Sep 17, 2009

Salam Aifil Fitri 1430H

Ramadhan hampir menghilang dan Syawal akan menjelma. Sempena hari yang mulia ini saya ingin mengucapkan SELAMAT dan SALAM AIDILFIRI kepada semua sahabat, rakan dan kenalan SMSJ77 Connexion. Semoga Aidilfiri ini lebih gembira dari yang lalu kerana kita telah dapat menjejak, berhubung dan bertemu semula rakan2 seperjuangan sepersekolahan dahulu.

Adalah lumrah manusia yang umurnya semakin meningkat seperti kita, amat rindu dan selalu terkenang rakan2 lama. Perhubungan dan pertemuan kembali dapat mengidupkan semula semangat untuk kita terus mengharungi hidup ini. Saling bantu membantu dan sokong menyokong amat diharapkan sesama kita.

Sejak kita memulakan blog ini April yang lalu, telah ramai yang datang ke depan untuk menghidupkan persahabatan yang sedia ada tetapi terpisah oleh masa. Untuk menamakan semua yang terlibat agak panjang, cukuplah sekadar beberapa nama yang aktif seperti Asri Ahmad, Mohsin Bakar, Yusof Aziz, Ahamad Kamel, Nazari Ahmad, Norhisham Alwi, Hanif Sulaiman, Othman Rahim, Ali Husin, Kassim Marsidi, Khairuddin Mohd Noor, Norsani Abu Bakar, Noraini Yusof, Zaiton Omar, Salbiah Nawi, Maznah Mahmood, Maimunah Arif, Fadilah Yahya. Usaha kalian semua amat kami hargai.
::
Dalam berhubung untuk mengeratkan semula sillaturrahim, ada juga matlamat lain yang kita usahakan dan tercapai. Kutipan derma surau berjalan lancar dan alhamdulillah batch kita adalah penyumbang terbesar setakat ini. Namun kita mengharapkan agar semua dapat menyumbang mengikut kemampuan. Kepada yang belum lagi, kami percaya anda semua mampu melakukannya.
::
Akhir sekali, aku memohon maaf seikhlasnya jika ada kesilapan dan kekurangan dalam berhubung dalam mengedalikan blog kita ini. Adalah diharapkan Aidilfitri yang akan datang dapat dipenuhi dengan hubung-menghubungi dan kunjung-mengunjungi sanak saudara, sahabat handai dan rakan taulan untuk mengeratkan sillaturrahim.
::
Selamat Hari Raya Aidil Fitri,
Maaf Zahir dan Bathin.
::
Salam Ikhlas,
ALIMOR SIPON

2 comments:

Abdul Jalil said...

Alimor, kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan meberikan ucapan setinggi tinggi TAHNIAH atas usaha kamu memulakan blog ini yg mana aku fikir telah dapat merapatkan semula persahabatan yg kita jalin semasa di sekolah menengah bagi sebahagian besar dari kita, sesungguhnya tanpa usaha ini agak terhad usaha mengesan kawan kawan waktu disekolah sains dengan kesibukan routin kehidupan masing2. InsyaAllah semuga usaha ini akan terus menarik kawan2 yg lain dan sekurang2nya blog ini menjadi penawar rindu dan mengimbau nostalgia zaman persekolahan dulu. TAHNIAH semuga Allah memberkati usaha ini. Wasalam

Alimor Sipon said...

Terasa puas juga bila hari demi hari dapat kenal semula dan hungi kawan2 lama. Semoga persahabatan yang dibina semula berkekalan terus.