Rahman

Di dalam rumah kabin Cikgu Rahman

Asri, Cikgu Rahman, Alimor & Noraini Yusof

DI RUMAH CIKGU RAHMAN - API2, PONTIAN

is3 Alimor, Noraini Yusof, is3 Asri
Alimor & Asri

DI RUMAH ASRI - KAYU ARA PASONG, PONTIAN


keluarga Alimor, Noraini Yusof, keluarga Mohsin

Mohsin Bakar & Alimor

DI RUMAH MOHSIN BAKAR - PARIT IBRAHIM, PONTIAN


Ambil peluang cuti raya dan balik rumah mertua di JB, aku pergi beraya dan melawat rakan2 yang tinggal di Pontian yang tak balik kampung beraya. Rumah pertama yang aku singgah ialah rumah mertua Noraini Yusof di Lorong Syukur, bandar Pontian. Kemudian dengan Noraini, kami beraya di rumah Mohsin Bakar di Parit Ibrahim. Lepas di Parit Ibrahim, beraya pula rumah Asri Ahmad di Kayu Ara Pasong.
Kebetulan cikgu Rahman Karim balik beraya di rumah kabin beliau dia Api2. Kami sempat singgah di rumah cikgu Rahman. Cikgu Rahman biasanya tinggal di Bandar Baru Uda, JB tetapi balik ke rumah kabin untuk bercuti atau berehat. Dalam usia yang telah mencecah 65 tahun, cikgu Rahman masih nampak segak dan bertenaga. Masa lapang di penuhi dengan aktiviti spt memancing, berkebun dan bersama anak2/cucu2. Cikgu Rahman boleh dihubungi di no. 016 746 0538.
Beraya di Pontian di sudahi dengan melawat Dzaki Othman di rumah keluarganya di Parit Semerah. Ramai kawan2 lain yang ada di Pontian balik kampung beraya hari tu, tetapi tak sempat nak melawat kerana kesuntukan masa.

Sep 24, 2009

Fw: GAMBAR AKU DEPAN SEKOLAH - Hisham Alwi

Depan sekolah 20 Sept 09.

Noorhisham Alwi & Famili

---- Forwarded Message ----
From: Noorhisham Mohd Alwi <linkfarr@gmail.com>
To: Alimor Sipon <alimorsipon@yahoo.com>
Sent: Thursday, September 24, 2009 7:16:06 AM
Subject: GAMBAR AKU DEPAN SEKOLAH

Alimor...

Salam aidil fitri kepada kau sekeluarga. Bersama-sama ini aku hantar gambar famili aku dan gambar seimbas lalu. Tolong poskan. Thank you.


--
Noorhisham Mohd Alwi, Ph.D
Managing Consultant
LINKFARR SDN BHD
HP Tel: 019-2815847

"Linking Friends, Associates and Rakan-Rakan"

www. linkfarr.com.my

Note: Noorhisham Alwi sempat singgah kat sekolah pada hari raya pertama (20 Sept. 09)

Sep 21, 2009

Fw: Beraya dengan Ali

Sarudin Kari (Ali) & Ahamad Kamel


----- Forwarded Message ----
From: Ahamad Kamel Ismail <akamel.ismail@gmail.com>
To: Alimor Sipon <alimorsipon@yahoo.com>
Sent: Monday, September 21, 2009 6:05:14 AM
Subject: Beraya dengan Ali


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Mor,

Alhamdulillah walaupun jadual kerja ketat disebabkan perayaan, aku sempat ke Makkah untuk solat subuh dan solat Eidul Fitri serta berjumpa Ali(Sarudin) dan membawa beliau dan ke rumah di Jeddah. Sehari sebelum raya juadah raya seperti Rendang Hashi(Unta Muda) dan kuah kacang telah siap dimasak dan lodeh dimasak selepas pulang dari Makkah. Dapatlah kami beraya seadanya.

Pada waktu petang aku hantar Ali ke Rabigh dimana beliau bertugas di King Abdul Aziz University branch campus, 150 ke utara Jeddah.

شكراً لك

ولسعادتكم أطيب تحياتي

Ahamad Kamel Ismail احمد كامل اسماعيل
Jeddah 21381 جده
Kingdom of Saudi Arabia المملكة العرلبية السعودية

Sep 17, 2009

Salam Aifil Fitri 1430H

Ramadhan hampir menghilang dan Syawal akan menjelma. Sempena hari yang mulia ini saya ingin mengucapkan SELAMAT dan SALAM AIDILFIRI kepada semua sahabat, rakan dan kenalan SMSJ77 Connexion. Semoga Aidilfiri ini lebih gembira dari yang lalu kerana kita telah dapat menjejak, berhubung dan bertemu semula rakan2 seperjuangan sepersekolahan dahulu.

Adalah lumrah manusia yang umurnya semakin meningkat seperti kita, amat rindu dan selalu terkenang rakan2 lama. Perhubungan dan pertemuan kembali dapat mengidupkan semula semangat untuk kita terus mengharungi hidup ini. Saling bantu membantu dan sokong menyokong amat diharapkan sesama kita.

Sejak kita memulakan blog ini April yang lalu, telah ramai yang datang ke depan untuk menghidupkan persahabatan yang sedia ada tetapi terpisah oleh masa. Untuk menamakan semua yang terlibat agak panjang, cukuplah sekadar beberapa nama yang aktif seperti Asri Ahmad, Mohsin Bakar, Yusof Aziz, Ahamad Kamel, Nazari Ahmad, Norhisham Alwi, Hanif Sulaiman, Othman Rahim, Ali Husin, Kassim Marsidi, Khairuddin Mohd Noor, Norsani Abu Bakar, Noraini Yusof, Zaiton Omar, Salbiah Nawi, Maznah Mahmood, Maimunah Arif, Fadilah Yahya. Usaha kalian semua amat kami hargai.
::
Dalam berhubung untuk mengeratkan semula sillaturrahim, ada juga matlamat lain yang kita usahakan dan tercapai. Kutipan derma surau berjalan lancar dan alhamdulillah batch kita adalah penyumbang terbesar setakat ini. Namun kita mengharapkan agar semua dapat menyumbang mengikut kemampuan. Kepada yang belum lagi, kami percaya anda semua mampu melakukannya.
::
Akhir sekali, aku memohon maaf seikhlasnya jika ada kesilapan dan kekurangan dalam berhubung dalam mengedalikan blog kita ini. Adalah diharapkan Aidilfitri yang akan datang dapat dipenuhi dengan hubung-menghubungi dan kunjung-mengunjungi sanak saudara, sahabat handai dan rakan taulan untuk mengeratkan sillaturrahim.
::
Selamat Hari Raya Aidil Fitri,
Maaf Zahir dan Bathin.
::
Salam Ikhlas,
ALIMOR SIPON

Sep 12, 2009

Fw: Gambar SMSJ

----- Forwarded Message ----
From: Mohd Nazari Ahmad <mohdnazariahmad@yahoo.com>
To: alimorsipon@yahoo.com
Sent: Thursday, September 3, 2009 12:12:44 PM
Subject: Gambar SMSJ

Assalamulaikum Alimor,

Ni ada beberapa gambar sekolah kita yang dalam simpanan aku. Boleh lah kalau nak share dnegan kengkawan kita. Cuba tengok gambar yang hitam putih tu.. diambil pada April 1974 (masa tu bebudak Melaka baru sampai)


Photo credit: Nazari Ahmad.