Apr 3, 2010

Che Yah ....



Ini kucing jiran aku yang selalu datang lepak kat rumah aku. Tuannya baru pindah tapi belum kenal lagi, duduk selang dua rumah dari rumah ku. Binatang pulak yg pandai kunjung mengunjung, manusia yang buat tak kisah. Aku berikan nama kucing ni Che YAH .... bila datang ke rumah aku jalannya melenggok-lenggok.

19 comments:

maznah said...

Comelnya...... Dah tua ni anak kecik tak ada, aku bela kucing pulak. Ada 7 ekor.

asri said...

Mor kucing tu tino ye Mor?

Alimor Sipon said...

Asri, rasanya tinolah. Tengok perut macam dah beranak ramai. Tapi anak2 dia dah besar agaknya, ada kelurga sendiri. Dia bosanlah tu ... solek2 sikit, datang jalan2 kat rumah aku.

braimtaigo said...

Ntah2 kucing jelmaan tak?..he..he

asri said...

Jangan tuan dia solek2 pas tu jalan2 kat rumah kau dah. Kucing dia tak pe. Tapi kawan kita yang gelar diri dia kucing lama tak singgah kat blog nilah. Tengah beranak ke?

maznah said...

Hai Alimor, takkan kau tak kenal kucing jantan atau kucing betina.

Abdul Jalil said...

maznah, kan alimor kata ini kucing jiran dia, dia tak bolehlah tengok beria sangat jantan ke betina!!! tak kisah lah tu jantina dia asalkan ambil pengajaran bhw kucing pon berziarah sesama jiran..

maznah said...

Kucing jiran aku pon rajin berziarah kat rumah aku, tapi bila jumpa kucing aku mesti gaduh besar

Abdul Jalil said...

maznah, kalau u fikir apa sebab dia gaduh...dia bagi pengajaran ziarah rumah jiran jgn tangan kosong, bawaklah sekali buah tangan baru sempurna...tapi jgn harap balasan tu tak ikhlas namanya, kamu bela banyak2 kucing ni tak segabut ke maznah?...ada kucing jiran saya pandai bukan tingkap sendiri bila nak keluar rumah malam malam!! tak caya?

maznah said...

Masa muda dulu saya tak suka kucing. Tapi semenjak duamenjak ni saya suka pulak dengan kucing2 yang anak saya bela tu. Mungkin kerana saya sama2 bela dia dari kecik sampai dia dah bercucu. Salah seekor dari kucing saya tu pun pandai buka tingkap kalau nak keluar.

Alimor Sipon said...

Kucing tu pun dah umur2 Macam kita Maznah. Tu pasal emosi pun macam sama, boleh buat kawan.

asri said...

Maznah rupanya kau masih sedara dengan Azman Nordin yek.Katanya arwah ayah awak dengan arwah datuk dia adik beradik yek.

Alimor Sipon said...

Pi mai pi mai tang tu juga .. Kira Maznah ni mak sedara sepupu Azman lah.

asri said...

Mor Azman tu sedara Fadilah Yahya gak. Pernah makan tengah hari d rumah fadilah ayah fadilah ajak Azman masa di SMSJ dulu.Baru dia perasan yang mereka semuanya sedara.

maznah said...

Alamak asri, ayah saya masih hidup lagi. Yang dah arwah ialah emak saya. Saya rasa arwah tok saya dan arwah tok azman yang adik beradik. Fadilah Yahya tu memang emak saudara saya sebab bapak dia dan arwah atok saya adik beradik

asri said...

Sorrylah Maznah. Mudah2an panjang umurnya dan sihat selalu ayah awak tu. Ini pengalamankan. Kalau orang tua masih ada masih ada peluang untuk berkumpul adik beradik.
Mudah2an semakin akrab persaudaraan anda semua.

maznah said...

Tapi asri, ayahku kawin lagi....(lagu l.ramle) dengan orang indon. Dia jarang ada kat sini. Nak jumpa dia pun susah lagi nak berkumpul adik beradik. Inilah nasib anak yang kehilangan ibu.

Abdul Jalil said...

maznah, ayah kamu kawin semula itu dah jodoh dia.. sekurang kurang ada org jaga makan minum dia...mcmana pon kamu kena cari dia juga..sampai akhir hayat.. dia tetap ayah kamu...ceh wah pandai bagi nasihat!!..ada kwn saya yg bergaduh adik beradik bila kena bab jaga bapak tua yg duda...nak dikawinkan bapak dia, bapak dia tak nak...baru baru ni saya dengar dia buat kenduri jemput saya..rupanya dia yg kawin baru bukan bapak dia!!...

Alimor Sipon said...

Seronok juga kalau nak dikahwinkan. Tapi kalau nak start all over again aku tak sanggup ...