Sejak pendaftaran menghadiri ‘smsj77 reunion’ dibuka pada 23 March 2010, kita telah menerima lebihkurang 100 penyertaan. Satu sambutan yang amat menggalakkan dan tahniah kepada yang telah bersetuju untuk hadir. Nampak macam 100 orang adalah bilangan yang besar untuk reunion sekolah seperti ini, tapi ianya hanya 1/3 daripada jumlah pelajr batch kita seramai 303 orang. Setakat hari ini kita telah berjaya mengesan dan menghubungi lebihkurang 200 orang - 2/3 daripada jumlah murid batch kita. Satu kejayaan yang baik hasil usaha kita bersama. Namun lebihkurang 100 orang lagi masih belum dikesan atau dijejaki. Usaha kawan2 untuk terus mengesan dan menjejaki mereka perlu diteruskan sehingga kita dapat berhubung dengan semua batch kita. Kawan2 yang telah dihubungi dan dijejaki, teruskan perhubungan yang ‘baru’ terjalin.
Perjumpaan ini adalah kesempatan untuk kita bertemu dengan kawan2 lama seramai mungkin pada masa dan tempat yang sama. Berapa ramai di antara kita yang dapat berjumpa dengan kawan seramai ini selepas sekolah (sejak 33 tahun dulu)? . Jangan ragu2 lagi - buangkan tanggapan yang perjumpaan ini adalah untuk clique2 sahaja atau pesta mempamerkan kejayaan atau pencapaian hidup. Kawan2 yang telah bersetuju untuk hadir, teruskan mengajak kawan2 yang masih ‘undecided’ untuk hadir .
Disamping itu juga tingkatkan usaha menjejaki kawan yang belum dapat kita hubungi atau ketahui di mana mereka berada. Kita tidak mahu ada di antara kita ketinggalan menyertai perjumpaan ini sebab tidak diberitahu.
24 comments:
Bravo Penghulu Blog. Gua caya sama lu bro dulu dan selamanya.
Mor..serius nampak.. kalau ikut etika sistem maklumat.. tulisan besar dan bold ni.. maksudnya serius, tegas dan bersemangat.. he he he
mcm ni boleh jadi head boy :)
Alimor pecen awal. Aku ikut pencen gak tapi Mr. Khiew suruh sambung perkhidmatan.
tahniah...teruskan usaha...aku nak join boleh?..tukang ambik gambar dan neman gobeldan sopi isap rokok kat belakang bilik basuh blok A
KK ur are welcome. Sekarang cuci baju pakai mesin basuh.
@usop: kalau korang ada lagi meriah.... :)
@mor: cikgu2 yg current tak jemput sekali ke? at least, pengetua, gpk & cif warden. sekurang2nya dia org boleh dpt tips dari cikgu2 dulu betapa perit nak jaga kita dulu. :D
Aku tulis besar dan bold ni bukan apa, korang mata dah kelabu jadi terang sikit nak baca.
Usop - kau dan geng2 dijemput, nanti confirm bila tiba masanya.
Azmer - Pengetua skrg, GPK memang dalam senarai jemputan.
Rasanya ramai dah cikgu2 laki2 yg dijemput dan respin nak datang, yang pompuan x ada lagi keccuali Cikgu Marmining.
Azmer, nak jadi Head Boys kat sekolah tak dapat sbb kena lantik. Jadi aku lantik sendiri jadi Head 'Old Boys'.
Mor, mungkin kena ada option utk sesape yg nak join hari ahad je sekurang2nya utk lunch bersama. yuran penyertaan kira kurang sikit. harap2 dgn adanya option ni boleh juga sesape yg ada hal sabtu atau berat nak bermalam di asrama decide utk join. junior2 pun boleh join dgn cara ni.
Lagi satu, kalau kau head old boys, head old gals nyer sape? :)
Setuju Mer. kita adjust nanti yuran tu ikut dia datang - penuh atau separuh.
syabas alimor, dah tua2 ni baru nampak bakat kepimpinan kau. lps ni boleh lah kau bertanding pilihanraya. tahniah.
Nothing sweet to remember. Only being teased at most of the time and being used by my so-called friends!
However i'm thankful to SMSJ especially the teachers.
Sorry no intention to upset anybody but that's how i felt about school.
Janganlah gitu. Penghulu blog kita lagi haru dibuatnya dulu. Kalau sama batch 77 sama2lah kita bermaaf2an. Umuq dah hampir senja ni anonymous.
Anonymous has got a point there. Mungkin dua pertiga daripada kita rasa begitu. Kita tak boleh sapu masalah under the carpet. Organiser pun tak perlu rasa kecewa. Sebaliknya rasa bangga dengan usaha setakat ini. Yang membuli sepatutnya minta maaf dulu, sebelum yang kena buli maafkan. Itulah adat dunia. Feel good factor kena ada, barulah nak join.
Asam garam duduk di asrama. Bagaimanapun ia memberikan persediaan untuk menyambung kehidupan kita seterusnya. Saya faham perasaan anonymous. Ada seorang bekas pelajar saya juga pernah berkata begitu, terhadap kehidupan beliau di asrama.
Tapi kenkawan sedikit sebanyak telah membantu kejayaan yang saya capai.
My response to @Anonymous in one sentence is "Oh come on!, get over it will ya!". If you're offended by this, you can stop reading right here.
If you are not please hear me out. You might think I don't understand what you've went through. Believe me, I completely understand, I went through them myself if not worse than what you've gone through. To give you a glimpse of what it is you'll have to see some postings I posted else where.
When I was at SSI, we were placed on the 3rd floor together with the seniors from EC. They have great resentment for SMSJ, since it is a threat to their feeling of superiority. They kept telling us how poor we are "merempat" at their school. You can imagine how that feeling translated into all the "raggings" we were put through.
I intentionally use one of my nickname that our friends gave me. I have a few other nicknames, but this one is probably the one that made me furious at that time. After over 30 years, a friend wrote to me asking me why they call me with this name. I almost had forgotten the name, now that she mentioned it, it does not bother me at all, I even laughed at it instead.
Hope you can get over your resentment. And guys/gals, please be sensitive with friends. If you think you have offended your friends at school, do yourself a great favor and please ask for forgiveness.
Hope you can register and attend the reunion.
- Manyuk
30 years may not be enough time to some to heal the wounds. Masa yang ada tak tahu tinggal banyak mana lagi.Lets come to the reunion and reconcile.
Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala
Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan
Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad
Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Tetamu Senja ~ A. Samad Said
:)
Tq Mer post sajak nih. Boleh buat peringatan bersama.
Just a reminder for those who still hold grudges. loads of baggage to carry over more than 30 yrs. growing old is mandatory, growing up ...... optional :)
Baca sajak ni teringat kelas BM sastra melayu. Buku apa kita pakai tak ingat dah, dengan cik gu Kassim rasanya.
Betul kata Azmer tu. We cannot forget the past tapi we can forgive n carry on. Except for my female frens, I don't remember baik dgn yg guys. Tapi I find it fun to meet you guys again here n I wish to see the old girls sgt. Duduk sebumbung lama,mmg ade lah ter-ter. Guess it's going to be a gud time to meet n bermaaf2 juga.
Semua SMSJIAN 77 dijemput datang beramai2 untuk memeriahkan Reunion tersebut dengan pendaftaran RM100 sahaja.
Post a Comment