Showing posts with label kad. Show all posts
Showing posts with label kad. Show all posts

Apr 10, 2010

Jemputan Majlis Perkahwinan ... Hjh Nor Sa'ni Abu Bakar





Hjh Nor Sa'ni Abu Bakar menjemput rakan2 smsj77 lelaki dan perempuan ke majlis perkahwinan anak lelakinya di Bangi pada 1 Mei 2010 (Sabtu). Ambil kesempatan ini untuk meraikan majlis perkahwinan anak rakan kita sambil bertemu rakan2 smsj77 di sana. Masa yang di cadangkan untuk rakan2 datang ke majlis ini ialah di antara jam 2 - 5 petang. Harap tidak diuzurkan.




Nor Sa'ani Abu Bakar

Dec 6, 2009

Kad Murid (Student Card)




Sekolah Menengah Sains Johor ada mengeluarkan kad murid (student card) sejak tahun 1973 semasa di English College (EC), Johor Bahru. Yang masih ada aku simpan ialah kad tahun 1973 (putih) dan 1975 (merah). Tahun 1974 tak tahu mana kad tu hilang, tahun 1976 dan kemudiannya, rasanya tak dikeluarkan oleh sekolah.

May 5, 2009

Kad Keluar/Masuk Asrama






























Kad ni aku jumpa bila cari-cari semula dokumen-dokumen lama SMSJ yang aku simpan. Yang aku ingat ianya dikuatkuasakan pada tahun 1976. Sebelum tu keluar/masuk mungkin tulis kat buku di pondok jaga.
Mana-mana murid yang hendak keluar masuk asrama secara 'legal' pada hari-hari dan waktu-waktu yang dibenarkan perlu menyerahkan kad ini di pondok jaga untuk dicatatkan waktu. Bila aku tengok-tengok pada rekod kad ini, ada 2 hari yang aku keluar tapi tak masuk semula. Mungkin tak masuk ikut pintu depan kot? (Ada banyak juga keluar/masuk yang tak pakai kad!)
Lagipun kalau dulu, masuk lewat kena tahan dekat pondok jaga seganlah sebab pondok jaga depan hostel perempuan.