Showing posts with label accident. Show all posts
Showing posts with label accident. Show all posts

Aug 30, 2009

Kereta Accident, aku OK

19 Ogos lalu, jam 9 mlm kereta aku yang diletakkan di luar pintu pagar depan rumah dilanggar oleh kereta jiran hadapan rumah. Aku masa tu ada di sebelah atas rumah, tiba2 terdengar bunyi dentuman kuat dan alarm kereta. Kereta aku terseret akibat hentakan kuat kereta yang sedang reverse.


Apa yg terjadi ialah, anak jiran depan rumah sedang reverse kereta nak keluar. Entah macam mana, nak slam brek tertekan accelerator. Apa lagi kereta tu melaju dan menghentak sebelah kiri belakang kereta aku.



Kereta aku masuk woskyop dan mungkin siap sebelum raya. Kalau tak siap jawabnya aku beraya di KL ajalah. Aku tak ada kereta lain, jadi aku pinjam kereta anak aku nak pergi balik kerja. Dia aku suruh naik motor nak ulang alik hostel ke kampus.


Itu lah musibah, kalau nak berlaku tak ada amaran. Bila terjadi macam ni, kesenangan kita ditarik balik. Naik kereta kecil tak sama macam kereta 'mewah' yang selesa. Ini hanya sementara, kereta siap repair OK lah.
Dalam hidup ni ada kemudahan yang ditarik balik sedikit demi sedikit kalau pun tak mengejut. Kita mungkin tak sedar, sedar2 dah tak ada. Kesihatan dan tenaga semakin berkurangan bila umur meningkat. Yang penting, apa yang perlu dibawak mesti cukup.