Showing posts with label vacation. Show all posts
Showing posts with label vacation. Show all posts

Mar 15, 2010

Tg.Tuan ... Melaka

pintu masuk

penduduk tetap tg.tuan ....

rumah api tg.tuan

selat melaka dari rumah api

maklumat burung hijrah



berehat semasa trekking


Biasanya kalau tinggal/bercuti di Port Dickson dan sekitarnya, aku tak lepaskan peluang pergi ke Tg. Tuan dan mendaki hingga ke puncak rumah api. Sabtu lepas(13/3), sekali lagi aku pergi ke Tanjung Tuan. Tg. Tuan (atau Cape Rachado) ni unik sebab ianya adalah sebahagian negeri Melaka, di bawah pentadbiran Majlis Daerah Alor Gajah. Lokasi Tg. Tuan ialah di Batu 12, Jalan Port Dickson - Pasir Panjang. Nak ke sana mudah aja, banyak signboard ke arah Tg. Tuan dari Port Dickson.

Antara tarikan di Tg. Tuan ialah rumah api (light house) yang asalnya dibina pada tahun 1528 oleh Portugis   (selepas kalahkan Melaka pada 1511) . Ianya dibina untuk mengawal lalulintas kapal di Selat Melaka ketika itu. Rumah api tersebut kemudiannya bertukar tangan kepada Belanda dan Inggeris. Juga Tg. Tuan terkenal sebagai laluan burung2 hijrah (migratory birds) dari southern hemisphere k eutara dan sebaliknya. Bagi peminat2 burung mereka ke sini pada waktu2 tertentu utk melihat, mengenalpasti dan mengira burung yang lalu. Masa aku pergi tak nampak pulak burung yang lalu mungkin timing tak kena.

Kawasan Tg.Tuan seluas lebih 70 hektar gazettekan sebagai Hutan Simpan Kekal di samping kawasan Perlindungan Burung2. Keseluruhan Tg. Tuan adalah hutan laut (coastal forest) yang masih asli. Bagi yang suka terkking dlm hutan, kawasan Tg. Tuan ada menyediakan trail yang selamat tetapi mencabar.

Sesiapa yang ada kesempatan, Hutan Simpan Tg. Tuan adalah satu tempat yang harus di lawati bila berada di Port Dickson. Mendaki ke puncak rumah api mengambil masa lebih kurang 30 minit mengikut jalan tar.

LAWATI TEMPAT2 MENARIK DI KAWASAN KITA DAN HARGAI ALAM SEMULAJADI.

Jun 9, 2009

Kg. Kuala Linggi, Melaka



Senja di muara Sg. Linggi.


Di dalam Kota Kuala Linggi


Sebahagian Kota Kuala Linggi

Restoran Terapung Ikan Bakar (Restoran Atas Air) - View from Bukit Supai
Pantai Kg. Telok (Kg. Kuala Linggi) - popular hujung minggu dan cuti sekolah. Ada chalet2 untuk pengunjung tinggal.


Kota Kuala Linggi juga dikenali sebagai Fort Supai kerana terletak di atas Bukit Supai. Dibina oleh Belanda & Bugis pada tahun 1757 sebagai tanda perdamaian selepas perang tahun 1756. Kemudian diambilalih oleh Belanda untuk mengawal laluan Sungai Linggi/Sungai Rembau. Kota ini juga dikenali sebagai Filiphina sempena nama anak perempuan Gabenor Belanda masa itu.


Pemandangan Selat Melaka dari pantai Kg. Telok, Kg. Kuala Linggi

Jambatan antara Kg. Kuala Linggi (Melaka) & Tg. Agas (N9)


Sungai Linggi - sempadan Melaka /N9

Cuti sekolah lalu aku balik kampung ke Kg. Kuala Linggi, Melaka - kampung mak mertua. Kg. Kuala Linggi ni terletak di hujung negeri Melaka di muara Sungai Linggi, sungai sempadan Melaka/N9. Boleh sampai ke sana melalui Lubuk China/Masjid Tanah - Kuala Sungai Baru atau dari N9 Port Dickson - Pasir Panjang - Tg. Agas merentasi jambatan Sg.Linggi.
Antara daya tarikan di sini ialah terdapat pantai yang terpencil tetapi menarik di Kg. Telok. Ramai pengunjung dari luar datang pada hujung minggu atau cuti sekolah. Ada beberapa chalet yang sesuai untuk bermalam dan mangadakan aktiviti kumpulan spt hari keluarga.

Di kampung ini terdapat tapak sejarah Kota Kuala Linggi (atau Fort Supai) yang dibina oleh Belanda & Bugis tahun 1757. Pada masa ini sekitar kawasan kota lama ini telah dicantikkan dan ada laluan dari Restoran Terapung Ikan Bakar yang juga tarikan baru di sini.

Kg. Kuala Linggi ialah kampung tempat tempat tinggal rakan kita - Bahaman Khamis (anak bekas penghulu kampung) , juga kampung nenek Roslan Basit. Tak jauh dari Kg. Kuala Linggi ialah Tg. Dahan kampung asal Nazari Ahmad berhampiran Akademi Laut Malaysia (ALAM). Di kampung ini juga telah dibina Pelabuhan 'barter' Kuala Linggi. Dengar cerita akan ada feri penumpang ke Sumatera (Indonesia) dari Pelabuhan Kuala Linggi.
Sesiapa yang ingin bercuti di tepi pantai yang tidak sibuk dan jauh dari bandar, pantai di Kg. Kuala Linggi mungkin sesuai terutamanya untuk percutian keluarga.

Mar 25, 2009

Cameron Highlands



Pergi Cameron Highland 16-18 Mac09. Tinggal di Sharples, banglo TNB. Macam biasa pergi beli buah-buahan dan sayur-sayur yang ada di sana. Sempat pergi trekking sekejap ke Robinson Falls.
Cuaca sebelah malam sejuk sebab tiap-tiap petang hujan. Tapi memang selesa berbanding dengan KL.
Oleh kerana masa cuti sekolah, tempat biasa jual barangan sesak dan parking pun susah. Macamana pun harga barang lebih kurang sama. Jadi tak perlu lah keluar masuk kedai cari barang harga termurah.