Sep 25, 2009

Kembara AidilFitri I - Pontian, 21/9/09

Alimor & Dzaki Othman
is3 Alimor, Noraini Yusof, is3 Dzaki

DI RUMAH DZAKI OTHMAN - PARIT SEMERAH, PONTIAN



Cikgu Rahman bersama is3.


Alimor, Cikgu Rahman, Noraini Yusof
(motor Honda lama yg dipakai masa kat sekolah sains)

Maya - cucu cikgu Rahman

Di dalam rumah kabin Cikgu Rahman

Asri, Cikgu Rahman, Alimor & Noraini Yusof

DI RUMAH CIKGU RAHMAN - API2, PONTIAN

is3 Alimor, Noraini Yusof, is3 Asri
Alimor & Asri

DI RUMAH ASRI - KAYU ARA PASONG, PONTIAN


keluarga Alimor, Noraini Yusof, keluarga Mohsin

Mohsin Bakar & Alimor

DI RUMAH MOHSIN BAKAR - PARIT IBRAHIM, PONTIAN


Ambil peluang cuti raya dan balik rumah mertua di JB, aku pergi beraya dan melawat rakan2 yang tinggal di Pontian yang tak balik kampung beraya. Rumah pertama yang aku singgah ialah rumah mertua Noraini Yusof di Lorong Syukur, bandar Pontian. Kemudian dengan Noraini, kami beraya di rumah Mohsin Bakar di Parit Ibrahim. Lepas di Parit Ibrahim, beraya pula rumah Asri Ahmad di Kayu Ara Pasong.
Kebetulan cikgu Rahman Karim balik beraya di rumah kabin beliau dia Api2. Kami sempat singgah di rumah cikgu Rahman. Cikgu Rahman biasanya tinggal di Bandar Baru Uda, JB tetapi balik ke rumah kabin untuk bercuti atau berehat. Dalam usia yang telah mencecah 65 tahun, cikgu Rahman masih nampak segak dan bertenaga. Masa lapang di penuhi dengan aktiviti spt memancing, berkebun dan bersama anak2/cucu2. Cikgu Rahman boleh dihubungi di no. 016 746 0538.
Beraya di Pontian di sudahi dengan melawat Dzaki Othman di rumah keluarganya di Parit Semerah. Ramai kawan2 lain yang ada di Pontian balik kampung beraya hari tu, tetapi tak sempat nak melawat kerana kesuntukan masa.

16 comments:

asri said...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca Blog ini. Aku respon untuk entri ini dan selepasnya. Terima kasih dan tahniah Mor dengan usaha engkau tu. Engkau memang administrator yang berkesan.Alhamdulillah kalau tidak tertinggal kita dengan blog adik2 kita 1978 tu.Aku doakan semoga Allah memberi kesihatan dan kemudahan dalam segala hal semoga blog ini terus hidup untuk tatapan kita dan mereka yang sudi mamper.
Insya'Allah aku akan hantar gambar Badrul Ali serta keluarga. Malam tadi Ali Husin dan keluarga datang beraya sembang2 sampai pukul 12.30 am baru beredar. Terima kasih pada rakan2 yang sudi datang kerumah. Insya'Allah gambar akan dihantar bersama-sam dengan gambar Badrul. Cuma kerana terlalu excited terlupa nak bergambar dengan Zainudin A.Kadir(Yotol)bersama keluarganya pada raya pertama.Diharap rakan2 lain juga sudi hantar gambar pada Alimor untuk dipaparkan.

fati said...

Salam,
Dah cuba contact Razipah Mahmod kat Rimba Terjun , Pontian? Masa saya di JB ( UTM ) selalu jugak ke sana, rumah orang tuanya, kekadang terserempak sekali dengan Rohaidah Sulaiman...., no hp Razipah ada kat saya, kalau nak boleh saya beri.

asri said...

Fatie kau hulur no hp Razipah pada Alimor.Mugkin awak dah terbaca tentang kawan lama kita Abd. Kadir Kusene tu.Mudah2an keluarganya tabah menghadapi dugaan ini.Al-Fatihah untuk arwah Abd. Kader Kusene.

Alimor Sipon said...

Razipah, Rohaidah dua2 orang Pontian tapi lupa yang mana satu. One of them sepupu Amin Ismail -
Rimba Terjun.

fati said...

Razipah dan Rohaidah pun sepupu jugak tu.... nnt saya minta izinnya dulu . Rasanya dia jengok jugak blog ni , sebab hari tu ada dia tanya macam mana nak masuk tengok blog ni...

asri said...

TQVM Fati... Teringat pulak pada Fati yang lain tu masa raya2 ni. Jenguk2lah kami di sini. Selamat Hari Raya Adil Fitri Maaf Zahir dan Batin untuk Abang Rosli, awak dan keluarga.

Alimor Sipon said...

Razipah, Rohaidah dan Amin semua sepupu. Norsani ada beritau anak Rohaidah nak kahwin tak lama lagi. Nanti dia confirm

fati said...

Kak Ajip ( Razipah ) dah izinkan. Ini no hpnya 0137710011.

Tang 'fati'yang lain tu...dalam fb ada nampak...cubalah add , mana tau kan.... alah dah tua2 ni, masing2 dah ada keluarga, takde apa yg nak di segankan...kita cuma nak jalinkan silaturahim kembali je.... nambah sedara kan....

asri said...

Terimakasih Fati. Kak Norsaani pun tercari2 dia dan kalau dia buka blog ni dapatlah no hp Kak Ajip , pada hal sekampung tu. Mr. Alimor akan register nama dia dalam list kawan2 lama yang sudah dikesan dalam blog ni.Insya'Allah.

Eh..eh.eh. kau ni. Betul Fatie. Macam Usop cakap kat blog kau orang, masa kita sekolah dulu, dululah budak pompuan pantang jumpa budak lelaki mesti ada yang tak kena. Sekarang ni dah tua2 ni macam bonding tu rasa kuat sebab nak minta maaf atas kesalahan yang dulu2 kot. Kita kan pernah hidup susah senang di SMSJ dulu.

Alimor Sipon said...

Razipah kat mana sekarang? buat apa?

asri said...

Saani bilang tadi dia diJB. Cuma lupa tanya kerjaya dia. Amin tak mention tang dia masa kau p raya kat rumah dia hari itu?Dia tu kerabat Amin lagi kot.

Alimor Sipon said...

Amin beritau Rohaidah aje sedara dia. Tak tau pulak Razipah pun sedara dia. Lagipun aku tak ingat yg mana satu Razipah. Agaknya semua orang Rimba Terjun sedara.

Nazari said...

Aku setuju dengan kau Mor.. memang orang Rimba Terjun sedara semuanye.. pertama.. sama-sama duduk hutan (rimba) ...kedua.. masa kecik-kecik sama-sama terjun le... tu sebab kenal luar dalam.. he he he

maznah said...

Nazari, kau ni kalau kutuk orang tak agak2. Tak berubah dari masa sekolah dulu sampai sekarang.

Unknown said...

Cot, aku komen sikit..masa kecik2 terjun x pakai seluar dalam..itu baru betul.. jgn marah ehhh...

nazari said...

Maznah..jangan le mare. Gurau dengan kengkawan ni bukan apa nak mengembalikan nostalgia zaman budak-budak dulu je.
Kan orang kata zaman paling banyak kenangan.. zaman menuju kematangan. Ye le.. mak we senyum sikit je.. dah tak lena tido.

Ini pulak macam kassim cakap .. terjun ngalah tarzan..