Showing posts with label projek surau. Show all posts
Showing posts with label projek surau. Show all posts

May 29, 2010

Majlis Makan Malam Amal SAJOHA (MMMAS) 28 Mei 2010

Cikgu Jalil, Rozhan, Cikgu Ibrahim
Shahrizad, Norhisham, Hanim, Ustaz Ismail (belakang)

Semalam berlangsung Majlis Makan Malam Amal SAJOHA (MMMAS) di Dewan Perdana Felda, KL. Majlis yang diadakan untuk menambah dana pembangunan dan kerohanian SMSJ disertai oleh YB Dato Ahmad Maslan, juga bekas pelajar SMSJ. Yang hadir, ramai bekas pelajar2 dan guru2 dari mula SMSJ hingga sekarang. Disamping mengumpul dana untuk projek SMSJ, perjumpaan terbesar yang pernah diadakan oleh SAJOHA berjaya mengumpul dan menemukan ramai bekas2 pelajar dan guru. Malam yang meriah dan penuh kenangan.

Kumpulan Gamelan SMSJ

Persembahan ....


check the facebook of mdshah mahmood for more exciting photos (good photograpy ...) ....click here.

also facebook of norsani abu bakar ... click here


May 13, 2010

Majlis Makan Malam Amal SAJOHA .... 28 Mei 2010

Rakan2 sekelian,

Pihak SAJOHA dan JKuasa pembesaran Surau Al Ehsan terus berusaha untuk mendapatkan dana surau melalui Majlis Makan Malam Amal SAJOHA (MMMAS). Majlis ini akan diadakan pada 28 Mei 2010 di Dewan Perdana Felda, Jalan Maktab, Kuala Lumpur.

Format menyalurkan sumbangan ialah melalui pembelian meja berbagai kategori harga seperti berikut: Platinum - RM10,000, Gold - RM5,000, Silver - RM2,500, Copper - RM1,500 dan Bronze - RM1,000. Setiap meja ialah untuk 10 orang.

Rakan2 adalah di jemput untuk sama2 menyumbang melalui pembelian meja malam amal ini. Untuk menyumbang atau penjelasan mengenai MMMAS, sila hubungi saya di 019 386 8642 atau alimorsipon@yahoo.com.

Sekian.

Alimor Sipon
(Wakil Batch 77)

Disertakan juga (spt dibawah) jemputan daripada SAJOHA dan JK Pembesaran Surau yang menerangkan mengenai MMMAS.

----- Forwarded Message ----
From: NORAINI MOHDYUSOF <norainimyusof@yahoo.com.my>
To: smsj77@yahoogroups.com
Cc: Noraini M Yusof <norainimyusof@yahoo.com.my>; noraini.my@tm.com.my
Sent: Mon, May 10, 2010 11:08:37 AM
Subject: [SMSJ77] Majlis Makan Malam Amal SAJOHA


Salam sejahtera kepada Batch77,
Seperti yang kita semua telah sedia maklum, pihak TaskForce Surau telah mengutip wang sumbangan (Dana Surau) daripada ahli-ahli SAJOHA dan individu-individu yang telah bermurah hati menyumbang dengan penuh keikhlasan ke arah memenuhi tabungan dana tersebut.  Selain daripada itu, kita juga telah mendapat sumbangan daripada JPM (melalui Pejabat Timbalan Menteri) sebanyak RM100,000 baru-baru ini untuk tujuan yang sama. Walaubagaimanapun, kita masih mempunyai kekurangan dari segi wang dana dan kita harus mencari jalan dengan kadar yang agak segera kerana kita menjangkakan pembinaan surau akan bermula pada lebih kurang pertengahan tahun ini.  Ini bertujuan supaya surau tersebut dapat digunakan oleh pelajar-pelajar lama dan baru pada bulan Januari tahun 2010 nanti. 

Daripada beberapa mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa SAJOHA dan Taskforce Surau yang lalu, kedua-dua Jawatankuasa telah bersetuju dan telah menetapkan bahawa kita akan mengadakan Malam Amal untuk mengutip sumbangan bagi tujuan memenuhi kutipan dana Surau SMSJ.

Disebabkan jangka waktu yang agak pendek dan terhad, kami telah melantik nama-nama yang ditugaskan untuk menjadi campaign leaders bagi setiap batch.  Untuk Batch 70s (Batch 70s hingga 75), bolehlah hubungi Saudara Alimor (019-3868642) bagi yang berminat untuk membeli meja sambil contribute dan mnghulurkan sumbangan ikhlas - tentang bagaimana hendak membeli meja dan bagaimana hendak membayarnya.  Alimor dan saya ada memegang beberapa serial numbers untuk setiap pembelian meja.

Details Majlis adalah seperti berikut :  
Tarikh   :  28 Mei 2010, Jumaat (Hari Wesak, hari cuti / tidak bekerja)  
Waktu    :  7.30mlm - 11mlm (bermula dengan pendaftaran tetamu)
Tempat :  Dewan Perdana Felda,
                 Jalan Maktab, off Jalan Semarak
                 Kuala Lumpur

Untuk keterangan lanjut, bolehlah rujuk kepada blog SAJOHA, atau hebahan melalui facebook, email SAJOHA, dan lain-lain.   

Sekian, diharapkan Malam Amal SAJOHA ini akan mendapat sokongan bukan sahaja daripada batch-batch yang lain seperti sekarang ini, malah sokongan dari batch kita juga, iaitu Batch 77.

Menyumbang Sambil Beramal untuk Dana Pendidikan dan Kerohanian SMSJ

Terima kasih.
Salam,
Noryn Yusof
(Noraini Mohd Yusof)   
_,_._,___

Aug 10, 2009

Batch Rep Mtg (22-7-09)

Brother Hasan Adli (baju biru)



Brother Ahmad Redza (Dato') - baju kemeja

Dato' Ahmad Redza, Azmi Ahmad (82), ?, Md. Diah (79), Hasan Adli, Syed Zakaria (79), Alimor



Satu perjumpaan ringkas antara pasokan Task Force projek surau SMSJ dengan wakil2 batch (yang dilantik sendiri) telah berlangsung pada 22/7 di Bilik Mesyuarat, Pejabat Imatera Digital di Keramat Permai. Berapa orang wakil2 batch termasuk batch77 telah hadir bertemu dgn pasokan task force surau untk berbincang strategi dan cara2 mendapatkan sumbangan daripada bekas pelajar2 SMSJ untuk tabung projek surau.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengurus Projek Noraini Mohd Yusuf bersetuju untuk setiap batch bergerak mengikut cara yang sesuai untuk mengumpul dana sebanyak yang mampu. Sasaran awal ialah setiap batch berusaha untuk mendapatkan sekurang2nya RM10,000 untuk tabung ini.

Masa perjumpaan aku hanya kenal Pengurus Projek (itu pun sejak smsj connexion ada) dan dua orang brother kita; Ahmad Redza (Dato') dulu sprinter sekolah dan Hasan Adli, pengawas form 6 yang famous tu. Yang lain2 tu junior dan super junior yang tak pernah bersama masa di sekolah.

Aug 6, 2009

Berjumpa dgn Yusof Razak di Menara TM

Yusof Razak, Alimor & Noraini


Yusof Razak - berapa nak tulis ni?

Pada 28/7 yang lalu Mohd Yusof Abd Razak (5E1) datang ke Menara TM untuk berjumpa sambil menyerahkan sumbangan dana projek surau Al-Ikhsan.

Aku dan Yusof Razak adalah pekerja TNB, tapi lain department. Sementara aku dan Noraini kerja lain company tapi sama tempat kerja.

TM = Telekom M'sia, TNB = Tenaga Nasional Berhad.

Jul 19, 2009

RAYUAN DANA PEMBESARAN SURAU AL-IKHSAN, SMSJ



surau Al-Ikhsan





PROJEK SURAU SMSJ :

CADANGAN BAGI MENGUBAH SUAI DAN MENAMBAH KELUASAN BANGUNAN SURAU SEDIA ADA , TEMPAT WUDUK SERTA TANDAS DAN MEMBINA TEMBOK DI BELAKANG SURAU AL IKHSAN, SMSJ KLUANG


I. Di sekolah yang kita cintai ada sebuah surau bernama Surau Al-Ikhsan yang dibina pada tahun 1990 atas inisiatif dan usaha PIBG. Surau ini adalah untuk kegunaan pelajar-pelajar putera & puteri sekolah. Masa kita dulu surau belum ada, bilik asrama tingkat paling atas dijadikan surau.

II. Pada masa ini surau tersebut tidak berada dalam keadaan yang agak baik dan tidak dapat menampung bilangan pelajar2 yang ada, apatah lagi bilangan pelajar-pelajar yang akan datang, yang semakin bertambah.

IIa. Justeru itu surau ini memerlukan pembesaran dan pengubahsuaian serta peralatan-peralatan asas yang diperlukan spt menambahkan ruang solat untuk Pelajar Puteri yang begitu tidak mencukupi, sejadah/permaidani, tabir/langsir/tirai pembahagi ruang antara Pelajar Putera dan Pelajar Puteri, paip air untuk kemudahan berwudhuk, kolam, tangki air, ruang tempat berwudhuk, memperkuatkan tembok bersebelahan surau, bilik air/tempat mandi yang berasingan di antara Pelajar Putera dan Pelajar Puteri, dll.

IIb. Buat masa ini, surau hanya mampu menampung kapasiti pelajar yang berjumlah 450 orang sahaja. Menjelang 2010 dan 2011, sekolah akan mempunyai pelajar seramai 750 orang, iaitu pertumbuhan sebanyak 300 orang pelajar iatu dengan kadar 66.66% dalam masa 2 tahun yang akan datang, sedangkan ruang surau tidak mengizinkan untuk menampung jumlah Pelajar-pelajar yang seramai itu.

IIc. Dalam masa 1-2 tahun akan datang, pelajar puteri akan mempunyai jumlah yang hampir sama dengan pelajar putera, sedangkan ruang untuk pelajar puteri adalah sangat kecil dan terhad. Oleh itu pembesaran surau ini adalah wajar dan amat diperlukan untuk menampung pertumbuhan bilangan pelajar tersebut dalam masa yang terdekat ini.

IId. Projek Surau SMSJ ini harus dilakukan dengan segera dan secara sistematik serta teratur mengikut “timeline” yang telah ditetapkan dan diluluskan oleh pihak Task Force Projek Surau SMSJ (Sajoha) dan SMSJ/PIBG, demi untuk mengejarkan waktu yang tersangat singkat itu, sebelum pelajar-pelajar datang mendaftarkan diri ke sekolah.

III. Pihak sekolah telah memohon bantuan dari SAJOHA untuk tujuan pembesaran dan pembaikpulih surau tersebut. Ahli Jawatankuasa Sajoha 2008/2009 telah bersetuju untuk menguruskan projek pembesaran dan pembaikpulih surau ini sejak tahun lepas sebagai salah satu daripada aktiviti-aktiviti SAJOHA.

IV. Status projek masa kini masih pada peringkat awal - banyak kerja-kerja yang masih perlu di selesaikan spt. lakaran pelan, anggaran kos, serta perlantikan kontraktor. Keseluruhan anggaran kos pembinaan buat masakini ialah RM 300,000 tetapi anggaran kos ini akan disemak untuk mempastikan yang ianya mencukupi untuk tujuan pembinaan tersebut.

IVa. Kerja-kerja pembinaan telah dicadangkan untuk bermula pada awal tahun hadapan (2010). Jika dana yang diperlukan telah dapat dipenuhi di dalam jangkamasa yang lebih awal, maka pembinaan tersebut juga akan dimulakan dengan kadar yang lebih segera. Sasaran untuk memenuhi dana tersebut ialah akhir Disember 2009.

V. Untuk mendapatkan dana pembiayaan, SAJOHA telah menubuhkan DANA SURAU dan menyeru bekas-bekas pelajar sekolah SMSJ (termasuk kitalah tu) untuk menyumbang kepada tabung tersebut. Salah seorang rakan kita Noraini Mohd Yusof adalah Pengurus Projek (merangkap Timbalan Presiden) di dalam Projek Pembesaran Surau SMSJ ini. Beliau juga adalah satu-satunya wakil batch ‘77 di dalam Ahli Jawatankuasa SAJOHA .

VI. Jumlah tabungan serta dana yang terkini telahpun meningkat kepada RM 19,120 (setakat 22 Jun 2009) . Diharapkan dengan bantuan ikhlas dari kita semua akan dapat menambahkan jumlah dana tersebut untuk tujuan yang telah disebutkan di atas.

VII. Secara ringkasnya aku menyeru kepada diri aku sendiri dan rakan-rakan semua untuk menghulurkan sumbangan seberapa yang mampu dan seikhlas mungkin untuk dana pembesaran surau ni. Ambil lah peluang ini untuk kita membayar balik kepada sekolah yang telah berbakti kepada kita dan memberikan kesenangan kepada anak-anak SMSJ untuk menggunakan surau.

VIII. Untuk tatacara bagaimana hendak menghantar derma/sumbangan, berikut adalah sedutan daripada blogsite sajoha:
----------------------------------------------------------------------------

Kepada warga SAJOHA yang lain yang ingin membuat sumbangan, bolehlah menghulurkan sumbangan anda kepada DANA SURAU ini ke dalam akaun seperti butiran berikut:-

No Akaun : 141 800 1000 7685


Atas Nama : PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH SAINS JOHOR, KLUANG, JOHOR (SAJOHA)

Akaun : Akaun Semasa Wadiah

Bank : Bank Islam Malaysia Berhad, Menara TM, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur

Class Code : Societies/Club

PANDUAN:

1. Semua Penderma/Penyumbang yang ingin menderma/menyumbang kepada Akaun DANA SURAU SMSJ (di atas), di harap dapat memaklumkan kepada ketiga-tiga Penama Pemegang akaun tersebut:Jawatan & NamaEmelNo HPi. Presiden SAJOHA = MD. NAZRI SAFAR (92)ii. Bendahari SAJOHA = HAIZAD IBRAHIM (93)iii. Pengurus Projek SURAU = NORAINI MOHD. YUSOF (77)(Tidak perlu dihantar kepada e-groups, hanya kepada ketiga2 penerima di atas memadai. Ini adalah bertujuan untuk mencatit jumlah daripada siapa datangnya wang tersebut, jumlah sumbangannya, tarikh, dan juga untuk bertujuan untuk rekod dan fail SAJOHA)

2. Penderma/Penyumbang mesti letakkan nama penuh persatuan (huruf besar) di atas cheque, cahier's order, bank draf, etc = PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH SAINS JOHOR, KLUANG, JOHOR (SAJOHA).

3. No. akaun haruslah tepat = 141 800 1000 7685


4. Jika menggunakan cheque, tulis nama dan contact no. di belakang cheque dan tujuannya ialah : Sumbangan kepada DANA SURAU SMSJ.

5. Jika ingin menyumbang secara online ke dalam akaun, harap dapat menghubungi dan hantarkan email (as evidence) yang mengandungi details mereka spt nama, jumlah (RM), tarikh, no. contact(s), address. Kita akan cuba hantar resit kepada mereka memerlukan resit tersebut (ke alamat yang diberikan kepada kita).

6. Wang tunai adalah tidak diterima. Mohon jasa baik anda untuk kreditkan ke dalam akaun.

7. Bagi mereka yang ingin menggunakan nama "Hamba Allah" atau prefer to remain anonymous, letakkan juga nama sesiapa yang lain, eg. nama anak atau anak saudara, ibu, bapa, etc, asalkan ada nama yang sebenarnya.

8. All transactions seharusnya di dalam mata wang Ringgit Malaysia , melainkan ketiga2 pemegang akaun/penerima sumbangan mengetahui origin wang sumbangan tersebut (iaitu nama penderma/penyumbang, dari negara mana, alamat, contact details, email addresses, etc.) bagi tujuan kita menghubungi mereka, jika perlu.

9. Bagi sesiapa yang ingin mempromosikan dan mengajak penderma2/penyumbang2 lain (selain dari ahli SAJOHA), amatlah dialu2kan, asalkan penderma/penyumbang memberikan maklumat diri mereka bagi memudahkan issuance of receipt.

10. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi nama2 tersebut di atas.Semoga Allah s.w.t memberkati dan membalas niat murni anda semua.

Amin.

Sekian, terima kasih.

MD. NAZRI SAFAR
Presiden SAJOHA
--------------------------------------------------------------------------------

IX. Kepada rakan-rakan semua, apa tunggu lagi, hulurkanlah sumbangan seberapa ikhlas yang termampu.

Apabila membuat sumbangan secara bank-in online, sila maklumkan kpd kedua-dua wakil iaitu ALIMOR SIPON dan NORAINI MOHD. YUSOF melalui e-mail alimorsipon@yahoo.com (019 386 8642) dan noraini.my@tm.com.my; norainimyusof@yahoo..com.my (013-395-6789 / 03-2240-3333)

(Sertakan maklumat spt bankslip copy #, jumlah sumbangan (dlm RM), tarikh sumbangan dikreditkan ke dalam bank, nama penuh dan contact #)

Jika menghantar dengan cheque/cashier's order alamatkan kepada:

1. Batch Rep 77 : c/o ALIMOR SIPON, 11, Jalan USJ18/2C, UEP Subang Jaya, 47630 Selangor.
atau
2. Project Manager Projek Surau SMSJ : c/o NORAINI MOHD. YUSOF, Telekom Malaysia Berhad, Level 9 North Wing, Menara TM, Jalan Pantai Bahru , 50672 Kuala Lumpur.

Juga sertakan nama penuh, contact # dan alamat penuh. Resit tanda penerimaan sumbangan akan dihantarkan oleh pihak SAJOHA kepada nama dan alamat yang telah diberikan.

X. Rebutlah peluang keemasan ini untuk sama - sama kita menyumbang kepada jalan kebaikan dan menambah amanah saham akhirat yang tentunya dijamin berkekalan.


Salam Ikhlas,

Alimor Sipon.

p/s - Satu lagi payment mode ialah CASH. Kalau korang terjumpa aku dan percayakan aku. Akaun Bank Islam ni di bawah pejabat aku - boleh aku tolongkan bank in.

Terkini:

1. Revised estimated cost projek pembesaran surau Al-Ikhsan ialah RM500,000.

2. Laman rasmi projek ialah dermasurausmsj.