Showing posts with label archive. Show all posts
Showing posts with label archive. Show all posts

Jan 30, 2010

RADICAL SMSJ

Radical 75, 76, 77

Kata-kata Aluan Menteri Pelajaran dlm Radical 75

Sajak/Puisi oleh Zaiton Omar dari Radical 77.

Ini koleksi majalah Radikal SMSJ tahun 75,76,77. Bukan aku punya tetapi koleksi Asri Ahmad yang kirimkan kepada aku melalui Hanif Sulaiman. Majalah dalam keadaan baik kecuali tahun 75 kulit depan dah hilang. Tu kena tanya Asri mana hilang?

Nak buat apa majalah ni? Aku dah selak2 majalah ni semuanya - banyak catatan aktiviti2 kita masa sekolah dulu yg sekarang dah jadi sejarah. Rasanya Asri nak minta aku extract mana-mana isi yang elok dan publish kat blog ni untuk tatapan semua. OK lah, bila ada masa aku akan extract dan publish sikit2.

Majalah sulung Radical di keluarkan tahun 1975. Untuk makluman, kulit Radical 77 di reka oleh Ibrahim Taigo. Nak tau rationale rekabentuk tu tanya Cikgu Ibrahim. Buat permulaan aku publish sajak ciptaan Zaiton Omar dari Radikal 77. Aku baca tapi tak faham. Juga tanya Cikgu Zaiton Omar pencipta sajak ini 33 tahun dulu kalau cuba nak menghayatinya.

Majalah saja yang radikal tapi budak2 sains macam kita tak radikal ....