Showing posts with label gunung. Show all posts
Showing posts with label gunung. Show all posts

Jan 12, 2011

Fw: Gambar lama

1


2


3

4

----- Forwarded Message ----
From: azhar aziz <777azhar@gmail.com>
To: alimorsipon@yahoo.com
Sent: Wed, January 12, 2011 7:09:01 PM
Subject: Gambar lama

Mor,

ni gambar lama dalam simpanan aku. 

1. Diambil agak-agak tahun 1978, di puncak Gunung Lambak. Yang satu badge dengan kau, adalah yang buat Lower Six (ie.HSC) kat SMSJ.

2. Diambil pada tahun 1975. 

3. Makan Malam sempena AGM SAJOHA di Ayer Keroh Resort pada tahun 1999.

4. Gobel kalau nampak mic, orang lain tak ada chance lah. 


Terima Kasih Cpt. Azhar berkongsi gambar2 lama ni,

May 10, 2010

Aku takluki Gunung Lambak


Semalam (10/5/2010) lepas melawat sekolah dan bincang persiapan reunion dgn cikgu2, ada banyak masa lepas lunch. Jadi aku ambik peluang memanjat Gunung Lambak (510m, gunung or bukit tertinggi di Kluang). Seingat aku masa sekolah dulu ada pergi ke Gunung Lambak tapi tak ingat pulak naik sampai atas. So, aku set naik G. Lambak ni macam first time. Selalu juga pergi trekking dan naik gunung, tapi aku underestimate G. Lambak ni (atau overestimate kebolehan mendaki aku). Dari bawah sampai puncak 60 minit, rehat kat puncak dan ambik gambar sikit dan turun lagi 60 minit. Kira2 2 jam turun naik untuk orang yg average dan bukan regular panjat G. Lambak.

peak of G. Lambak



view frm top of G. Lambak


peak of G.Lambak

aku di puncak G. Lambak

Devan ... kawan pendaki yg tolong tangkap gambar aku


Yang parah naik G. Lambak ni slope yang curam mencanak lepas halfway ke puncak. Bila naik nak ada banyak energy dan stamina, bila turun banyak control dan main brek. Bila petang sikit ramai orang jogging dan trekking di G. Lambak ni. Yang regular (ramai veteran termasuk ahpek2) naik tiap2 hari kadang2 pagi petang. Tengok muscle kaki dah tahu diaorang tu regular - berketul2 dan urat terkeluar. Ada Ah Pek jual air kat bawah tu, aku singgah beli air masa nak naik, lepas sekejap aku sampai puncak dia pun sampai. Bila aku turun dia dah jual air semula. Lepas tu dia offer jual kasut getah yang ada studs enam ringgit aje. Kasut tu memang ramai orang pakai untuk mendaki - lembut, ringan dan flexible. Tak payahlah beli kasut trekking yg mahal2 macam HiTec atau Timberland kalau nak panjat gunung.

steep trail to to the peak

trail with ropes

halfway to the peak (mat indon tolong tangkap gambar)

easy trail

small waterfall

end of cement path ... start of trail

cement trail

entrance to trail

kaki G.Lambak

signage at the peak


G. Lambak ... view frm Railway station

Apa2 pun aku happy dapat sampai ke puncak G. Lambak walaupun pada umur yang dah setengah abad dan banyak gunung2 lain yang lebih tinggi dah aku naik. Untuk kawan2 kalau nak cuba lagi (dulu masa sekolah ada yang dah naik) dan tengok larat ke tak larat, mungkin masa reunion boleh naik. Tapi kena training sikit dulu, kalau tak melambak nanti.