Oct 21, 2009

Fw: gambar2 dulu2


Persatuan Pelajar Islam SMSJ 1977

Photo credit: Asri Ahmad

8 comments:

asri said...

Bila aku semak kat Majalah Radikal 1977 rupa2nya PPI tak di masukan dalam bahagian laporan kelab dan persatuan. Persatuan ni radikal agaknya.Ketua editor majalah ini pun tak ada sebagaimana majalah sekolah yang lain.

Alimor Sipon said...

Masa tu pesatuan / group berbentuk islam baru nak tumbuh, bawa orang berdakwah. Mungkin masyarakat rasa 'terkejut' dgn pendekatan mereka dan pandang 'radikal'.

Bustamam said...

Ada satu masa tu tak boleh langsung buat usrah kat surau. Yang I masih ingat tu pegi dengan Latif Samian panjat pagar hujung dekat dengan rumah HM tu, keluar join usrah luar.

asri said...

Boleh tahan juga kau Bus. Kau nak tahu,Sufian Lau ajak aku pergi tidur kat Surau India kalau tak silap di Kampung Melayu sebab nak dengar ta'lim Maghrib dan Subuh kat sana. Petang Khamis berlakon jogging esok lepas Subuh hari Jumaat jogging pagi pulak.Hari Jumaat masa tu kan cuti. Kalau kantoi memang habis jawabnya.

Bustamam said...

Part jogging tu I ingat gak, dengan Sufian Lau la jugak. Kalau Sufian baca ni sure dia senyum ni. Tidur kat masjid, makan dalam dulang. Kekadang lepas solat Jumaat tu tak balik terus naik bas melencong ke masjid india tu. Ada sekali ada budak² perempuan yang kena paksa bukak tudung, tak ingat dah siapa.

Alimor Sipon said...

Banyak benda yang korang buat aku pun tak tahu, mungkin tak join klik usrah. Masjid India tu kat mana? Apa2 yg baik memang banyak dugaan masa awal. Alhamdulillah sekarang kita dah terbuka dan dapat menerimanya.

asri said...

Latif Samian apasal tak respon kat blog ni? Dia tak ingat dan tak nak kawan dengan kita lagi ke?

Bus, Sufian Lau adalah di antara mentor aku selain Samsudin Miskon, Mokhtar Kassim, Azimi Aman dan beberapa nama lain yang aku lupa dalam alam dakwah ni. Tk banyak untuk mereka.

Apa yang Alimor kata tu betul, tak kenal maka tak cinta, tapi untuk mendapat cinta daripada tuhannya memang banyak dugaan.Kena sabar dengan ujian, rdha dengan ketentuan dan syukur dengan nikmatNya.

Bustamam said...

Asri: Latif takut kena tangkap dek warden sebab panjat pagar kot tu sebab tak respon :). Mungkin dia busy la tu. I jumpa Latif last masa dia president MISG (Malaysian Islamic Study Group) untuk seluruh US. Samsudin Miskon lum dapat jumpa dia lagi lepas sekolah dulu. Antara mereka² yang lain dalam group usrah, Ahmad Abdullah jumpa dia masa dia masih study kat UK. Idris Ahmad study tempat sama juga masa tu, tapi pegi rumah dia tak de.

Semuga Allah tetapkan hati² kita kearah DeenNya.
اﻟﻠﮫﻢ أﺻﻠﺢ ﻟﻲ دﻳﻨﻲ اﻟﺬي ھﻮ ﻋﺼﻤﺔ أﻣﺮي، وأﺻﻠﺢ ﻟﻲ دﻧﯿﺎي اﻟﺘﻲ ﻓﯿﮫﺎ ﻣﻌﺎﺷﻲ، وأﺻﻠﺢ‬ ‫ﻟﻲ آﺧﺮﺗﻲ اﻟﺘﻲ ﻓﯿﮫﺎ ﻣﻌﺎدي، واﺟﻌﻞ اﻟﺤﯿﺎة زﻳﺎدة ﻟﻲ ﻓﻲ ﻛﻞ ﺧﯿﺮ، واﺟﻌﻞ اﻟﻤﻮت راﺣﺔ ﻟﻲ‬ .‫ﻣﻦ ﻛﻞ ﺷﺮ

Ya Allah, perbaikilah bagiku agamaku yang merupakan pelindung bagi urusanku, dan perbaikilah bagiku duniaku yang didalamnya ada penghidupanku, dan perbaikilah bagiku akhiratku yang di dalamnya ada tempat kembaliku, dan jadikanlah kehidupan (ini) menambah setiap kebaikan bagiku, dan jadikanlah kematian peristirahatan bagiku dari setiap keburukan
Amin ya rabbal alamin