Showing posts with label makkah. Show all posts
Showing posts with label makkah. Show all posts

Nov 17, 2011

Haji 2011

di luar Masjid Nabawi

jemaah haji Malaizia ...

di dalam Masjid Nabawi

 Kaabah yang Agung ...

penjuru Hajar Aswad / Makam Ibrahim

di Jabal Thur

menuju ke Jamaarat

.. Mina

rakan2 SAJOHA berjumpa sedang menunggu hidangan nasi kambing mandi dihostkan oleh sdra Ahamad Kamel ...Dato' Ahmad Redza ('75), Yusof Kassim, Khidir Abd Rahman, Ahamad Kamel, Md. Norhayati, Paimin Kasimon ('75), Jaigani (adik arwah Sahibullah Jaafar), Alimor

Syukur Alhamdulillah ke hadrat illahi aku dan isteri telah selesai menunaikan ibadah haji (setakat kemampuanku) dan selamat perjalanan pergi dan pulang. Sesungguhnya ibadah haji amat memerlukan kesabaran untuk melakukannya kerana jutaan manusia berada di tempat yang sama pada masa yang sama.

Di sana kita berasa terlalu dekat dengan Allah swt bukan kerana Kaabah di depan mata kita tetapi kerana kita banyak beramal kepadanya dan fokus ke atas amalan yang kita lakukan. Semoga amalan2 kita di terima Allah swt dan kita teruskan selepas haji untuk mendapat balasan syurga selepas mati. Itulah matlamat hidup kita.

Sep 30, 2011



“ HambaMu datang menyahut panggilanMu, Ya Allah hambaMu datang menyahut panggilanMu, hambaMu datang menyahut panggilanMu, Tuhan yang tidak ada sekutu bagiMu, hambaMu datang menyahut panggilanMu, sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah KepunyaanMu tidak ada sekutu bagiMu”.


Apr 21, 2011

Fw: Dengan Nazli di Makkah

Ahamad Kamel, Nazli Bakar

----- Forwarded Message ----
From: Ahamad Kamel Ismail <akamel.ismail@gmail.com>
To: Alimor Sipon <alimorsipon@yahoo.com>
Sent: Thu, April 21, 2011 4:47:48 PM
Subject: Dengan Nazli di Makkah


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Mor,

Malam tadi sempat jumpa Nazli, abang ipar dan bapa mentua dia di Makkah. Terima kasih kerana dapat pass nombor telefon ke Nazli.

Sebagaimana biasa kita berborak sambil menikmati nasi kambing (Kibas) mandi.

Nazli kata jangan lupa postkan gambar ke SMSJ Connexion.


شكراً لك

ولسعادتكم أطيب تحياتي 

Ahamad Kamel Ismail                        احمد كامل اسماعيل            
Jeddah 21381                                                      
Kingdom of Saudi Arabia            


Jan 13, 2010

Fw: Gambar Bukit-bukit Bersejarah


Jabal Nur


Bukit Tsur


Jabal Rahmah


Perkuburan Syuhadah


----- Forwarded Message ----
From: Mohd Nazari Ahmad <mohdnazariahmad@yahoo.com>
To: alimor sipon <alimorsipon@yahoo.com>
Sent: Wed, January 13, 2010 4:14:03 PM
Subject: Gambar Bukit-bukit Bersejarah

Assalamualaikum wbt kawan2 semua,

Antara aktiviti semasa menunaikan fardhu haji ialah ziarah. Banyak juga tempat bersejarah yang dibawa semasa itu. Untuk kali ini aku attach kan beberapa gambar bukit2 yg ada signifikannya dengan Islam.

Gambar pertama ialah Bukit Tursina di mana terletaknya Gua Hira'. Semasa Rasulullah SAW berada di sana setiap hari Siti Khadijah (2 kali sehari) menghantar makan kepada Baginda dari Mekah. Bayangkan bukit yg tinggi dan beliau sanggup mendakinya demi suami tersayang. Itulah besarnya pengorbanan seorang isteri yang SOLEHAH.

Gamabr kedua ialah Bukit Tsur dimana terletaknya GUa Tsur. Semasa Rasulullah berhijrah dikejar kaum kafir Baginda dan Abu Bakar As-Siddiq bersembunyi di dalam gua ini. Cerita lanjut sila rujuk buku Pengetahuan Agama Islam Tingkatan Dua keluaran Tahun 1974. he he he.

Gambar yg ketiga ialah Jabal Rahmah.. yang ini ramai suami tahu. Di sinilah tempat pertemuan Adam dan Hawa. Ramai yg berdoa untuk mendapat jodoh, keharmonian rumahtangga dsbnya. Di kaki bukit ini terdapat tempat Rasulullah wukuf kali pertama.

Gambar yang keempat ialah perkuburan para syuhadah berlatar belakangkan Bukit Uhud. Diriwayatkan setelah 43 tahun perang Uhud berlaku banjir besar yg meneggelamkan sekitar kawasan bukit uhud ini. Jenazah2 para syuhadah terkeluar dari kubur dan masih elok dan berdarah lagi. Ada yg mengatakan sebab itu kawasan bukit uhud itu bertukar kemerah-merahan (wallahualam).


 Nota:
1. Terima Kasih Hj. Nazari kerana berkongsi gambar2 dan cerita disebaliknya.
2. Jabal = Bukit

Jan 5, 2010

Fw: Gambar2 di Mekah dan Madinah - Nazari Ahmad








----- Forwarded Message ----
From: Mohd Nazari Ahmad <mohdnazariahmad@yahoo.com>
To: alimor sipon <alimorsipon@yahoo.com>
Sent: Mon, January 4, 2010 4:26:41 PM
Subject: Gambar2 di Mekah dan Madinah

Assalamualaikum wbt Alimor dan rakan2 SMSJ77 semua,

Selamat Tahun Baru 2010 maka dengan ini bermulalah episod kenaikan umur ke setengah abad. Semoga sihat dan sentiasa dirahmati Allah SWT hendaknya.

Bersama ini aku attach beberapa gambar semasa aku menunaikan fardhu Haji 1430H yang lalu.


Fw: Gambar Sekitar Masjidil-Haram Makkah








----- Forwarded Message ----
From: Mohd Nazari Ahmad <mohdnazariahmad@yahoo.com>
To: alimor sipon <alimorsipon@yahoo.com>
Sent: Tue, January 5, 2010 11:01:13 AM
Subject: Gambar Sekitar Masjidil-Haram Makkah

Assalamulaikum wbt Mor,

Bersama ni aku sertakan beberapa keping gambar untuk tatapan rakan2 SMSJ77 semua. Diharap yg melihatnya terbuka hati untuk menyahut panggilan Baitullah segera. InsyaAllah.

Nanti kalau ada masa aku akan hantar gambar ziarah tempat bersejarah dan gambar Masijid Nabawi

Nota:
Insyaallah Nazari. Aku dan rakan2 yng belum pergi akan sampai suatu hari nanti...Alimor