Showing posts with label kluang. Show all posts
Showing posts with label kluang. Show all posts

Jun 5, 2010

Selamat Datang (Welcome Home ...) ke SMSJ'77 Reunion ....12 Jun 2010


Dewan Sri Karyawan ...reunion dinner di sini nanti


tangga tepi padang ... kosong .... kita akan penuhkan nanti

astaka tepi padang

tepi blok asrama A ... kita akan bermain di sini nanti

Layout kawasan asrama

depan dewan sri budiman

dewan sri budiman ... dewan makan ...kita akan makan di sini nanti

asrama lelaki blok A ... kita akan tinggal/tidur di sini



smsj mengalu2kan kedatangan anda ... kembalilah





Ingat SMSJ '77 REUNION - 12 Jun 2010 - mulai 8 pagi

Reunion tak kan sama tanpa ada semua - luangkan masa berjumpa semula kawan2 di sekolah yang kita cintai


May 15, 2010

Melawat Kluang ... 10 Mei 2010

Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim


Stesen Keretapi Kluang

Dalam stesen keretapi Kluang


Jalan Dato' Capt. Ahmad

Kedai apa ni di Jalan Station ...

Ooh ....Wong Chee Loong ... masih banyak jual jeans lagi

Dahulunya panggung Cathay, sekarang ?


Masjid Jamek Kluang

Bersama Yusuf Aziz .. berjumpa walaupun sekejap ... kali pertama selepas 33 tahun


May 10, 2010

Aku takluki Gunung Lambak


Semalam (10/5/2010) lepas melawat sekolah dan bincang persiapan reunion dgn cikgu2, ada banyak masa lepas lunch. Jadi aku ambik peluang memanjat Gunung Lambak (510m, gunung or bukit tertinggi di Kluang). Seingat aku masa sekolah dulu ada pergi ke Gunung Lambak tapi tak ingat pulak naik sampai atas. So, aku set naik G. Lambak ni macam first time. Selalu juga pergi trekking dan naik gunung, tapi aku underestimate G. Lambak ni (atau overestimate kebolehan mendaki aku). Dari bawah sampai puncak 60 minit, rehat kat puncak dan ambik gambar sikit dan turun lagi 60 minit. Kira2 2 jam turun naik untuk orang yg average dan bukan regular panjat G. Lambak.

peak of G. Lambak



view frm top of G. Lambak


peak of G.Lambak

aku di puncak G. Lambak

Devan ... kawan pendaki yg tolong tangkap gambar aku


Yang parah naik G. Lambak ni slope yang curam mencanak lepas halfway ke puncak. Bila naik nak ada banyak energy dan stamina, bila turun banyak control dan main brek. Bila petang sikit ramai orang jogging dan trekking di G. Lambak ni. Yang regular (ramai veteran termasuk ahpek2) naik tiap2 hari kadang2 pagi petang. Tengok muscle kaki dah tahu diaorang tu regular - berketul2 dan urat terkeluar. Ada Ah Pek jual air kat bawah tu, aku singgah beli air masa nak naik, lepas sekejap aku sampai puncak dia pun sampai. Bila aku turun dia dah jual air semula. Lepas tu dia offer jual kasut getah yang ada studs enam ringgit aje. Kasut tu memang ramai orang pakai untuk mendaki - lembut, ringan dan flexible. Tak payahlah beli kasut trekking yg mahal2 macam HiTec atau Timberland kalau nak panjat gunung.

steep trail to to the peak

trail with ropes

halfway to the peak (mat indon tolong tangkap gambar)

easy trail

small waterfall

end of cement path ... start of trail

cement trail

entrance to trail

kaki G.Lambak

signage at the peak


G. Lambak ... view frm Railway station

Apa2 pun aku happy dapat sampai ke puncak G. Lambak walaupun pada umur yang dah setengah abad dan banyak gunung2 lain yang lebih tinggi dah aku naik. Untuk kawan2 kalau nak cuba lagi (dulu masa sekolah ada yang dah naik) dan tengok larat ke tak larat, mungkin masa reunion boleh naik. Tapi kena training sikit dulu, kalau tak melambak nanti.