Sep 28, 2009

Kadir Kusene dlm kenangan (6.3.60 - 27.9.09)


Lagi sumbangan drpd rakan2 smsj77 yang disampaikan pada 11/10/09.


Sumbangan rakan2 yg disampaikan pada 2/10/09


Bersama isteri arwah Kadir Kusene (kiri)

Alimor, Abd Kadir Kusene, Yusof Jaafar, Mohamad Samad, Shamsudin Dikon, Shamsudin Md. Dom (UTM 1980)




Abdul Kadir Kusene, barisan tengah pertama dari kiri (Kelas 5M3 1977)

Abdul Kadir Kusene telah meninggal dunia pada 27 Sept 2009 selepas dimasukkan ke Hospital Serdang pada 25 Sept 2009. Jenazah telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22/Puchong Bt.13, Selangor. Beliau berasal dari Air Baloi, Pontian dan terakhir bertugas di Kem. Pelajaran, Putrajaya. Arwah meninggalkan seorang isteri dan 6 orang anak yg tinggal di Puchong Perdana, Selangor.

Al -Fatihah utk arwah Abdul Kadir Kusene, semoga rohnya dicucuri rahmat. Juga takziah kepada keluarganya.

11 comments:

asri said...

Teringat zaman lepas Form 5 dulu, kau orang masuk U aku p kerja kontrek kat Climenti Avenue di Singapore. Saje nak rasa thrill kerja kontrak.

Tahun 80 ni aku tahun akhir di MTC Pulau Pinang.

kassim said...

Wak, kau kira ok jugak..aku tak ke mana2 pun..bila ar.Kadir grad & ngajar kat SMTeknik JB aku tinggal serumah dgn dia kat Skudai.. bila aku pindah Muor..dia tinggal plk dgn Apek (Burhanuddin)Larkin..bila ar.Kadir tukar Kuantan..aku balik JB..aku plk ambik tempat arwah kat rumah Apek..panjang lg ceritanya. Nanti sambung lg..

asri said...

Tu yang nak dengar cerita sensasi,cerita gelak dan banyak cerita2 lain daripada kehebatan dan kenakalan bekas pelajar2 Sains Johor Sim.

kassim said...

Wak, dr Kuantan arwah tukar pulak Kementerian (BTV)..dlm pd tu arwah sambung buat degree..x lama lps tu arwah ke SMV JB jd Pen. Kanan dan Mohd Samad masih guru di situ..aku dpt jumpa arwah kembali..masing2 dah ada anak 3..dulu bujang..skrg dah bekeluarga...sambung lagi..

Alimor Sipon said...

Petang tadi aku menziarah keluarga arwah untuk menyampaikan sumbangan yang dikumpul dari kawan2. Lama kami bercerita tentang saat2 akhir sebelum arwah meninggal. Memang sakit yang dialaminya teruk, tetapi arwah tabah menghadapinya dan tidak mahu menampakkan kpd keluarganya.

asri said...

Mor,rupa-rupanya anak saudra perempuan arwah satu sekolah dengan aku. Emak dia kakak arwah. Emak dia pergi semasa upacara pengebumiannya. Dia cerita arwah sempat balik beraya di Jelotong. Aku tunjuk blog kita pada dia yang ada gambar arwah tu.

asri said...

Terima kasihlah Mor sudi sampaikan sumbangan tu pada bini arwah.Sampai tersasul2 nak buat sumbangan. Kita orang caya sama lu lah beb.

maznah said...

Alimor, bila aku tengok gambar kau kat utm pada tahun 1980 baru aku tahu rupanya ramai budak kelas kita kat utm. Sebenarnya aku dapat juga masuk utm pada tahun 1978, kursus intergrasi sains dgn pendidikan. Tapi surat tawaran tu lewat sikit. Aku terima tawaran kat upm dulu so aku pun pergi daftar kat upm. Lepas orientasi baru surat utm sampai. Kalau aku masuk utm mesti aku tak jumpa suami aku sekarang

nazari said...

Maznah, lama betul tak dengar cerita.. tau-tau jadi cikgu... ramai kawan-kawan kelas kita jadi cikgu/pensyarah. Di UTM masa tu aku, alimor, mohd samad, ada yang lain kot tapi lupa.
Aku pun sama jugak lambat dapat surat UTM .. dah masuk matrikulasi UKM... lepas dua minggu aku cabut masuk UTM.
Mula-mula jadi cikgu di SMV Klang..pas tu pensyarah di PUO, Ipoh.

Kalau kau masuk UTM tentulah susah nak jumpa suami kau tu.. tapi kau akan jumpa aku he! he! he!

maznah said...

Kelas kita cuma aku dan Zaleha Kassim aje yang masuk upm. Tapi zaleha kassim rajin belajar tak macam aku. Aku dah tua baru buat first degree.

Nazari said...

Alah maznah. aku pun macam kau jugak. Anak 1 baru dapat buat Degree. UTM dulu buat Diploma je..ambil biasiswa guru..sebab dia orang kata senang nak pergi oversea kalau cikgu teknikal ni.

Lastlast 6 tahun baru dapat pi UK. Balik anak 3.. Pi Master kat UK tambah anak 1 lagi. Balik Malaysia dapat 1 lagi. Dah 5 dah.. bini masih 1.. ye le suami Mi Kari...