Sep 1, 2010

Bubur Lambok












Bubur lambok - munculnya di bulan Ramadhan - asal usulnya tak diketahui sangat - menbuatnya dengan maufakat - memberinya tanda ingatan.

Lokasi: sekitar Surau Al Madaniah, USJ18.


Aug 29, 2010

Rotab & Dodol

Kurma Rotab 100g RM4.50

Ini yg dapat, beli RM10

Pagi Ahad pergi Pasar Tani di Shah Alam (skrg ni Pasar Ramadhan skali) dan terjumpa kurma muda (rotab). Susah nak jumpa kurma ni, tak banyak dijual, ada pun harga mahal RM 4.50 ke 5.50 utk 100g. Oleh kerana nak cuba makan kurma ni aku beli sikit. 10 ringgit dapat 14 biji. Masa berbuka cuba makan, tak rasa apa sangat tapi rangup; manis sikit dan lemak2.

Kurma dan buah kelapa sawit satu species. Kalau kelapa sawit boleh hidup banyak kat M'sia, tentu kurma pun boleh. Tapi nak tahu cara macam mana nak jadikan kurma 'berbuah'.

2 pemuda mengacau dodol


Dah nak menjelang Aidilfitri, pasar tani pun dah mula jual berbagai2 kuih muih. Popular di sini ialah berbagai jenis krepek2. Tak kurang popular ialah dodol (atau penganan-kata orang Jawa). Resepi dodol ni simple aja - tepung pulut, gula melaka, gula pasir, santan kelapa, air suam (banyak gula!). Lepas tu kacau aje. Tapi nak ' kacau' tu berjam2, kena ada stamina dan sabar. Kalau 'mengacau' bulan puasa ni dengan panasnya dan kering tekak, masalah juga. Tapi kalau nak merasa juga, beli aja.

Kuih2/makanan tradisi memang sedap banding dengan kuih2/biskut moden yang sepesen aje. Rupa cantik tapi rasa lebihkurang sama aje. Sekarang ni kita makan 'kuih raya' sebelum raya sebab bulan puasa kuih dah mula jual. Kalau dulu mak aku larang (tak benarkan) makan 'kuih raya' sebelum raya. Kuih2 tu di buat dan di simpan (sorok), dikeluarkan bila dah raya.

Aug 23, 2010

Fw: Hishamudin Omar


Hishamudin Omar (5E2) ... pensyarah di UPM, pengamal perubatan alternatif dan herba.


----- Forwarded Message ----
From: doraemon <hishamkulat@yahoo.com>
To: alimorsipon@yahoo.com
Sent: Mon, August 23, 2010 9:40:46 PM
Subject: testing


check my article
http://www.scribd.com/doc/14808385/Panduan-Penjagaan-Kesihatan
http://www.scribd.com/doc/13256104/Tanda-Tanda-Stroke
http://www.scribd.com/doc/13244110/Amalan-Baik-Disekolah
http://www.scribd.com/doc/13234596/Kaedah-Membuat-Minyak-Kelapa-Dara

Saya mengalu alukan sebarang pertanyaan mengenai penjagaan kesihatan atau bagaimana hendak menangani penyakit seperti kanser, denggi dan lain lain lagi


Aug 22, 2010

Majlis Berbuka Puasa Sajoha


Semalam, 21 Ogos 2010 (Sabtu) telah diadakan majlis berbuka puasa SAJOHA di Sek Men Saujana Impian, Kajang. Seramai lebihkurang 50 orang SAJOHAN dari berbagai batch telah hadir. Di majlis ini turut juga diadakan tahlil arwah (untuk rakan2 SAJOHA yang telah pergi terlebih dahulu) dan tazkirah.



tazkirah

Presiden SAJOHA .. Dato Ahmad Redza


Walaupun kehadiran tidak ramai, majlis yang kecil ini dapat memberikan peluang bekas2 pelajar SMSJ berbagai batch berkenalan semula dan beramah mesra.

2 Oktober nanti SAJOHA akan mengadakan Majlis Perjumpaan Hari Raya dan Mesyuarat Agong SAJOHA. Tempat akan ditentukan nanti. Harap mereka yang berkelapangan hadir nanti dimajlis ini.