Iskandar Tuah Moin, Hamzah Baba
Alimor, Iskandar Tuah Moin, Hamzah Baba, Khider Abd Rahman, Ibrahim Latif, Ibrahim Taigo
Ibrahim (Latif, Taigo)
Minggu ni aku cuti seminggu, balik kampung di Segamat. Ziarah emak dan jengok2 kebun. Cuti masa orang tak cuti ni best sbb taklah sibuk. Ambik kesempatan masa di Segamat, aku contact mana2 kawan yang ada di sana. Jadi kami sempat berjumpa pada 30 Mac 2010 di Restoran Bistro, Jalan Kolam Air.
Yang dapat bersama ialah Cikgu Ibrahim Taigo (lama mengajar di Segamat), Cikgu Iskandar Tuah Moin (orang Segamat, mengajar di Batu Anam), Hamzah Baba (orang Melaka kerja di LHDN, Segamat), Cikgu Khider Abd Rahman (orang BP, mengajar di Palong Timur) dan Ibrahim Latif aka NIBAL (orang Buloh Kasap kerja di TM).
Ada juga kawan2 perempuan di Segamat tapi tak dapat bersama - Azizah Abd. Samad dan Khadijah Omar.
29 comments:
Mak ai! besarnya diriku..patutnya duduk belakang Braim Latif baru nampak kecik sikit..he..he..(Ala dah besar nak buat macamana terima ajalah hakikat-bisik hatiku)- monolog nih..
Alhamdulillah dapat juga berita kawan2 lama dan gambar mereka sekali.Penampilan sudah banyak berubah.
Cik gu Khidir panggil kakak ipar aku Wak. Kami jumpa masa biras aku meninggal di Bukit Gambir beberapa tahun lalu.
Yalah Braim.....sbb tu agaknya menjelang Perhimpunan Jun nnt nak gi 'repair' tang mana yg boleh direpair. Harap2 jgn ada yg suggest prtndgn "D Biggest Loser-SMSJ" version. I hv to remain 'anonymous' cos...nnt kau marah n x mau geng dgn aku lg. sori...
braim, masa reunion nanti kau duduklah sebelah lokman, gerenti nampak slim :)
Ala Mer. Mentang2lah kau slim..tak pe. nanti aku duduk kat kawan2 yg sesaiz denganku. Bila kau datang dekat aku nanti, aku pergilah tempat lain..En Anonymous ni siapakah gerangan..janganlah pakai topeng aja. Zorro pun bukak topeng dia tau...
Salam Mor, hebatnye MG,ade van penerangan lg kt blakang tu.Iskandar n Khider nampak maintain je.Marhaban ke MG
Khider janggut dah putih ... Van penerangan tu tak tau sapa punya, skrg tak tau dia orang buat apa. Dulu masa kecik2 van penerangan datang kampung aku main wayang tunjuk projek2 kerajaan masa zaman Tun Razak. Bestnye ... skrin wayang boleh tengok depan belakang.
Itu wayang pacak. Wayang free tapi kalau Milo yang buat dia buat komesial break jual air Milo dalam cawan kertas. Konsep wayang kat sekolah kita dulu macam tulah tapi skrin dia tembuk bangunan sekolah. Yang aku masih ingat cerita 'Love Story'
Asri.. bab Love Story yg aku ingat .. ada budak wayang.. ulang masa hero naik katil heroin masa sakit banyak kali lak tu.. Ryan Oneal dgn Ali Mcgraw.
Selain dr tu.. cerita indon.. Rumi dan Juli.. ramai bebudak berangan macam dlm cerita tu.. he he he bebudak le katakan
Aku masih ingat lagi Saufi Rahiman antar surat kpd Juli(Yessy Ghusman) .. rasanya x dibalas.. dan kebanyakan cerita yg ditayangkan banyak cerita koboi..dan tak silap aku cikgu yg incharge wyg dinding ni Mr Kailasam..
Masa wayang tu budak2 group usrah tak join. Pas tu ada sekali dia rang wajibkan tengok wayang. Tak semua tengok wayang masa tu. Masa tu guru besar anti usrah. Ada sekali budak perempuan yang bertudung di paksa bukak.
Kassim.. aku rasa cikgu incharge tu...Mr.Heng.."is that clear"
Nazari,
Betul, yang incharge tu Mr Heng, tak salah aku Najib antara ajk tayangan wayang.
Bus, memang budak Usrah tak join tengok wayang dan annual dinner, kita boikot tetapi prefect buat rfound, kantoi...
Form 4 tengok wayang lagi, Form 5 dah tubat. Masa tu duduk bilik pengawas. Anual dinner aku ada atau tak yek. Lupalah.
asri,
U masa annual dinner tak pergilah, kita bersama Samsudin Miskon ada kat surau..., ramai juga ahli usrah yang tak pergi annual dinner...
Allahuakbar. Kau ingat lagi Shim yek.Kali ini jangan tak p tau. Kita buat cara orang yang hendak menuju Tuhanlah. Baru jadi ibadahkan.
Ramai juga geng usrah masa tu yang aku tak tau termasuk Hashim Chonel.
aku join geng usrah masa last2 dah dekat exam spm...yg aku ingat Kasim Bahali yg byk buat tazkirah...
ALIMOR,
He..he, Alimor, aku masa tu baik dengan Suffian Lau, sama-sama AJK makanan, berhenti AJK makanan pun sama.Lepas tu aktif kader ABIM-Usrah. Antara ahli usrah ialah Bustamam, Mokhtar Kassim, Asri Ahmad, orang kuatnya, Samsudin Miskon.
Lepas form 5, ada yang pergi kem Arqam, iaitu sebelum arqam diharamkan....,
Emm, entah, last-last kerja bank pulak,...riba......
Bab Suffian lau nie,
Aku pernah sebilik dengan dia, dia banyak mengajar akapuu pasal islam, sebab aku jahil kut masa tu, dia juga yang mengajar aku makan madu cicah roti...., emmm.
tetapi yang paling best, ada member yang sapu ubi dan buah kelapa sawit dari kebun Cina sebelah, lepas tu rebus, makan ramai-ramai..., siapa kepalanya ehhh.....
Alimor,
Ahli Usrah dulu ramai, selepas SPM/MCE 1977, kita ada buat Usrah dekat surau JKR, ramai juga yang hadir.
Semasa hadir Usrah nie, adalah seorang girl nie hantar surat kat aku,dia kata, since u masuk usrah, maka berakhirlah persahabatan kita..., pelik betul, sampai sekarang aku tak tahu siapa gerangan budak tu, .siapa eh?
salam, ada secret admirer abang hashim ni rupanya. part mana yang dia terbekenankan ni agaknya. Pasal jadi goal keeper pasukan hoki kot? atau dia terbekenan nak jadi orang melaka, tapi tak kesampaian, kesiannya dia.. siapalah agaknya. Kalau tahu dan masih available agaknya bang hashim nak ke? Bila nak balik Melaka? kalu sabtu dan ahad kita boleh jumpa. kalu hari kerja, saya kat KL, Menara PJD, Jalan tun razak, sebelah station STAR LRT/Monorail Titiwangsa.
Soo Lye Mie,
Hang selalu balik Melaka ke? Sorrylah, saya balik Melaka sekali dalam sebulan, balik kampung orang rumah di Batu Pahat pun jarang sebab, my in law duduk di Cheras.
Bila nak jumpa? Bila lalu office u nanti, saya drop by....
You ingat lagi usrah kat berek JKR tu ya Shim? Semuga kita semua berjumpa kembali ber "usrah". Dah lama tak dengar kabar Shamsudin Miskon, tiba2 baru ni dia ada antar email, Alhamdulillah, belum balas lagi, terkejut sangat, banyak nak cerita lepas 33 tahun tak jumpa. Dia kata dia selalu baca blog ni.
Salam Bus. Sudin Miskon tak nak join ke. Aku kenal usrah pun Sudin Miskon yang ajak. Kalau dia tak ajak aku p usrah dulu, hampeh aku sekarang agaknya. Tq banyak2 pada dia.
Sorang lagi 'Sifu' ialah Sufian Lau lah.
Hashim rupanya kau satu group usrah dengan aku yek. Sorrylah bro aku lupa. Dah > 33tahun berlalu. Semoga jumpa lagi Shim dan kita berusrah untuk membangun ummah yang seimbang duniawi dan ukhrawinya.
Pasal rebus ubi kayu dan buah sawit macam kenal je kepalanya. Siapa h nie yek?
Seronok bila dengar kwn2 yng berusrah masa kat sekolah. Masa tu semangat dan kesedaran islam baru bertiup. Alhamdullillah, ramai kwn2 kita yang terlibat. Aku hanya tahu dari luar aje sianu dan sianu dah masuk dakwah. Rupanya ramai yang lain terlibat. Masa tu pun aktiviti ni masih 'sorok2' sbb masyarakat belum boleh terima lagi 'gerakan dakwah' wpun kita Islam dan berdakwah tu tanggungjawab kita.
@Asri, Samsudin Miskon ada mention reunion, tapi tak tau lah dia dah register ke tidak. @Alimor, tak pe Mor tak kira bila masa hati kita terbuka. Hidayah tu di tangan Allah. Ada yang diberi hidayah pada muda, namun masa tua berubah hati. Ada yang umur dah senja baru di beri hidayah. Buat masa sekarang kita tambahkan lah ilmu kita dan berdoa lah selalu supaya Allah tetapkan hati kita dan beri kita steadfastness dalam deenul Islam.
Memang nostalgia usrah kat surau JKR tu.. tapi x ingat berapa orang yg join, ada sesapa ingat? ada perempuan juga rupanya.
ada lagi ker surau tu?
h:
madu cicah roti ker roti cicah madu..? hehe.
Post a Comment