Jun 8, 2010

Jumpa di sana ... SMSJ'77 Reunion .... 12-13 Jun 2010 @ SMSJ



Masa dan tempat telah ditentukan.


SMSJ’77 Reunion, 12-13 Jun 2010 di Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang, menanti kepulangan kita.



Kepada yang akan datang nanti;


- Datang awal – pendaftaran/kehadiran mulai 8 pagi 12 Jun – datang awal banyak masa jumpa kawan2 dan ‘tinggal’ di sekolah – ada hadiah utk yg datang paling awal

- Bawa cadar/sarung bantal – kepada yang bercadang nak tidur di asrama – memang digalakkan

- Bawa pakaian sukan kalau nak bermain nanti – futsal/bola, volleyball, netball

- Sediakan/siapkan  apa2 yang patut untuk suami/isteri/keluarga semasa meninggalkan mereka 1-2 hari

- Datang sendiri – find your own way to SMSJ – yang tak pernah datang sekolah lepas keluar mungkin sesat - telefon talian hayat

- Tiada formality – pakaian casual dan tak formal

- Bawa ole2/buah tangan untuk kawan2 – amat digalakkan

- Jangan lupa bawak kamera – tangkap gambar banyak2 untuk kenangan

- Ingatkan kawan2 lain untuk datang – ada hadiah kelas paling ramai datang

- Datang dengan hati terbuka – ikhlas – berjumpa semula dengan kemesraan


 
Aturcara/Program ‘SMSJ ’77 Reunion’


12 Jun 2010 (Sabtu)
8am Pendaftaran / Ketibaan Bekas2 Pelajar (Dewan Sri Budiman)
10am Minum pagi (Dewan Sri Budiman)
12.30pm Makan Tengahari (Dewan Sri Budiman)
2pm Kembara Sekolah (Kawasan Sekolah)
5pm Sukan / Riadah (Padang / kawasan Sekolah)
7.30pm Solat Maghrib – Doa Selamat / Tahlil – Solat Isyak (Surau Al Ehsan, SMSJ), diketuai oleh Ustaz Ismail
8.45pm Reunion Dinner (Dewan Sri Karyawan)

13 Jun 2010 (Ahad)
7.30am Sarapan (Dewan Sri Budiman)
8am Sukan / Riadah (Padang / kawasan Sekolah)
10am Outing/Lawatan Bandar Kluang (Bandar Kluang)
12.30pm Makan Tengahari (Dewan Sri Budiman)
1.30pm Solat Zohor (Surau Al Ehsan, SMSJ)
2pm Bersurai

Jumpa di sana ….

8 comments:

liza said...

alimor, ad melintang ad menegak,cantikkkk menarik. ad saiz kecik tak...macam A4,F3 ke.. nak orderlah buat kenangan. sempat lagi tak kalau buat tempahan?

liza said...

ad games yang duduk2 je tak? tak yah lari2, macam batu seremban ke...ceper (tutup botol)ke...gusti lengan bole gak.

Alimor Sipon said...

Liza,kita bergambar aje kat bunting/banner tu. Main gusti lengan pun best gak sbb lengan masing2 pun dan besau...

Bustamam said...

Siapa kah champion dalam gusti lengan di dorm tingkat tiga di SSI? Tanya penghuni bilik tu mereka mungkin ingat. Azman Manaf, Raja Abdul Aziz, dsb.

liza said...

pada kwn2 yang akan datang, ad buat checklist keperluan nk dbawa? Jangan lupa tulis ubat-ubatan.

liza said...

mor, ole2/buah tangan macam sweets..asam2 tu agak2nya laku tak?

asri said...

Masih ada yang ngidam ke? Bawak je liza sbb masa berbual boleh yum....yum...yum...sekali.

liza said...

orrait asri. kadang2 kes ngidam2 ni bkn pada mak buyungny..., ad tu sang suami yg mabuk2, isteri relax j. Kot lah batch smsj77 ni tempiasnya kena pulak kat atuk and nenek