Jun 15, 2010

smsj77 reunion .....




bilik B21 ...murid2 tua ....smsj batch 2010


Amat berat rasanya aku nak menyetat kereta nak tinggalkan sekolah sains pada jam 2ptg 13 Jun lepas reunion. Aku orang terakhir yang tutup 'pintu sekolah' lepas semua kawan2 keluar meninggalkan sekolah - antara yang akhir keluar sebelum aku ialah Amir Ahmad/Sheikh Mustaffa, Misliah Mahat/Wan Yusuf.

selepas subuh di asrama

Baru sebentar tadi dan semalam sekolah sains riuh rendah dan bising menerima kepulangan 'murid2 tua' - kembali tinggal dan bermalam hanya kerana nak bertemu semula kawan2 lama yang terpisah dan melawat sekolah yang disayangi. Banyak perkara lain yang penting juga di korbankan hanya kerana nak bertemu kawan2. Akhirnya, kita dapat bersama walaupun seketika utk melepaskan rindu yag selama ini terpendam walaupun tak semua dapat datang.

selepas dinner

Tak percaya kita dapat mengadakan RU walaupun dalam kesibukan kerja dan keluarga - hanya berhubung dan merancang jarak jauh. Aku ingin merakamkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung merancang dan mengendalikan RU - Asri Ahmad, Mohsin, Azmer, Rahim, Misliah, Norsani, Maimunah, Borhanuddin, Wan Yusuf, Azman Nordin, Noorhisham Alwi, Zaiton Omar, Rozman Husin, Jalil Abdullah, Zubaidah Ahmad, Azizah Ghani, Hanif Sulaiman, Othman Rahim, Ali Husin, Ibrahim Taigo, Iskandar Tuah.


Juga jutaan terima kasih dan penghargaan kepada penaja2/penyumbang2 dana yang sangat bermurah hati mengeluarkan wang tunai untuk menampung perbelanjaan RU.


Tak lupa penyumbang barang2/benda/perkhidmatan - Rozman Husin (penginapan guru dan cenderahati guru), Yusuf Musa (barangan cenderahati), Jalil Abdullah (buku Yasin/barangan cenderahati), Azizah Ghani (keropok Sira Madu), Fadilah Yahya (kuih muih), Shamsudin Sulaiman (mangga bulat), Aishah n Audrey (kuih muih), Ibrahim Taigo and Iskandar Tuah (bunga meja dan roset), Ismail Karim (cipta logo reunion), Maznah Mahmood (kek cokelat), Hamdan Kadir (buku motivasi), Shazmi Idris (40 Doa), Zubaidah (Yasin dan cenderahati), Norliza (gula2)  dll yang mungkin tak perasan.


Juga kepada cikgu2 sekolah dan murid2 yang membantu persiapan dan mengendalikan perjalanan reunion kita.

Yang dua hujung kanan tu cikgu sekolah juga tapi bukan sekolah sains

Penyaji makanan Kafe Enak Rasa (Pn June) - yg menyediakan makanan sepanjang reunion termasuk Dinner


Kepada yang hadir tahniah kerana menjayakan RU. Kepada yang tidak hadir, kami tahu anda semua sentiasa bersama kami.



Yang dapat datang, harap perjumpaan ini memberikan seribu kenangan walaupun hanya dapat bertemu seketika.


Jangan lupa, misi kita belum selesai - nak menghubungkan semua kawan2 kita.

makan n sembang ....

In the meantime, enjoy the memories of this reunion - until we meet again ...

5 comments:

asri said...

Rasa sebak dada dan air mata meleleh lagi membaca entri ini. Tahniah untuk semua dan terima kasih.Sehingga ketemu lagi di lain waktu.

liza said...

betul asri. setiap caption dibaca wordingsnya dgn teliti satu persatu, takut ada yg terlepas dari pandangan yg dh sedia kabur ni. dulu2 kita selalu kata apa tu? ...feeling betul....Di lain waktu tu salah satunya masa musim durian nanti kot?

asri said...

Insya'Allah Liza.Jika menjadi boleh datang ramai-ramai ke Banglo Purple di Api-Api Pontian Johor. Mudah-mudahan.Warna purple ada kaitanya dengan pintu kelas nya masa di SMSJ dulu.

liza said...

tq asri. hidup purple di api-api pontian!!

nasruddin mohd rawi said...

tahniah utk alimor & gang