Showing posts with label pengumuman. Show all posts
Showing posts with label pengumuman. Show all posts

Jan 13, 2011

Majlis Tahlil - anjuran SAJOHA d SMSS

SAJOHA akan menganjurkan majlis Tahlil utk arwah Cikgu Hj. Abd Rahman Karim yang telah pulang ke rahmatullah baru2 ini.

Tarikh: 15 Januari 2011 (Sabtu malam Ahad)
Masa: Mulai 7 malam
Tempat: Surau Ar-Rahman, Sek Men Sains Selangor (SMSS), Bandar Tun Razak

Aturcara:
6 - 7 pm - Ketibaan
7.20pm - Sembahyang Maghrib Berjemaah
7.40pm - Bacaan Yassin/Tahlil/Sembahyang Hajat
8.40pm - Sembahyang Isya' Berjemaah
9.00pm - Jamuan

Directon/Map ke SMSS.

Semua SAJOHAN di jemput hadir.




--------------------------------------------------------------------------------------------

Sekitar Majlis Tahlil SAJOHA 15.01.11


Cg. Husin Mohd & Khairuddin

 Cg Dr. Rubiah Hamzah menyampaikan tazkirah kpd murid2 smss (& bapak2 SAJOHA)

smsj77 - dzaki, khairuddin, yusuf musa, zainuddin kadir, nazli bakar, baharis amir & Dr. Shaari Yusuf ('78)

Nazli Bakar & Baharis Amir (baru muncul!)

smsj77 - khaiuddin, yusuf musa, zainuddin kadir, nazli bakar, baharis amir, alimor & Cg husin mohd.

Cg. Husin Mohd. & Md.Noor ('78)

Baharis Amir, Abg Zamry Hashim (Form 6 dulu), Cg Husin Mohd.

SAJOHAN yang hadir

Jun 8, 2010

Jumpa di sana ... SMSJ'77 Reunion .... 12-13 Jun 2010 @ SMSJ



Masa dan tempat telah ditentukan.


SMSJ’77 Reunion, 12-13 Jun 2010 di Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang, menanti kepulangan kita.



Kepada yang akan datang nanti;


- Datang awal – pendaftaran/kehadiran mulai 8 pagi 12 Jun – datang awal banyak masa jumpa kawan2 dan ‘tinggal’ di sekolah – ada hadiah utk yg datang paling awal

- Bawa cadar/sarung bantal – kepada yang bercadang nak tidur di asrama – memang digalakkan

- Bawa pakaian sukan kalau nak bermain nanti – futsal/bola, volleyball, netball

- Sediakan/siapkan  apa2 yang patut untuk suami/isteri/keluarga semasa meninggalkan mereka 1-2 hari

- Datang sendiri – find your own way to SMSJ – yang tak pernah datang sekolah lepas keluar mungkin sesat - telefon talian hayat

- Tiada formality – pakaian casual dan tak formal

- Bawa ole2/buah tangan untuk kawan2 – amat digalakkan

- Jangan lupa bawak kamera – tangkap gambar banyak2 untuk kenangan

- Ingatkan kawan2 lain untuk datang – ada hadiah kelas paling ramai datang

- Datang dengan hati terbuka – ikhlas – berjumpa semula dengan kemesraan


 
Aturcara/Program ‘SMSJ ’77 Reunion’


12 Jun 2010 (Sabtu)
8am Pendaftaran / Ketibaan Bekas2 Pelajar (Dewan Sri Budiman)
10am Minum pagi (Dewan Sri Budiman)
12.30pm Makan Tengahari (Dewan Sri Budiman)
2pm Kembara Sekolah (Kawasan Sekolah)
5pm Sukan / Riadah (Padang / kawasan Sekolah)
7.30pm Solat Maghrib – Doa Selamat / Tahlil – Solat Isyak (Surau Al Ehsan, SMSJ), diketuai oleh Ustaz Ismail
8.45pm Reunion Dinner (Dewan Sri Karyawan)

13 Jun 2010 (Ahad)
7.30am Sarapan (Dewan Sri Budiman)
8am Sukan / Riadah (Padang / kawasan Sekolah)
10am Outing/Lawatan Bandar Kluang (Bandar Kluang)
12.30pm Makan Tengahari (Dewan Sri Budiman)
1.30pm Solat Zohor (Surau Al Ehsan, SMSJ)
2pm Bersurai

Jumpa di sana ….

Oct 4, 2009

Fw: Selamat Hari Raya Idul Fitri & Jemputan Rumah Terbuka - Md.Zin 9/10


----- Forwarded Message ----
From: "zin@imateradigital.com" <zin@imateradigital.com>
To: Alimor Sipon <alimorsipon@yahoo.com>
Sent: Wednesday, September 30, 2009 10:28:57 AM
Subject: Re: Selamat Hari Raya Idul Fitri dan Rumah Terbuka

> Salam Alimor,

Aku bercadang untuk mengadakan rumah terbuka sempena Hari Raya Idul Fitri
pada 9hb Oktober 2009 (Jumaat) ini mulai pukul 8 malam hingga subuh (bagi mereka
yang tak mengantuk) bagi smsj77 di rumah aku di alamat berikut:-

              53,Jalan Puncak Setiawangsa 1,
              Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur

Aku mohon engkau broadcast kepada batch kita lelaki dan perempuan, aliran
E dan M. Mereka yang memerlukan tempat tidur disediakan untuk lelaki dan
perempuan berasingan rumah tetapi kena bawa barangan yang patut seperti
selimut, cadar,bantal dan toto terutama mereka dari jauh. Mungkin majlis
ini boleh jadi mini gathering kot.

Sekian, terima kasih dan wassalam.

Dato Mohd Zin (0193814284)
Datin Hjh Salbiah
Nuruz Zakiah Zin
Mohd Zain Al'Abidin Zin
Muhammad Zain Al'Amiruddin Zin


SEMUA RAKAN2 SMSJ77 YANG ADA KESEMPATAN DIJEMPUT HADIR. PUNGUTAN PROJEK SURAU SMSJ DAN SUMBANGAN KEPADA KELUARGA ARWAH KADIR KUSENE AKAN DIADAKAN SEMPENA PERJUMPAAN INI. HARAP TIDAK DIHAMPAKAN.....Alimor Sipon.



Panduan ke Taman Setiawangsa


Norsani Abu Bakar kata:
salam, kepada kekwn semua perjumpaan raya di rumah zin amat bermakna so, kalau ada kesempatan datangle. bagi yang dari selatan jemput datang rumah aku petang tu supaya boleh konvoi dari rumah saya,

alamat rumah: No.1.jalan 3/75, seksyen 3, bbbangi. dari selatan keluar tol bangi/UKM , dah dekat cal bila sampai. boleh rehat dan solat dan minum ringan dan beraya di rmah saya. jemput datang.

Dr Salbiah Nawi kata:
Semuga dapat bersua di rumah kami pada 9th Octiber, 2009 selepas magrib. Dato' bagi tahu Alimor untuk tolong jemput semua kawan-kawan. Bagi yang jauh, tak puas bertemu, ada dua rumah kosong (partially furnished) kami di Setiawangsa disediakan. Zaiton, ini khas untuk mu yang sanggup datang dari jauh demi merapatkan kembali hubungan 'kekeluargaan' ini

Sep 28, 2009

Kadir Kusene dlm kenangan (6.3.60 - 27.9.09)


Lagi sumbangan drpd rakan2 smsj77 yang disampaikan pada 11/10/09.


Sumbangan rakan2 yg disampaikan pada 2/10/09


Bersama isteri arwah Kadir Kusene (kiri)

Alimor, Abd Kadir Kusene, Yusof Jaafar, Mohamad Samad, Shamsudin Dikon, Shamsudin Md. Dom (UTM 1980)




Abdul Kadir Kusene, barisan tengah pertama dari kiri (Kelas 5M3 1977)

Abdul Kadir Kusene telah meninggal dunia pada 27 Sept 2009 selepas dimasukkan ke Hospital Serdang pada 25 Sept 2009. Jenazah telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22/Puchong Bt.13, Selangor. Beliau berasal dari Air Baloi, Pontian dan terakhir bertugas di Kem. Pelajaran, Putrajaya. Arwah meninggalkan seorang isteri dan 6 orang anak yg tinggal di Puchong Perdana, Selangor.

Al -Fatihah utk arwah Abdul Kadir Kusene, semoga rohnya dicucuri rahmat. Juga takziah kepada keluarganya.

Sep 17, 2009

Salam Aifil Fitri 1430H

Ramadhan hampir menghilang dan Syawal akan menjelma. Sempena hari yang mulia ini saya ingin mengucapkan SELAMAT dan SALAM AIDILFIRI kepada semua sahabat, rakan dan kenalan SMSJ77 Connexion. Semoga Aidilfiri ini lebih gembira dari yang lalu kerana kita telah dapat menjejak, berhubung dan bertemu semula rakan2 seperjuangan sepersekolahan dahulu.

Adalah lumrah manusia yang umurnya semakin meningkat seperti kita, amat rindu dan selalu terkenang rakan2 lama. Perhubungan dan pertemuan kembali dapat mengidupkan semula semangat untuk kita terus mengharungi hidup ini. Saling bantu membantu dan sokong menyokong amat diharapkan sesama kita.

Sejak kita memulakan blog ini April yang lalu, telah ramai yang datang ke depan untuk menghidupkan persahabatan yang sedia ada tetapi terpisah oleh masa. Untuk menamakan semua yang terlibat agak panjang, cukuplah sekadar beberapa nama yang aktif seperti Asri Ahmad, Mohsin Bakar, Yusof Aziz, Ahamad Kamel, Nazari Ahmad, Norhisham Alwi, Hanif Sulaiman, Othman Rahim, Ali Husin, Kassim Marsidi, Khairuddin Mohd Noor, Norsani Abu Bakar, Noraini Yusof, Zaiton Omar, Salbiah Nawi, Maznah Mahmood, Maimunah Arif, Fadilah Yahya. Usaha kalian semua amat kami hargai.
::
Dalam berhubung untuk mengeratkan semula sillaturrahim, ada juga matlamat lain yang kita usahakan dan tercapai. Kutipan derma surau berjalan lancar dan alhamdulillah batch kita adalah penyumbang terbesar setakat ini. Namun kita mengharapkan agar semua dapat menyumbang mengikut kemampuan. Kepada yang belum lagi, kami percaya anda semua mampu melakukannya.
::
Akhir sekali, aku memohon maaf seikhlasnya jika ada kesilapan dan kekurangan dalam berhubung dalam mengedalikan blog kita ini. Adalah diharapkan Aidilfitri yang akan datang dapat dipenuhi dengan hubung-menghubungi dan kunjung-mengunjungi sanak saudara, sahabat handai dan rakan taulan untuk mengeratkan sillaturrahim.
::
Selamat Hari Raya Aidil Fitri,
Maaf Zahir dan Bathin.
::
Salam Ikhlas,
ALIMOR SIPON

Jul 19, 2009

RAYUAN DANA PEMBESARAN SURAU AL-IKHSAN, SMSJ



surau Al-Ikhsan





PROJEK SURAU SMSJ :

CADANGAN BAGI MENGUBAH SUAI DAN MENAMBAH KELUASAN BANGUNAN SURAU SEDIA ADA , TEMPAT WUDUK SERTA TANDAS DAN MEMBINA TEMBOK DI BELAKANG SURAU AL IKHSAN, SMSJ KLUANG


I. Di sekolah yang kita cintai ada sebuah surau bernama Surau Al-Ikhsan yang dibina pada tahun 1990 atas inisiatif dan usaha PIBG. Surau ini adalah untuk kegunaan pelajar-pelajar putera & puteri sekolah. Masa kita dulu surau belum ada, bilik asrama tingkat paling atas dijadikan surau.

II. Pada masa ini surau tersebut tidak berada dalam keadaan yang agak baik dan tidak dapat menampung bilangan pelajar2 yang ada, apatah lagi bilangan pelajar-pelajar yang akan datang, yang semakin bertambah.

IIa. Justeru itu surau ini memerlukan pembesaran dan pengubahsuaian serta peralatan-peralatan asas yang diperlukan spt menambahkan ruang solat untuk Pelajar Puteri yang begitu tidak mencukupi, sejadah/permaidani, tabir/langsir/tirai pembahagi ruang antara Pelajar Putera dan Pelajar Puteri, paip air untuk kemudahan berwudhuk, kolam, tangki air, ruang tempat berwudhuk, memperkuatkan tembok bersebelahan surau, bilik air/tempat mandi yang berasingan di antara Pelajar Putera dan Pelajar Puteri, dll.

IIb. Buat masa ini, surau hanya mampu menampung kapasiti pelajar yang berjumlah 450 orang sahaja. Menjelang 2010 dan 2011, sekolah akan mempunyai pelajar seramai 750 orang, iaitu pertumbuhan sebanyak 300 orang pelajar iatu dengan kadar 66.66% dalam masa 2 tahun yang akan datang, sedangkan ruang surau tidak mengizinkan untuk menampung jumlah Pelajar-pelajar yang seramai itu.

IIc. Dalam masa 1-2 tahun akan datang, pelajar puteri akan mempunyai jumlah yang hampir sama dengan pelajar putera, sedangkan ruang untuk pelajar puteri adalah sangat kecil dan terhad. Oleh itu pembesaran surau ini adalah wajar dan amat diperlukan untuk menampung pertumbuhan bilangan pelajar tersebut dalam masa yang terdekat ini.

IId. Projek Surau SMSJ ini harus dilakukan dengan segera dan secara sistematik serta teratur mengikut “timeline” yang telah ditetapkan dan diluluskan oleh pihak Task Force Projek Surau SMSJ (Sajoha) dan SMSJ/PIBG, demi untuk mengejarkan waktu yang tersangat singkat itu, sebelum pelajar-pelajar datang mendaftarkan diri ke sekolah.

III. Pihak sekolah telah memohon bantuan dari SAJOHA untuk tujuan pembesaran dan pembaikpulih surau tersebut. Ahli Jawatankuasa Sajoha 2008/2009 telah bersetuju untuk menguruskan projek pembesaran dan pembaikpulih surau ini sejak tahun lepas sebagai salah satu daripada aktiviti-aktiviti SAJOHA.

IV. Status projek masa kini masih pada peringkat awal - banyak kerja-kerja yang masih perlu di selesaikan spt. lakaran pelan, anggaran kos, serta perlantikan kontraktor. Keseluruhan anggaran kos pembinaan buat masakini ialah RM 300,000 tetapi anggaran kos ini akan disemak untuk mempastikan yang ianya mencukupi untuk tujuan pembinaan tersebut.

IVa. Kerja-kerja pembinaan telah dicadangkan untuk bermula pada awal tahun hadapan (2010). Jika dana yang diperlukan telah dapat dipenuhi di dalam jangkamasa yang lebih awal, maka pembinaan tersebut juga akan dimulakan dengan kadar yang lebih segera. Sasaran untuk memenuhi dana tersebut ialah akhir Disember 2009.

V. Untuk mendapatkan dana pembiayaan, SAJOHA telah menubuhkan DANA SURAU dan menyeru bekas-bekas pelajar sekolah SMSJ (termasuk kitalah tu) untuk menyumbang kepada tabung tersebut. Salah seorang rakan kita Noraini Mohd Yusof adalah Pengurus Projek (merangkap Timbalan Presiden) di dalam Projek Pembesaran Surau SMSJ ini. Beliau juga adalah satu-satunya wakil batch ‘77 di dalam Ahli Jawatankuasa SAJOHA .

VI. Jumlah tabungan serta dana yang terkini telahpun meningkat kepada RM 19,120 (setakat 22 Jun 2009) . Diharapkan dengan bantuan ikhlas dari kita semua akan dapat menambahkan jumlah dana tersebut untuk tujuan yang telah disebutkan di atas.

VII. Secara ringkasnya aku menyeru kepada diri aku sendiri dan rakan-rakan semua untuk menghulurkan sumbangan seberapa yang mampu dan seikhlas mungkin untuk dana pembesaran surau ni. Ambil lah peluang ini untuk kita membayar balik kepada sekolah yang telah berbakti kepada kita dan memberikan kesenangan kepada anak-anak SMSJ untuk menggunakan surau.

VIII. Untuk tatacara bagaimana hendak menghantar derma/sumbangan, berikut adalah sedutan daripada blogsite sajoha:
----------------------------------------------------------------------------

Kepada warga SAJOHA yang lain yang ingin membuat sumbangan, bolehlah menghulurkan sumbangan anda kepada DANA SURAU ini ke dalam akaun seperti butiran berikut:-

No Akaun : 141 800 1000 7685


Atas Nama : PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH SAINS JOHOR, KLUANG, JOHOR (SAJOHA)

Akaun : Akaun Semasa Wadiah

Bank : Bank Islam Malaysia Berhad, Menara TM, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur

Class Code : Societies/Club

PANDUAN:

1. Semua Penderma/Penyumbang yang ingin menderma/menyumbang kepada Akaun DANA SURAU SMSJ (di atas), di harap dapat memaklumkan kepada ketiga-tiga Penama Pemegang akaun tersebut:Jawatan & NamaEmelNo HPi. Presiden SAJOHA = MD. NAZRI SAFAR (92)ii. Bendahari SAJOHA = HAIZAD IBRAHIM (93)iii. Pengurus Projek SURAU = NORAINI MOHD. YUSOF (77)(Tidak perlu dihantar kepada e-groups, hanya kepada ketiga2 penerima di atas memadai. Ini adalah bertujuan untuk mencatit jumlah daripada siapa datangnya wang tersebut, jumlah sumbangannya, tarikh, dan juga untuk bertujuan untuk rekod dan fail SAJOHA)

2. Penderma/Penyumbang mesti letakkan nama penuh persatuan (huruf besar) di atas cheque, cahier's order, bank draf, etc = PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH SAINS JOHOR, KLUANG, JOHOR (SAJOHA).

3. No. akaun haruslah tepat = 141 800 1000 7685


4. Jika menggunakan cheque, tulis nama dan contact no. di belakang cheque dan tujuannya ialah : Sumbangan kepada DANA SURAU SMSJ.

5. Jika ingin menyumbang secara online ke dalam akaun, harap dapat menghubungi dan hantarkan email (as evidence) yang mengandungi details mereka spt nama, jumlah (RM), tarikh, no. contact(s), address. Kita akan cuba hantar resit kepada mereka memerlukan resit tersebut (ke alamat yang diberikan kepada kita).

6. Wang tunai adalah tidak diterima. Mohon jasa baik anda untuk kreditkan ke dalam akaun.

7. Bagi mereka yang ingin menggunakan nama "Hamba Allah" atau prefer to remain anonymous, letakkan juga nama sesiapa yang lain, eg. nama anak atau anak saudara, ibu, bapa, etc, asalkan ada nama yang sebenarnya.

8. All transactions seharusnya di dalam mata wang Ringgit Malaysia , melainkan ketiga2 pemegang akaun/penerima sumbangan mengetahui origin wang sumbangan tersebut (iaitu nama penderma/penyumbang, dari negara mana, alamat, contact details, email addresses, etc.) bagi tujuan kita menghubungi mereka, jika perlu.

9. Bagi sesiapa yang ingin mempromosikan dan mengajak penderma2/penyumbang2 lain (selain dari ahli SAJOHA), amatlah dialu2kan, asalkan penderma/penyumbang memberikan maklumat diri mereka bagi memudahkan issuance of receipt.

10. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi nama2 tersebut di atas.Semoga Allah s.w.t memberkati dan membalas niat murni anda semua.

Amin.

Sekian, terima kasih.

MD. NAZRI SAFAR
Presiden SAJOHA
--------------------------------------------------------------------------------

IX. Kepada rakan-rakan semua, apa tunggu lagi, hulurkanlah sumbangan seberapa ikhlas yang termampu.

Apabila membuat sumbangan secara bank-in online, sila maklumkan kpd kedua-dua wakil iaitu ALIMOR SIPON dan NORAINI MOHD. YUSOF melalui e-mail alimorsipon@yahoo.com (019 386 8642) dan noraini.my@tm.com.my; norainimyusof@yahoo..com.my (013-395-6789 / 03-2240-3333)

(Sertakan maklumat spt bankslip copy #, jumlah sumbangan (dlm RM), tarikh sumbangan dikreditkan ke dalam bank, nama penuh dan contact #)

Jika menghantar dengan cheque/cashier's order alamatkan kepada:

1. Batch Rep 77 : c/o ALIMOR SIPON, 11, Jalan USJ18/2C, UEP Subang Jaya, 47630 Selangor.
atau
2. Project Manager Projek Surau SMSJ : c/o NORAINI MOHD. YUSOF, Telekom Malaysia Berhad, Level 9 North Wing, Menara TM, Jalan Pantai Bahru , 50672 Kuala Lumpur.

Juga sertakan nama penuh, contact # dan alamat penuh. Resit tanda penerimaan sumbangan akan dihantarkan oleh pihak SAJOHA kepada nama dan alamat yang telah diberikan.

X. Rebutlah peluang keemasan ini untuk sama - sama kita menyumbang kepada jalan kebaikan dan menambah amanah saham akhirat yang tentunya dijamin berkekalan.


Salam Ikhlas,

Alimor Sipon.

p/s - Satu lagi payment mode ialah CASH. Kalau korang terjumpa aku dan percayakan aku. Akaun Bank Islam ni di bawah pejabat aku - boleh aku tolongkan bank in.

Terkini:

1. Revised estimated cost projek pembesaran surau Al-Ikhsan ialah RM500,000.

2. Laman rasmi projek ialah dermasurausmsj.

Jul 4, 2009

Blog Navigation Guide

Blog SMSJ77 Connexion ini diujudkan untuk rakan2 smsj tahun 1977 berkongsi cerita2 lama dan baru. Cara penyampaian lebih kepada paparan imej dengan sedikit catatan yang berkaitan dengan imej tersebut. Kebanyakan imej2 yang dipaparkan adalah sumbangan rakan2 sendiri dari koleksi gambar 'salinan keras' lama atau digital yang baru.

Untuk memaksimakan pengalaman bila berada diblog ini, eloklah diberikan sedikit panduan bagi memudahkan 'navigation' di blog ini (juga blog2 lain yang serupa dengan blog ini):


1. Muka pertama blog ini adalah Home page - muka pertama apabila landing di blog ini. Setelah merayau2 di blog ini, klik Home untuk kembali ke muka pertama.

2. Posting adalah menurut turutan Chronological - posting terkini di sebelah atas, posting sebelumnya di sebelah bawah dan seterusnya.

3. Untuk melihat posting sebelum sesuatu muka blog, klik Older Posts. Klik Newer Posts untuk posting selepas sesuatu blog.

4. Posting yang ada imej (gambar), boleh diklik pada gambar untuk melihat gambar penuh. Saiz gambar bergantung kpd saiz gambar asal.

5. Setiap posting ada kemudahan untuk meninggalkan Comment. Pop up window akan keluar untuk tinggalkan comment. Jika tiada blog account, taipkan nama sendiri untuk pengenalan.

6. Posting juga boleh dihantar kepada penerima e-mail untuk dikongsi. Klik icon envelope dan ikut arahan seterusnya.

7. Setiap posting juga diberikan labels. Jika labels diklik, posting yang sama label akan dipaparkan. Satu posting mungkin diberikan beberapa labels. Carian posting mengikut labels juga boleh dicapai di bawah kategori posting di sebelah kanan blog.

8. Text di dalam posting yang ada highlight, ada link ke tempat lain di dalam blog atau tempat lain luar dari blog ini.

9. In general, jika text atau imej ada highlight (icon tangan), ianya adalah clickable.

10. Posting yang lepas disimpan di dalam arkib. Senarai arkib ada di sebelah kanan blog mengikut bulan/tahun. Klik mana2 tajuk untuk melihat posting.

11. Features lain di blog ini:

- Chat box - simple chat untuk tinggal pesan atau berchat. Pastikan nama sebenar digunakan supaya senang dikenali.

- Survey dari masa ke semasa akan ada survey ringkas

- Search this blog powered by Google untuk searching dalam blog sahaja

- Link to other sites - sites sekolah dan kawan2


12. Maklumat di sebelah kanan blog adalah untuk rujukan dan tidak berubah dengan kerap.

Harap rakan2 memperolehi pengalaman yang menarik semasa melawat blog ini untuk mendapat sedikit sebanyak berita dahulu dan kini.

Jika ada bahan2 yang hendak disiarkan untuk tatapan bersama, sila majukan kepada saya - alimorsipon@yahoo.com.

Salam Ikhlas

alimor sipon.