Belakang: Cg. Hamzah (suami Maznah), Cg Tajul Arif (smsj), Azmer Abu Bakar, Samsudin Nyat, Asri Ahamd, Nordin Saudi, Kassim Marsithi
Depan: Isteri Asri, Is Cg Tajul, Salwa Abu Bakar, Nora Abdullah, Maznah Mahmood.
Photo credit: Azmer Abu Bakar
..... connecting smsj batch 77, present and past ..... (Blog ini di arkibkan mulai 1 Jan 2015)
Salam sejahtera kepada Batch77,
Seperti yang kita semua telah sedia maklum, pihak TaskForce Surau telah mengutip wang sumbangan (Dana Surau) daripada ahli-ahli SAJOHA dan individu-individu yang telah bermurah hati menyumbang dengan penuh keikhlasan ke arah memenuhi tabungan dana tersebut. Selain daripada itu, kita juga telah mendapat sumbangan daripada JPM (melalui Pejabat Timbalan Menteri) sebanyak RM100,000 baru-baru ini untuk tujuan yang sama. Walaubagaimanapun, kita masih mempunyai kekurangan dari segi wang dana dan kita harus mencari jalan dengan kadar yang agak segera kerana kita menjangkakan pembinaan surau akan bermula pada lebih kurang pertengahan tahun ini. Ini bertujuan supaya surau tersebut dapat digunakan oleh pelajar-pelajar lama dan baru pada bulan Januari tahun 2010 nanti. Daripada beberapa mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa SAJOHA dan Taskforce Surau yang lalu, kedua-dua Jawatankuasa telah bersetuju dan telah menetapkan bahawa kita akan mengadakan Malam Amal untuk mengutip sumbangan bagi tujuan memenuhi kutipan dana Surau SMSJ. Disebabkan jangka waktu yang agak pendek dan terhad, kami telah melantik nama-nama yang ditugaskan untuk menjadi campaign leaders bagi setiap batch. Untuk Batch 70s (Batch 70s hingga 75), bolehlah hubungi Saudara Alimor (019-3868642) bagi yang berminat untuk membeli meja sambil contribute dan mnghulurkan sumbangan ikhlas - tentang bagaimana hendak membeli meja dan bagaimana hendak membayarnya. Alimor dan saya ada memegang beberapa serial numbers untuk setiap pembelian meja. Details Majlis adalah seperti berikut :
Tarikh : 28 Mei 2010, Jumaat (Hari Wesak, hari cuti / tidak bekerja)
Waktu : 7.30mlm - 11mlm (bermula dengan pendaftaran tetamu)
Tempat : Dewan Perdana Felda,
Jalan Maktab, off Jalan Semarak
Kuala Lumpur
Untuk keterangan lanjut, bolehlah rujuk kepada blog SAJOHA, atau hebahan melalui facebook, email SAJOHA, dan lain-lain. Sekian, diharapkan Malam Amal SAJOHA ini akan mendapat sokongan bukan sahaja daripada batch-batch yang lain seperti sekarang ini, malah sokongan dari batch kita juga, iaitu Batch 77. Menyumbang Sambil Beramal untuk Dana Pendidikan dan Kerohanian SMSJ Terima kasih.
Salam,
Noryn Yusof
(Noraini Mohd Yusof)
|