Apr 28, 2010

Teruskan Mencari/Menjejak Kawan2

Tarikh reunion semakin hampir, hanya tinggal lebihkurang 40 hari lagi. Reunion yang akan mengumpulkan rakan2 batch kita seramai mungkin untuk bertemu kembali pada satu masa dan tempat yang mungkin hanya sekali seumur hidup kita. Perkembangan setakat ini - 200 orang telah dapat dikesan/dihubungi. Separuh daripada mereka telah menyatakan hasrat untuk hadir. Besar harapan kita agar yang berhasrat untuk hadir akan hadir nanti. Nikmat dan keseronokan bertemu semula setelah berpisah sekian lama akan hanya dirasai oleh mereka yang akan bersama kita nanti.

Namun begitu ada sebahagian besar lagi rakan2 kita yang belum dapat dikesan atau dihubungi. Rakan2 yang baru kita 'jumpa semula' seakan2 sudah stagnant - tiada yang baru muncul lagi. Oleh itu, sama2 lah kita yang telah bertemu/berjumpa semula meningkatkan usaha mencari/menjejak yang lain-lain. Kejayaan dapat menghubungkan semula rakan2 walaupun ada yang tak dapat hadir ke reunion lebih bermakna daripada reunion itu sendiri.

Berikut di senaraikan rakan2 yang masih belum di kesan/dihubungi lagi. Lihatlah sekeliling kita, tanya orang2 yang mungkin kenal atau tahu di mana mereka. Semoga usaha kita ini beroleh kejayaan menghubungkan semula semua rakan2 kita. Itulah matlamat utama kita.

1 E1 ANG YE SEONG 1 M1 ASIAH AHMAD
2 E1 CHRISTINE WONG 2 M1 DOL SAID NGAH
3 E1 HENRY LOW HENG LEE 3 M1 HAMISAH OTHMAN
4 E1 KAMARUDDIN ABDULLAH 4 M1 MOKHTAR KASSIM
5 E1 NORLIN ABDULLAH 5 M1 SAEMAH SHAMSUDIN
6 E1 RIDWAN HASBULLAH 6 M1 SHAMSUDIN SUNGIP
7 E1 TAN CHUNG KIM 7 M2 AMAN KARIM
8 E1 TANG GIOK KIAW 8 M2 AMIRUDIN MOHD YUNOS
9 E2 ABDUL GHANI ABDUL KADIR 9 M2 AZAMAN HUSSEIN
10 E2 BADRUL HISHAM HASHIM 10 M2 AZIMI AMAN
11 E2 ROSITA MOHD.JONED 11 M2 FUZIAH HANIM ALI
12 E2 SITI HAWA SULAIMAN 12 M2 ISHAK AHMAD
13 E2 TAN CHONG SENG 13 M2 MOKHTAR IBRAHIM
14 E3 ABDUL HALIM ARSHAD 14 M2 NORAINI SUHAIMI
15 E3 AHMAD FISOL FADZIL 15 M2 RUZIAH MAAROF
16 E3 FAUZIAH HASSAN 16 M2 ZAHARAH ABD. MAJID
17 E3 FAUZIAH JAILANI 17 M2 ZALEHA MOHD SHAH
18 E3 HAMIDAH KASSIM 18 M3 AZMAN YUNUS
19 E3 MD SUFIAN SHARIFF 19 M3 IDHAM JAAFAR
20 E3 NORAIDAH AHMAD 20 M3 JAMALIAH RAHMAT
21 E3 NORHISHAM ADON 21 M3 KAMARUDDIN LAZIM
22 E3 NORIZAN KARIM 22 M3 MD.ARIS GHAZALI
23 E3 SA'DIAH MD NOH 23 M3 MD.SALIM ADNAN
24 E3 TAHA SULAIMAN 24 M3 RAHMAH AHMAD
25 E4 AHMAD ABDULLAH 25 M3 RAMLI A.SAMAH
26 E4 HAJJAH CHE PON HAMID 26 M3 ROHANI JAAFAR
27 E4 MOHD HATTA TIK 27 M3 RUSNI IBRAHIM
28 E4 NORKHIR MD DAN 28 M3 SEJARI RASIP
29 E4 NORLIDA MD SEH. 29 M3 SYAWAL AMAN
30 E4 NORLIZA MOHAMED 30 M4 ARPAH HASSAN
31 E4 ZAINAL GALEH 31 M4 HAMIDAH MAHADI
32 E4 ZAINAL IBRAHIM 32 M4 HASHIM MINHAT
33 E5 FAUZIAH ABDUL RAHMAN 33 M4 JAHARAH HASSAN
34 E5 ISMAIL IBRAHIM 34 M4 MOHD SOPIE AHMAT
35 E5 MAHAWA SULAIMAN 35 M4 RAJA RAFEAH R.YAACOB
36 E5 NORIDAH OMAR 36 M4 SH.MENAH SYED SY. ABD RAHMAN
37 E5 RAJA ABD AZIZ RAJA AZALAN 37 M4 YUSOF SHARIF
38 E5 SULAIMAN ISMAIL 38 M4 ZURAIDAH ABD RAHIM
39 E5 ZULKIFLI HASAN
40 E6 AMIR HAMZAH MD. DAUD
41 E6 CHE DAH HASSAN
42 E6 HUSSIN IBRAHIM
43 E6 JAWILAH ABU NAIM
44 E6 MAZLAN HASHIM
45 E6 NASARUDDIN WAKIMAN
46 E6 NORAH IMPOH
47 E6 ROSLAN AHMAD
48 E6 SHAHARUDDIN IDRIS
49 E6 SHEIKH MUSTAFA SH.BAKIR
50 E6 ZULKEFLI AHMAD

Apr 18, 2010

Teruskan Jejak Kawan dan Jemput Datang ke SMSJ77 Reunion


Sejak pendaftaran menghadiri ‘smsj77 reunion’ dibuka pada 23 March 2010, kita telah menerima lebihkurang 100 penyertaan. Satu sambutan yang amat menggalakkan dan tahniah kepada yang telah bersetuju untuk hadir. Nampak macam 100 orang adalah bilangan yang besar untuk reunion sekolah seperti ini,  tapi ianya hanya 1/3 daripada jumlah pelajr batch kita seramai 303 orang. Setakat hari ini kita telah berjaya mengesan dan menghubungi lebihkurang 200 orang - 2/3 daripada jumlah murid batch kita. Satu kejayaan yang baik hasil usaha kita bersama. Namun lebihkurang 100 orang lagi masih belum dikesan atau dijejaki. Usaha kawan2 untuk terus mengesan dan menjejaki mereka perlu diteruskan sehingga kita dapat berhubung dengan semua batch kita. Kawan2 yang telah dihubungi dan dijejaki, teruskan perhubungan yang ‘baru’ terjalin.

Bagi rakan2 yang telah mendaftar dan bersetuju untuk hadir ke reunion nanti, tetapkan hasrat dan berikan komitmen untuk hadir. Mereka yang telah bersetuju untuk hadir, bantu rakan-rakan kita yang masih ragu2, cuak2, tak pasti untuk bersama dengan mengajak, memujuk dan merayu mereka. Kejayaan reunion ini terletak pada kehadiran yang ramai. Mereka yang masih di ‘atas pagar’ mungkin ada sebab2 tersendiri kerana belum membuat keputusan untuk hadir. Tidak ada yang perlu ragu atau cuak untuk datang berjumpa dan bersama dengan kawan2 lama.

Perjumpaan ini adalah kesempatan untuk kita bertemu dengan kawan2 lama seramai mungkin pada masa dan tempat  yang sama. Berapa ramai  di antara kita yang dapat berjumpa dengan kawan seramai ini selepas sekolah (sejak 33 tahun dulu)? . Jangan ragu2 lagi - buangkan tanggapan yang perjumpaan ini adalah untuk clique2 sahaja atau pesta mempamerkan kejayaan atau pencapaian hidup. Kawan2 yang telah bersetuju untuk hadir, teruskan mengajak kawan2 yang masih ‘undecided’ untuk hadir .



Disamping itu juga tingkatkan usaha menjejaki kawan yang belum dapat kita hubungi atau ketahui di mana mereka berada. Kita tidak mahu ada di antara kita ketinggalan menyertai perjumpaan ini sebab tidak diberitahu.

Bersama kita nanti akan turut serta guru2 yang pernah mengajar kita yang juga bersemangat nak berjumpa bekas murid2 mereka. Mereka telah dihubungi dan dijemput ke reunion nanti.

Persiapan untuk perjumpaan sedang berjalan dengan baik. Apa2 pun perjumpaan ini tidak bermakna jika yang hadir nanti hanyalah segelintir saja daripada kita. Perjumpaan ‘smsj77 reunion’ adalah peluang terbaik untuk kita berjumpa semula seramai mungkin kawan2 yang pernah bersama di SMSJ.

Sekian.

Apr 17, 2010

Dari jejak kawan jadi jejak guru pulak ....


Disiarkan sekali lagi gambar guru2 SMSJ tahun 1978, sebahagian drpd mereka pernah mengajar/bersama kita.

Apr 15, 2010

Cikgu Tajul Arif

Cikgu Tajul Arif


Kassim Marsithi terjumpa Cikgu Tajul Arif di pasar malam tempoh hari. Nak tunjukkan gambar terkini cikgu Tajul tak ada, jadi untuk tatapan, ini gambar cikgu Tajul pada tahun 1977 di sekolah. Beliau boleh di hubungi di 012 7990 725 / 07 2323 720.

Cikgu Tajul Arif akan bersama kita semasa reunion pada 12 Jun nanti.

Apr 11, 2010

Fw: JEJAK KAWAN ,KEMBALI KE SEKOLAH


----- Forwarded Message ----
From: Hussain Mohamad <cinkulim@yahoo.com.my>
To: alimorsipon@yahoo.com
Sent: Sun, April 11, 2010 9:24:50 AM
Subject: JEJAK KAWAN ,KEMBALI KE SEKOLAH


 
Tahniah,satu program yang baik.Saya ucapkan selamat berjaya semoga perjumpaan ini akan menjadi kenyataan.
Saya guru geografi (Ilmu Alam) tkt.5 tahun 1977 , masih mengingati semua kenangan-kenangan indah semasa di SMSJ

SELAMAT MAJU JAYA

Hussain Hj.Mohamad
timbalan Komandan  Latihan
Kem PLKN,Rimba Takwa, Sik,Kedah







Cikgu Hussain Hj. Mohamad (tengah)
__________________________________________________

Utk makluman, cikgu Hussain Mohamad akan datang ke reunion smsj77 nanti. Beliau boleh di hubungi di 019 544 6627. (Alimor)

Apr 10, 2010

SMSJ77 Reunion di Harian Metro

Ehsan kawan kita, Khalid Yassin yang mewar2kan perjumpaan smsj77 reunion di Harian Metro. Harap rakan2 kita diluar sana yang belum dapat di hubungi tahu tentang perjumpaan ini dan dapat bersama kita nanti. Terima Kasih Khalid Yassin.


Khalid Yassin.

Jemputan Majlis Perkahwinan ... Hjh Nor Sa'ni Abu Bakar





Hjh Nor Sa'ni Abu Bakar menjemput rakan2 smsj77 lelaki dan perempuan ke majlis perkahwinan anak lelakinya di Bangi pada 1 Mei 2010 (Sabtu). Ambil kesempatan ini untuk meraikan majlis perkahwinan anak rakan kita sambil bertemu rakan2 smsj77 di sana. Masa yang di cadangkan untuk rakan2 datang ke majlis ini ialah di antara jam 2 - 5 petang. Harap tidak diuzurkan.




Nor Sa'ani Abu Bakar

Apr 8, 2010

Fw: Mock-up TShirt, Mug & Beg



----- Forwarded Message ----
From: ismail karim <maelsstorm@gmail.com>
To: alimorsipon@yahoo.com
Cc: alimor@tnb.com.my
Sent: Thu, April 8, 2010 5:45:49 PM
Subject: Mock-up Thirt, Mug & Beg

Salam.
Cadangan Tshirt pelbagai color.
ada MU, Chelsea, Arsenal,  ..pilih saja....hehe
Terpulang kpd AJK, adakah jimat kalau print byk color?
regards
ismail.
--------------------------------------------------------------
Logo reunion yang diletakkan pada barang2 souvenior - tshirt, mug dan beg. Siapa yang datang reunion nanti dapatlah benda2 ni semua utk kenag2an. Cuma tshirt kena pilih satu color utk kita buat. Cuba tengok color apa yang paling popular. Aku - hitamlah pilihan - nampak macho.

Alimor.

Fw: Logo Design - REUNION SMSJ77



----- Forwarded Message ----
From: ismail karim <maelsstorm@gmail.com>
To: alimorsipon@yahoo.com
Cc: alimorsipon@tnb.com.my
Sent: Thu, April 8, 2010 5:40:41 PM
Subject: Logo Design - REUNION SMSJ77

Salam,
Alimor, aku buat simple aja design ni.
Sebarang komen dialu2kan.
Tkasih.


----------------------------------

Memperkenalkan logo reunion kita. Logo ini di reka oleh Ismail Karim - Pereka Grafik. Mail dulu belajar lain, bila kerja lain pulak. Aku rasa logo ni ok, nampak bersemangat, muda dan macholah. Amacam?
Alimor

Apr 3, 2010

MG di Segamat 30.03.2010

Iskandar Tuah Moin, Hamzah Baba

Alimor, Iskandar Tuah Moin, Hamzah Baba, Khider Abd Rahman, Ibrahim Latif, Ibrahim Taigo

Ibrahim (Latif, Taigo)

Minggu ni aku cuti seminggu, balik kampung di Segamat. Ziarah emak dan jengok2 kebun. Cuti masa orang tak cuti ni best sbb taklah sibuk. Ambik kesempatan masa di Segamat, aku contact mana2 kawan yang ada di sana. Jadi kami sempat berjumpa pada 30 Mac 2010 di Restoran Bistro, Jalan Kolam Air.

Yang dapat bersama ialah Cikgu Ibrahim Taigo (lama mengajar di Segamat), Cikgu Iskandar Tuah Moin (orang Segamat, mengajar di Batu Anam), Hamzah Baba (orang Melaka kerja di LHDN, Segamat), Cikgu Khider Abd Rahman (orang BP, mengajar di Palong Timur) dan Ibrahim Latif aka NIBAL (orang Buloh Kasap kerja di TM).

Ada juga kawan2 perempuan di Segamat tapi tak dapat bersama - Azizah Abd. Samad dan Khadijah Omar.

Che Yah ....



Ini kucing jiran aku yang selalu datang lepak kat rumah aku. Tuannya baru pindah tapi belum kenal lagi, duduk selang dua rumah dari rumah ku. Binatang pulak yg pandai kunjung mengunjung, manusia yang buat tak kisah. Aku berikan nama kucing ni Che YAH .... bila datang ke rumah aku jalannya melenggok-lenggok.

Apr 2, 2010

Fw: Bilik 16, Sek Men Munshi Abdullah, Melaka 1973



----- Forwarded Message ----
From: "hamzah41@streamyx.com" <hamzah41@streamyx.com>
To: alimorsipon@yahoo.com
Sent: Thu, April 1, 2010 11:32:35 PM
Subject: Bilik 16, Sek Men Munshi Abdullah, Melaka 1973


 

Mor, sebelum ni Sdr Nazari ada hantar gambar yabf hampir sama tapi penghuni bilik yang lain. Untuk gambar ni, ada bebrapa rakan kita yang masih belum dapat dijejaki...
Baris belakang dari kiri...Aziz Khamis, Hamzah Baba, Khalid Yasin, Jalil Abdullah, Adnan Md Suhat, Ahamad kamel, Hashim Minhat, Abu Bakar Malek, Borhanuddin Abu Samah, Azimi Aman, Aman Karim & Hamid Ahmad
Duduk dari kiri...Baharin Yusof, Vincent Chua, Aziz Pie, Dol Said Ngah, Amirruddin Yunos, Adnan, Hashim Chonel, Amir Hamzah & Talib yusof
Moga ramai lagi rakan akan muncul....302 akan jadi kenyataan, insyaallah