Khalid Yassin, Alimor
Semalam (7/6) sempat jumpa Khalid Yasin di Bangsar masa lunch. Khalid bekerja di Harian Metro/NSTP, memang sentiasa sibuk kerja, kejar deadline berita. Berita reunion kita yang keluar di HM pada 9 April Khalid yang tolong siarkan. Reunion nanti dia tak dapat bersama kita sebab kerja tapi berkirim salam kepada semua kawan2 yang masih mengenali dia. Insyaallah berita semasa reunion nanti akan disiarkan lagi di HM. Kita ambik gambar cantik2 dan hantar kepada Khalid.
































