Mar 15, 2010

Tg.Tuan ... Melaka

pintu masuk

penduduk tetap tg.tuan ....

rumah api tg.tuan

selat melaka dari rumah api

maklumat burung hijrah



berehat semasa trekking


Biasanya kalau tinggal/bercuti di Port Dickson dan sekitarnya, aku tak lepaskan peluang pergi ke Tg. Tuan dan mendaki hingga ke puncak rumah api. Sabtu lepas(13/3), sekali lagi aku pergi ke Tanjung Tuan. Tg. Tuan (atau Cape Rachado) ni unik sebab ianya adalah sebahagian negeri Melaka, di bawah pentadbiran Majlis Daerah Alor Gajah. Lokasi Tg. Tuan ialah di Batu 12, Jalan Port Dickson - Pasir Panjang. Nak ke sana mudah aja, banyak signboard ke arah Tg. Tuan dari Port Dickson.

Antara tarikan di Tg. Tuan ialah rumah api (light house) yang asalnya dibina pada tahun 1528 oleh Portugis   (selepas kalahkan Melaka pada 1511) . Ianya dibina untuk mengawal lalulintas kapal di Selat Melaka ketika itu. Rumah api tersebut kemudiannya bertukar tangan kepada Belanda dan Inggeris. Juga Tg. Tuan terkenal sebagai laluan burung2 hijrah (migratory birds) dari southern hemisphere k eutara dan sebaliknya. Bagi peminat2 burung mereka ke sini pada waktu2 tertentu utk melihat, mengenalpasti dan mengira burung yang lalu. Masa aku pergi tak nampak pulak burung yang lalu mungkin timing tak kena.

Kawasan Tg.Tuan seluas lebih 70 hektar gazettekan sebagai Hutan Simpan Kekal di samping kawasan Perlindungan Burung2. Keseluruhan Tg. Tuan adalah hutan laut (coastal forest) yang masih asli. Bagi yang suka terkking dlm hutan, kawasan Tg. Tuan ada menyediakan trail yang selamat tetapi mencabar.

Sesiapa yang ada kesempatan, Hutan Simpan Tg. Tuan adalah satu tempat yang harus di lawati bila berada di Port Dickson. Mendaki ke puncak rumah api mengambil masa lebih kurang 30 minit mengikut jalan tar.

LAWATI TEMPAT2 MENARIK DI KAWASAN KITA DAN HARGAI ALAM SEMULAJADI.

7 comments:

Anonymous said...

Alimor - it is a beautiful place, and a break from the crowd in Port Dickson. Several years ago, my family and I were guests at the Arab Malaysia bungalow near there. We all had a relaxing holiday - Lip Pang

Azmer said...

sejak bila ada pagar utk naik ke lighthouse tu? dulu kita boleh naik bila2 masa. PD ni pelik sikit, tanah perkuburan kat lukut tu under selangor & it's the only district in ns yg ikut adat temenggong.

FATIMAH YUSOF said...

Mor, betul lah memang kita yg kena menghargai alam sekitar kita.Elok ke Tg Tuan pada bln Mac, masa'raptor watch'. Thn lepas aku gi convoy dgn student KPLI ke Ilham Resort, kemudian treking sampailah ke lighthouse dgn ranger hutan dan masa tu dpt tengok 4 ekor je burung hijrah yg terbang rendah.

bong said...

Bro Alimor, satu lagi tempat yg hampir serupa ialah Bukit Malawati Kuala Selangor.

Alimor Sipon said...

Masa aku di sana memang ada event Rapor Watch. Tapi aku jenis tak suka tunggu, taklah kisah nak tengok burung. Anyway, TT is a nice place to sweat out or appreciate the nature. To Azmer, pagar tu tak tau bila di bina, tapi more for marking the boundary beween Melaka (Tg.Tuan) and N9 (PD).

Nazari said...

Almior.. masa baru2 duduk kat PD tu rajin gak aku pergi rumah api tu.. tapi naik kereta sampai kat pintu pagar. Tapi lepas tu jalan banyak rosak teruk so . malas jalan kaki aku pun cancel lah lawatan kesitu sebagai agenda aku.. dah bebelas tahun tak pergi.. kat pantai PD pun dah masuk sepuluh tahun aku tak berenang.. anak2 aku berenang masa pak/mak sedara dia orang datang..

Alimor Sipon said...

Jalan ke puncak light house dah tar elok. Kalau lubang2 pun bukan kau naik kereta smpai puncak ... jalan kaki, plaing lama 1/2 jam. Biasalah orang jauh datang melawat, orang yg duduk situ tak kisah.