Jul 6, 2009

Fw: Kisah pasir dan batu
















Inilah kisahnya.... ......... .....

Kisah tentang dua orang sahabat karib yang sedang berjalan melintasi gurun
pasir. Mior dan Megat namaya. Mereka tersesat. Di tengah-tengah
perjalanan, mereka bertengkar kerana saling menyalahkan antara satu sama
lain. Mior tidak dapat menahan diri lalu menampar temannya Megat. Megat
berasa sakit hati, tetapi dengan tanpa berkata-kata, dia menulis di atas
pasir:

"Hari Ini, Sahabat Terbaik Aku Mior Menampar Pipiku"

Mereka terus berjalan tanpa berkata sepatah perkataan pun, sehingga mereka
menjumpai sebuah oasis, dimana mereka memutuskan untuk mandi. Namun,
ternyata oasis tersebut cukup dalam sehingga Megat yang tidak tahu
berenang nyaris tenggelam dan lemas, tetapi Alhamdulillah berjaya
diselamatkanlah oleh Mior.

Di tepi oasis, ketika Megat mulai sedar dan hilang rasa takutnya, dia
terus bangun dan mengukir sesuatu di sebuah batu besar yang berdekatan:

"Hari Ini, Sahabat Terbaik Aku Mior Menyelamatkan Nyawaku"

Mior berasa pelik dengan kelakuan Megat dan bertanya kepadanya , "Kenapa
setelah aku menampar kau dan melukai hatimu, kau menulisnya di atas pasir,
dan sekarang kau mengukir di atas batu pula?".

Temannya Megat tersenyum lalu menjawab, "Ketika seorang sahabat melukai
hati kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar 'angin kemaafaan' akan
datang menghembus dan menghapuskan tulisan tersebut. Dan apabila sahabat
kita melakukan sesuatu kebajikan sekecil apa pun, kita harus memahatnya di
atas 'batu hati' kita, agar tetap terus dikenang tidak hilang ditiup
waktu.

Sahabat-sahabatku sekalian, dalam hidup ini sering timbul perbezaan
pendapat dan konflik kerana sudut pandang yang berbeza. Oleh kerana itu,
cubalah untuk saling memaafkan dan lupakan masalah lalu. Marilah kita
belajar menulis diatas pasir dan mengukir di atas batu!


.... NAZARI AHMAD

5E4 1977


















5E4 class register

Semua kecuali 3 tiada dlm gambar - 2 boys and 1 girl


dalam kelas


5E4 boys on stairs


At last, ada juga gambar kelas 5E4. Tapi gambar kelas yang 'official' masih tiada. Yang ada dah rosak; tak sesuai untuk tatapan umum. Search for the missing 'official' photo is still on.
Gambar2 5E4 kiriman Shamsudin Hamid (Aru) (shamsudin.hamid@gmail.com)
Terima Kasih Sham.
 

 5E4 - official class photo from Azman Nordin
 

Jul 4, 2009

Blog Navigation Guide

Blog SMSJ77 Connexion ini diujudkan untuk rakan2 smsj tahun 1977 berkongsi cerita2 lama dan baru. Cara penyampaian lebih kepada paparan imej dengan sedikit catatan yang berkaitan dengan imej tersebut. Kebanyakan imej2 yang dipaparkan adalah sumbangan rakan2 sendiri dari koleksi gambar 'salinan keras' lama atau digital yang baru.

Untuk memaksimakan pengalaman bila berada diblog ini, eloklah diberikan sedikit panduan bagi memudahkan 'navigation' di blog ini (juga blog2 lain yang serupa dengan blog ini):


1. Muka pertama blog ini adalah Home page - muka pertama apabila landing di blog ini. Setelah merayau2 di blog ini, klik Home untuk kembali ke muka pertama.

2. Posting adalah menurut turutan Chronological - posting terkini di sebelah atas, posting sebelumnya di sebelah bawah dan seterusnya.

3. Untuk melihat posting sebelum sesuatu muka blog, klik Older Posts. Klik Newer Posts untuk posting selepas sesuatu blog.

4. Posting yang ada imej (gambar), boleh diklik pada gambar untuk melihat gambar penuh. Saiz gambar bergantung kpd saiz gambar asal.

5. Setiap posting ada kemudahan untuk meninggalkan Comment. Pop up window akan keluar untuk tinggalkan comment. Jika tiada blog account, taipkan nama sendiri untuk pengenalan.

6. Posting juga boleh dihantar kepada penerima e-mail untuk dikongsi. Klik icon envelope dan ikut arahan seterusnya.

7. Setiap posting juga diberikan labels. Jika labels diklik, posting yang sama label akan dipaparkan. Satu posting mungkin diberikan beberapa labels. Carian posting mengikut labels juga boleh dicapai di bawah kategori posting di sebelah kanan blog.

8. Text di dalam posting yang ada highlight, ada link ke tempat lain di dalam blog atau tempat lain luar dari blog ini.

9. In general, jika text atau imej ada highlight (icon tangan), ianya adalah clickable.

10. Posting yang lepas disimpan di dalam arkib. Senarai arkib ada di sebelah kanan blog mengikut bulan/tahun. Klik mana2 tajuk untuk melihat posting.

11. Features lain di blog ini:

- Chat box - simple chat untuk tinggal pesan atau berchat. Pastikan nama sebenar digunakan supaya senang dikenali.

- Survey dari masa ke semasa akan ada survey ringkas

- Search this blog powered by Google untuk searching dalam blog sahaja

- Link to other sites - sites sekolah dan kawan2


12. Maklumat di sebelah kanan blog adalah untuk rujukan dan tidak berubah dengan kerap.

Harap rakan2 memperolehi pengalaman yang menarik semasa melawat blog ini untuk mendapat sedikit sebanyak berita dahulu dan kini.

Jika ada bahan2 yang hendak disiarkan untuk tatapan bersama, sila majukan kepada saya - alimorsipon@yahoo.com.

Salam Ikhlas

alimor sipon.

Fw: Kongsi gambar2 lama - pre SMSJ, TMIS Pontian


darjah 2 - 1968

darjah 5 -1971

darjah 6 - 1972


----- Forwarded Message ----
From: norsani bakar <norsani2005@yahoo.com.my>
To: fullhouse_ya1703@yahoo.com; zaiton omar <zaiomar38@hotmail.com>
Cc: asri ahmad <asri07@gmail.com>; Alimor Sipon <alimorsipon@yahoo.com>; yusmida yusof <forgive_4get@yahoo.com>; maznah mahmood <maznah47@yahoo.com>
Sent: Sunday, June 28, 2009 10:40:55 PM
Subject: Re: Kongsi gambar lama2.

dalam gbm lama sekolah rendah TMIS 1, ada ramai kekwn yang terpilih ke SMSJ.
Hampir kesemua budak melayu dalam kelas Merah kami ke sekolah Sains.
10 perempuan dan 10 lelaki.
di antara nya : Fatimah Hamidon, Norlee Tasruhin, Rohaidah Sulaiman,Razipah Mahmood, Saadiah, Md Noah, Zaiton Omar,Yusmida Yusof, Noraini Yusof,Noraini Shukor dan Nor Sa'ni.

lelaki:Nazli Abu Bakar, Sharikin Ismail, Aminuddin Ismail, Mohsin Bakar, Nordin Saudi, Badrul Hisham, Sufian Rahman, Sufian Lau,Sheik Mustapah sheik Bahkir Dan Tan tong Seng.

* gambar darjah dua t tak ramai yang ada simpan lagi. Harap mana yang ada tu ketawa tengok diri masing2 masa umor 8 tahun. 1968 bersam guru kami Mr Leong. Nama budak cina masih saya ingat ada lagi tapi ada satu dua yang lupa.

.... koleksi Norsa'ni Abu Bakar.



Jul 3, 2009

MG di Pontian - Durian Party, 27/6

Laila Rahmat, Zawiah Dolah dan is3 kawan2

Asri Ahmad (separuh), isteri Asri, Laila Rahmat, Zawiah, Zulkarnain, Zainudin, Dzaki, Kassim

Dr. Mohd Shah, Dr. Ali Husin, Jalil Dawam, Heffny Saleh, Nazli Bakar, Asri Ahmad

Dr. Mohd Shah, Dr. Ali Husin, Jalil Dawam, Heffny Salleh, Nazli Bakar, Asri Ahmad (host), isteri Asri, Laila Rahmat, Zawiah, Zulkarnain, Zainudin Kadir, Dzaki Othman, Kasim Marsithi .... di hadapan rumah Asri Ahmad

Heffny, Kasim Marsithi & Zaki Ohman

Kassim Marsithi


Selepas meraikan majlis perkahwinan anak perempuan Saufi Rahiman di Kulai, rombongan kawan2 ke Pontian melawat Asri Ahmad di Kg. Kayu Ara Pasong. Kebetulan musim durian dan buah2an di kebun/dusun Asri. Apa lagi, mereka berparti durian lah.





Koleksi gambar2 kiriman Asri Ahmad, Ali Husin & Mohd Shah.