Jan 31, 2010

Jumpa AG di rumah orang kahwin

Sa'diah (isteri AS), Alimor, Azizah Ghani, Farid (suami Azizah Ghani)

Hari ini (31/1/10) aku pergi jemputan orang kahwin di Shah Alam; rakan sekerja. Masa nak balik ada orang tegur ' Ini Alimor ke' beberapa kali. Aku kata 'Ya', tapi siapa pulak yang tegur aku ni. Lepas introducekan diri, baru tau yang dia tu Azizah Ghani. Azizah datang bersama suami dan anak2 dari Kuantan ke majlis perkahwinan sedara dia yg rakan sekerja aku. Katanya dia bekerja menjaga anak2 dan suami. Ada masa AG jengok2 juga blog kita ni.

Jan 30, 2010

RADICAL SMSJ

Radical 75, 76, 77

Kata-kata Aluan Menteri Pelajaran dlm Radical 75

Sajak/Puisi oleh Zaiton Omar dari Radical 77.

Ini koleksi majalah Radikal SMSJ tahun 75,76,77. Bukan aku punya tetapi koleksi Asri Ahmad yang kirimkan kepada aku melalui Hanif Sulaiman. Majalah dalam keadaan baik kecuali tahun 75 kulit depan dah hilang. Tu kena tanya Asri mana hilang?

Nak buat apa majalah ni? Aku dah selak2 majalah ni semuanya - banyak catatan aktiviti2 kita masa sekolah dulu yg sekarang dah jadi sejarah. Rasanya Asri nak minta aku extract mana-mana isi yang elok dan publish kat blog ni untuk tatapan semua. OK lah, bila ada masa aku akan extract dan publish sikit2.

Majalah sulung Radical di keluarkan tahun 1975. Untuk makluman, kulit Radical 77 di reka oleh Ibrahim Taigo. Nak tau rationale rekabentuk tu tanya Cikgu Ibrahim. Buat permulaan aku publish sajak ciptaan Zaiton Omar dari Radikal 77. Aku baca tapi tak faham. Juga tanya Cikgu Zaiton Omar pencipta sajak ini 33 tahun dulu kalau cuba nak menghayatinya.

Majalah saja yang radikal tapi budak2 sains macam kita tak radikal ....

Jan 29, 2010

Fw: Gambar Luar Masjid Nabawi.





----- Forwarded Message ----
From: Nazari <nazari@mohe.gov.my>
To: alimorsipon@yahoo.com
Sent: Mon, January 25, 2010 9:41:59 AM
Subject: Gambar Luar Masjid Nabawi.


Assalaumulaikum wbt Alimor dan kawan-kawan,

Seperti yang aku janjikan disini aku sertakan gambar sekitar kawasan luar Masjid Nabawi.
Gambar ini diambil daripada kawasan hadapan masjid. Kubah bewarna hitam menunjukkan di
mana terletaknya Makam Rasullullah. Sebelum memasuki masjid kami berdoa beramai-ramai
dengan dipimpin oleh ustaz. Selepas itu, jemaah lelaki dan perempuan dipisahkan kerana
laluan untuk memasuki masjid berbeza bagi lelaki dan perempuan. Untuk mengambil gambar,
lelaki tiada masalah membawa kamera tetapi perempuan akan diperiksa. Jadi aku lah yang
selalu bawa kamera, nak action dalam masjid kena pergi bersama kawan. Aku biasanya masuk
sorang2 itu sebab tiada gabar aku posing dalam masjid. Gambar bahagian dalam masjid akan
dipostkan.

Jan 27, 2010

Fw: gambar semasa di Bangi dan dulu di Segamat


Shazmi Idris, Isteri Mohsin (Lijah), Mohsin, Norsa'ni ... semasa Mohsin melawat Norsa'ni di Bangi pada 25/1/2010

Gambar2 dibawah ni pre SMSJ, sekolah rendah di Segamat .... Shazmi, Bustaman dll.










----- Forwarded Message ----
From: Nor Nina <nina_nor@ymail.com>
To: Alimor Sipon <alimorsipon@yahoo.com>
Sent: Wed, January 27, 2010 10:20:34 AM
Subject: gambar semasa


 

Ni ada gambar yang sempat di ambil semasa Mohsin menbuat lawatan singkat ke bangi bersama isteri dan anaknya. turut serta meraikan ialah Pn Hajah Shazmi Idris. gambar diambil sudah makan tgh hari yg sempat sy sediakan dan juadah yang di beli oleh sazmi.

 juga shazmi suruh sy emailkan pad u dan bustamam gambar lama sekolah mereka  di segamat.
kalau terima bg tau..

Fw: Pokok Kemunting










----- Forwarded Message ----
From: Mohd Nazari Ahmad <mohdnazariahmad@yahoo.com>
To: alimor sipon <alimorsipon@yahoo.com>
Sent: Mon, January 25, 2010 11:36:28 PM
Subject: Pokok Kemunting

Assalamualaikum wbt kawan2,

Buat tatapan semua dan mungkin ada yang masih mengenali pokok ini maka aku postkan gambar pokok kemunting yang hampir pupus.

Buat Salbiah.. kau framekan gambar ni , nanti kalau jumpa boleh ambil benihnya.

Gambar 1 adalah gambar pokok kemunting. Gambar 2 kudup bunga kemunting. Gambar 3 pula kudup yg bertukar menjadi bunga. Gambar 4 bunga berputik dan menjadi buah. Bila besar agak2 besar hujung jari tangan ia akan menjadi hitam bermakna dah masak. Aku tunggu buah tu masak baru nak ambil gambar. Yg frustnya hari sabtu lepas sedap je orang rumah aku tunjukkan 3 biji buah yg dah masak kat jiran aku siap suruh rasa lagi... anyway sekarang ni SN dah kenal kot.


Nazari ... buat apa dgn buah pokok kemunting? Pokok ni banyak lagi kat Kemunting (Taiping) agaknya.

Jan 25, 2010

Nasi Kambing Mandi - Fw: مندي من نوع أخر

Ahmad Kamil asyik cerita makan nasi Kambing Mandi dan jamu kawan2 makanan ni masa dia orang mengerjakan haji yg lepas. Aku teringin nak tegok rupa nasi tu ... kambing mandi dalam nasi ke, nasi campur kambing tak mandi ke. Jadi, Ahmad Kamil ada hantar resepi spt d ibawah in English. Sebelum ni dia hantar resepi versi Bahasa Arab, tak faham ... nak baca pun tak tahu sbb tak ada baris mcm kita baca Al Quran. Apa2 versi resepi pun yg penting jadi Nasi Kambing Mandi.

Aku bukan adventurous sgt pasal makan ni, jauh sekali masak-memasak. So, sesiapa nak try boleh cuba (?). Takkan tak tahu nak translate English to Malay, cikgu English kawan kita pun ada kalau nak tolong. Aku rasa kalau nak cuba pun kawan2 lelaki kita sbb masak yg berat2 mcm ni biasanyanya orang lelaki. Any takers?

----- Forwarded Message ----
From: Ahamad Kamel Ismail akamel.ismail@gmail.com
To: Yahya Fadilah <fadilah_y@yahoo.com>
Cc: Alimor Sipon <alimorsipon@yahoo.com>
Sent: Mon, January 25, 2010 6:43:49 PM
Subject: Re: مندي من نوع أخر

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ini cara yang lebih senang nak masak kambing Mandi


Banyak restoran pakai cara ni, tapi mereka gunakan pressure cooker untuk lembutkan kambing.

So kenkawan dah ada resepi mudah, so Kambing Mandilah jangan tak Mandi! Dah buat bagi tahu aku ok tak.

A popular way of preparing meat is called Al-Mandi. This utilizes ancient techniques of cooking, first employed when man discovered fire. A lamb or chicken, prepared with rice, spices and water is barbecued in a deep hole in the ground that is covered while the meat cooks.







Since this technique is not always easy to replicate at home, here is the modernized version.

YEMENI LAMB "Al Mandi":

( Arabian Lamb with rice )

Ingredients:

1.5 kg tender lamb cut into large pieces
3 medium onions, finely chopped 

5 cloves of garlic
2 tablesppoons fresh cilantro (daun ketumbar), finely chopped
Salt and pepper to taste
2 cups milk
2 cups rice
4 tablespoons butter, melted 



For garnish- Cashew nuts or almonds and raisins

METHOD

Melt butter in saucepan, fry the onions and garlic until fragarant.



Add meat, salt and pepper and sauté for 2-3 minutes.


Add 2 cups water and cilantro and simmer in a covered saucepan over low heat for one hour. Add water if saucepan dries. 


Remove meat, set aside in warm spot.

Add 2 cups water and milk to pot in which meat was cooked. Bring to a boil. 



Stir in rice, cover and cook very gently over low heat until the rice is nearly cooked, about 15 minutes. Turn off heat and allow to steam 10 minutes longer.

Place rice on a large serving platter. Arrange pieces of meat on top.  



Garnish with cashew nuts, almonds, raisins and fried onions and serve with tomato salsa (sambal tomato) and vegetable salad, like carrots and cucumber. 

Serves: 6



شكراً لك

ولسعادتكم أطيب تحياتي

Ahamad Kamel Ismail               احمد كامل اسماعيل  
Project Director                               مدير المشروع
Jeddah City Cleaning Project       مشروع نظافة جدة
Middle Region                                 المنطقة الوسط
Dallah                                                       دله
P.O.Box 115884  
Jeddah 21381                                           جده
Kingdom of Saudi Arabia      المملكة العرلبية السعودية

Jan 24, 2010

Fw: Gambar2 d Bangi Kopitiam


Shamsudin (Aru) & Khairuddin

Alimor, Zaki, Syakirin ... cerita bisnes ... boleh untung banyak ni tau


Norsa'ni, Alimor, Zaki, Syakirin, Heffny

----- Forwarded Message ----
From: Heffny Mohd Salleh <dmelia_eng@yahoo.com.my>
To: alimorsipon@yahoo.com
Sent: Thu, January 21, 2010 8:49:26 PM
Subject: Gambar2 d Bangi Kopitiam


 

Salam Mor, aku nak hantar by personal email x dpt, so aku pakai address company aku, so for your perusal. Tq

HEFFNY MS

MG di Bangi Kopitiam pada .... aaah aku lupa bila .... 2-3 minggu lepas menemukan beberapa kawan2 lama yang tak pernah jumpa lepas sekolah ... Sam dgn Zaki. Sam dan Kahiruddin balik awal sikit. Bila dah nk tengah malam terfikir pula nak cari kalau2 ada kawan2 yg duduk di Bangi. Aku teringatkan Norsa'ni yg tinggal di Bangi. Contact dia, sanggup dia datang walaupun sorang dan dah nak midnite. Gembira jumpa kawan2 sekolah esp kawan2 yg sama sekolah dgn Sani di sekolah rendah di Pontian....Zaki, Heffny & Syakirin. Terima Kasih Sani join kami semua. (Alimor)

Jan 19, 2010

Kawan2 Melaka datang KL

Norin, Lokman, Hanif, Alimor di Menara TM

Norhisham, Hanif, Lokman, Rosman, Azali di Pejabat Azali, UPM

Pada 14 Jan yg lalu kawan2 dari Melaka; Lokman, Hanif dan Rosman telah datang ke KL atas urusan bisnes sambil melawat kawan2.

Jan 17, 2010

Fw: Taklimat Malaysia Business Council kpd PM malam tadi





Ketua Menteri Melaka, Ahamad Kamil





----- Forwarded Message ----
From: Ahamad Kamel Ismail <akamel.ismail@gmail.com>
To: Alimor Sipon <alimorsipon@yahoo.com>
Sent: Sat, January 16, 2010 6:05:54 PM
Subject: Taklimat Malaysia Business Council kpd PM malam tadi

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Mor,

Malam tadi dapat berjumpa dan makan malam dengan PM. Sebelum tu ada taklimat kepada PM, menteri-menteri  dan Ketua Menteri/ Menteri Besar berkenaan peluang pelaburan 2 hala.

Masa makan kami sempat berbual dangan PM berkenaan isu-isu semasa di sini dan di Malaysia. Salah satu tajuk yang dibualkan adalah berkaitan Rektor Universiti paling berpretij di sini, King Abdullah University of Science and Technology (KAUST) adalah seorang Prof dari Singapura yang mempunyai "credential" yang tinggi. PM tanya, bolehkah rakyat Malaysia menerima jika diletakkan seorang rakyat asing yang berkaliber menjadi Naib Chanselor di sebuah University yang Top di Malaysia? Beliau berkata adalah sukar untuk berbuat demikian di Malaysia.


شكراً لك

ولسعادتكم أطيب تحياتي

Ahamad Kamel Ismail               احمد كامل اسماعيل  

Jan 15, 2010

Fw: kepada kwn2 yg msh ada mertua lagi...

----- Forwarded Message ----
From: Rahim Yusoff rahim.arusprima@yahoo.com
Sent: Thu, January 14, 2010 8:37:59 AM
Subject: kepada kwn2 yg msh ada mertua lagi...


Mertua Dan Tiga Menantu

Al kisah ada seorang ibu dengan tiga menantu daripada perkahwinan ketiga-tiga puterinya yang cantik. Si ibu mertua ingin tahu adakah ketiga-tiga menantunya itu sayang kepada mertua atau cuma anaknya sahaja.

Lalu dia memutuskan untuk menguji mereka secara perseorangan. Suatu hari dia mengajak menantu yang pertama naik perahu bermotor ke tengah laut. Di sana, dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu ke dalam laut. Si menantu, tanpa berfikir panjang terus terjun menyelamatkan ibu mertuanya. Esoknya ketika keluar rumah, si menantu pertama melihat kereta Nissan Grand Livina diletakkan di hadapan rumah dan sehelai kertas bertulis, "Dari ibu mertuamu".

Giliran menantu kedua pula diajak ke tengah laut. Sekali lagi si mertua berpura-pura terjatuh dari perahu. Menantu kedua terus terjun menyelamatkan mertua tercinta. Esoknya di depan rumah, menantu kedua melihat Toyota Vios TRD dengan sehelai kertas tercatat tulisan, "Dari ibu mertuamu".

Kini giliran menantu ketiga (agak cerdik orangnya dan selalu mengambil tindakan lain dari orang lain) diajak ke tengah laut. Si mertua kembali mengambil tindakan terjun ke laut. Tetapi malang, kali ini si menantu bercekak pinggang memandang ibu mertuanya yang tercungap-cungap di dalam air.

Dia berkata, "Rasakan..!! ". Sambil memusingkan perahunya ke daratan.

Esoknya ketika menantu ketiga itu bangun, di hadapan rumahnya kelihatan Mercedes S-Class terbaru bersama sekeping nota tertulis, "Daripada bapak mertuamu".




Jan 14, 2010

Teruskan Berhubung .... Selamat Ulangtahun ke 50 untuk kita semua




Sedar tak sedar kita telah masuk tahun 2010, sudah satu dekat dalam millennia ini. Dengan tempoh hidup 50 tahun yang dikurniakankan Allah, telah banyak kehidupan yang kita lalui sehingga hari ini. Apa2 pun kita mesti bersyukur kerana telah diberikan rezeki umur sepanjang ini, kesihatan yang baik dan kemewahan yang banyak.  Yang penting, apa yang kita telah buat dan habiskan dengan umur itu – bina dan capai  kesenangan, pangkat, kekayaan, hartabenda, nama, kebajikan dll. Umur 50 adalah titik penting dlm kehidupan ini untuk kita berhenti sejenak, menilai kehidupan dgn persoalan – apakah yang telah aku buat selama ini dapat menyumbang dan membantu  kepada kebaikan akan datang di dalam kehidupan yang kekal.

Bermula dengan beberapa orang kawan2 berhubung melalui e-mail bertanya khabar dan berkongsi cerita2 lama dan baru, perhubungan kita terjalin semula dan berkembang. Kita seronok, gembira dan terharu dapat berhubung dan bertemu kembali rakan2 yang terpisah selepas sekian lama. Makin ramai yang tahu tentang kewujudan ‘perhubungan ini’ memperkenalkan diri untuk menyambung semuala persahabatan. Semangat ini bukan dibuat-buat tetapi keinginan semulajadi semua orang yang sebaya dengan kita, menoleh kebelakang untuk terus bergerak kedepan.

Dalam menjalin semula persahabatan kita hubung menghubungi menggunakan teknologi yang ada masa kini – fb, e-mail, blog, sms dsb. Kita lawat-melawati, kunjung mengunjungi dan jumpa-berjumpa untuk menghidup dan menyegarkan semula persahabatan. Ramai yang pulang kepangkuan 'persahabatan' , tetapi ada juga yang menjauhkan diri selepas bertemu semula - kita tidak tahu kenapa. Mungkin dek perubahan masa – selera, sikap dan pandangan berubah - keserasian telah hilang.




Semangat persahabatan ini timbul dari kehidupan yang lalu – kita pernah bersama, hidup di SMSJ utk satu tempoh waktu. Semangat ini terus digerakkan oleh rakan2 kita masakini yang aktif mengesan, mencari dan berjumpa rakan2 yang dulu pernah bersama. Terima kasih kepada rakan2 yang berusaha menggerakkan dan menghidupkan jalinan persahabatan kita  – Asri Ahmad, Mohsin Bakar, Kassim Marsithi, Haniff Sulaiman, Ahmad Kamel, Noorhisham Alwi, Khairuddin Mohd Noor, Salbiah Nawi, Norsani Abu Bakar, Noraini Md Yusof, Maimunah Ariff, Misliah Mahat, Zaiton Omar, Zainudin Kadir, Azali Mohamad, Maznah Mahmood, Ali Husin Ibrahim, Zaki Othman, Bustaman Harun, Jalil Abdullah, Heffny Salleh, Othman Rahim, Md. Norhayati, Nazari Ahmad, Rahim Yusof, Aziz Khamis, Rosman Husin, Zaki Othman, Shakirin Ismail, Ibrahim Taigo, Rahmah Sulaiman, Lokman Mustafa, Muhidin Abu Amin ....

Apa yang kita ingin dan dapat dengan persahabatan yang dijalin semula atau persahabatan lama diberi nafas baru? Kita tidak mahu ianya diteruskan hanya dengan cerita dan kisah2 lama. Kita telah membina kehidupan sendiri dan masing-masing. Jadikan persahabatan yang ikhlas ini untuk membantu sesama kita dari segi moral dan emosi – itu yang kita perlukan untuk meneruskan kehidupan yang tinggal sedikit ini. Teruskan berhubung, ziarah menziarah, jumpa-berjumpa - kekalkan dan suburkan persahabatan kita. Sokongan persahabatan itu penting buat kita semua.


Selamat Ulangtahun ke 50 untuk semua.

Nota:
Aku tak pandai mengarang, ringkasannya ;
1.      1. Syukur kita semua dikurniakan Allah untuk hidup sehingga hari ini
2.      2. Sejak 'connexion' di ujudkan, ramai kawan2 yang telah dapat dikesan, dihubungi dll
3.      3. Ada kawan2 yang aktif menjayakan persahabatan ini
4.      4. Kita teruskan dan suburkan persahabatan yang ada.

Jan 13, 2010

Fw: Gambar Bukit-bukit Bersejarah


Jabal Nur


Bukit Tsur


Jabal Rahmah


Perkuburan Syuhadah


----- Forwarded Message ----
From: Mohd Nazari Ahmad <mohdnazariahmad@yahoo.com>
To: alimor sipon <alimorsipon@yahoo.com>
Sent: Wed, January 13, 2010 4:14:03 PM
Subject: Gambar Bukit-bukit Bersejarah

Assalamualaikum wbt kawan2 semua,

Antara aktiviti semasa menunaikan fardhu haji ialah ziarah. Banyak juga tempat bersejarah yang dibawa semasa itu. Untuk kali ini aku attach kan beberapa gambar bukit2 yg ada signifikannya dengan Islam.

Gambar pertama ialah Bukit Tursina di mana terletaknya Gua Hira'. Semasa Rasulullah SAW berada di sana setiap hari Siti Khadijah (2 kali sehari) menghantar makan kepada Baginda dari Mekah. Bayangkan bukit yg tinggi dan beliau sanggup mendakinya demi suami tersayang. Itulah besarnya pengorbanan seorang isteri yang SOLEHAH.

Gamabr kedua ialah Bukit Tsur dimana terletaknya GUa Tsur. Semasa Rasulullah berhijrah dikejar kaum kafir Baginda dan Abu Bakar As-Siddiq bersembunyi di dalam gua ini. Cerita lanjut sila rujuk buku Pengetahuan Agama Islam Tingkatan Dua keluaran Tahun 1974. he he he.

Gambar yg ketiga ialah Jabal Rahmah.. yang ini ramai suami tahu. Di sinilah tempat pertemuan Adam dan Hawa. Ramai yg berdoa untuk mendapat jodoh, keharmonian rumahtangga dsbnya. Di kaki bukit ini terdapat tempat Rasulullah wukuf kali pertama.

Gambar yang keempat ialah perkuburan para syuhadah berlatar belakangkan Bukit Uhud. Diriwayatkan setelah 43 tahun perang Uhud berlaku banjir besar yg meneggelamkan sekitar kawasan bukit uhud ini. Jenazah2 para syuhadah terkeluar dari kubur dan masih elok dan berdarah lagi. Ada yg mengatakan sebab itu kawasan bukit uhud itu bertukar kemerah-merahan (wallahualam).


 Nota:
1. Terima Kasih Hj. Nazari kerana berkongsi gambar2 dan cerita disebaliknya.
2. Jabal = Bukit

Jan 8, 2010

Peluang Kerjaya di TNB



Kepada kawan2 yang berminat untuk mendapatkan kerjaya anak2 dengan TNB, ini ada peluang untuk bekerja dengan syarikat utiliti terunggul di M'sia. Jangan lepaskan peluang ini. Yang terbaik adalah pilihan TNB. Selamat mencuba.
------------------------------------------------------------------------

Iklan Jawatan Kosong - Program Eksekutif Pelatih TNB (PEP)
Bagi memastikan kecemerlangan perkhidmatan TNB berterusan dan mendokong visi kepimpinan global yang strategik, TNB terus berusaha untuk mencari bakat-bakat baru dan dengan bangganya menjemput mereka untuk menyertai Program Eksekutif Pelatih TNB (PEP). Syarat kelulusan akademik yang diperlukan adalah seperti berikut:


- Ijazah Kejuruteraan Elektrikal (pengkhususan dalam Elektrik Kuasa diutamakan)

- Ijazah Kejuruteraan Mekanikal

- Ijazah Perakaunan
- Ijazah Sains Komputer
- Ijazah Kejuruteraan Komputer
- Ijazah Teknologi Maklumat
- Ijazah Undang-undang


Program:

- Program latihan bersepadu selama 12 bulan

- Latihan Dalam Kelas yang komprehensif

- Membina Semangat Berpasukan (Teambuilding)

- Latihan Dalam Kerja di pelbagai unit bisnes

Setelah menamatkan keseluruhan program dengan jayanya, Eksekutif Pelatih akan dinilai kesediaan mereka bagi mengambil tugas dan tanggungjawab yang lebih besar untuk ditugaskan di bahagian teras TNB seperti Bahagian Penjanaan, Penghantaran dan Pembahagian ataupun mana-mana bahagian lain, jabatan atau anak syarikat TNB

Syarat-syarat:

- CGPA 2.70 dan ke atas bagi Ijazah Kejuruteraan Elektrikal (pengkhususan dalam Elektrik Kuasa diutamakan)
- CGPA 3.00 dan ke atas atau ijazah Kelas Kedua Atas bagi Ijazah Kejuruteraan Mekanikal, Perakaunan, Sains Komputer, Kejuruteraan Komputer, Teknologi Maklumat dan Undang-undang
- Semua ijazah mesti diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency)
- SPM/SPMV dengan kredit dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
- Had umur tidak melebihi 28 tahun
- Sanggup ditugaskan di mana-mana bahagian yang diarahkan oleh TNB.
- Bagi pemohon yang mempunyai ikatan perjanjian biasiswa, surat persetujuan pelepasan penaja kepada TNB adalah diwajibkan

Bagi calon-calon yang berminat dan menepati syarat-syarat yang ditentukan boleh memohon secara online di alamat: http://madis.tnb.com.my/madis dan mengisi maklumat yang diperlukan.

Sebarang permohonan yang tidak lengkap atau pemohonan bentuk hard copy tidak akan dilayan.
Permohonan perlu sampai sebelum 16 Januari 2010.
Hanya calon yang disenaraipendek akan dimaklumkan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-22965566 samb. 6651(Fariq) / samb. 6523 (Ridzuan).
-----------------------------------------------------------------------------
Visit TNB web site for more information and registration.

Jan 7, 2010

Back to Normal .... Selamat Tahun Baru 2010








Dengan datangnya tahun baru, KL balik semula kapada asal ...sesak, sesak, sesak. Bahkan setiap tahun baru, aku perasan ada pertambahan trafik di jalanraya bila masuk tahun baru. Dah 15 tahun duduk di KL, masa pergi-balik kerja semakin panjang, rasa2nya 3X ganda; itupun dgn adanya lebuhraya2 baru. Tak nampak ada penyelesaian kecuali jika kenderaan dijalanraya dikurangkan.

Apa2 pun tahun baru tetap datang. 2010 tahun kita semua yang lahir tahun 1960 mencapai umur 50. Bertambah umur yang lepas, berkurang umur akan datang.

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Jan 5, 2010

Fw: Gambar2 di Mekah dan Madinah - Nazari Ahmad








----- Forwarded Message ----
From: Mohd Nazari Ahmad <mohdnazariahmad@yahoo.com>
To: alimor sipon <alimorsipon@yahoo.com>
Sent: Mon, January 4, 2010 4:26:41 PM
Subject: Gambar2 di Mekah dan Madinah

Assalamualaikum wbt Alimor dan rakan2 SMSJ77 semua,

Selamat Tahun Baru 2010 maka dengan ini bermulalah episod kenaikan umur ke setengah abad. Semoga sihat dan sentiasa dirahmati Allah SWT hendaknya.

Bersama ini aku attach beberapa gambar semasa aku menunaikan fardhu Haji 1430H yang lalu.


Fw: Gambar Sekitar Masjidil-Haram Makkah








----- Forwarded Message ----
From: Mohd Nazari Ahmad <mohdnazariahmad@yahoo.com>
To: alimor sipon <alimorsipon@yahoo.com>
Sent: Tue, January 5, 2010 11:01:13 AM
Subject: Gambar Sekitar Masjidil-Haram Makkah

Assalamulaikum wbt Mor,

Bersama ni aku sertakan beberapa keping gambar untuk tatapan rakan2 SMSJ77 semua. Diharap yg melihatnya terbuka hati untuk menyahut panggilan Baitullah segera. InsyaAllah.

Nanti kalau ada masa aku akan hantar gambar ziarah tempat bersejarah dan gambar Masijid Nabawi

Nota:
Insyaallah Nazari. Aku dan rakan2 yng belum pergi akan sampai suatu hari nanti...Alimor

Fw: Gambar Rakan2 Haji SMSJ77


Nazari Ahmad, Sarudin Kari + keluarga


isteri, Aminuddin, Nazari, isteri

----- Forwarded Message ----
From: Mohd Nazari Ahmad <mohdnazariahmad@yahoo.com>
To: alimor sipon <alimorsipon@yahoo.com>
Sent: Tue, January 5, 2010 2:18:25 PM
Subject: Gambar Rakan2 Haji SMSJ77

Assalamulaikum wbt Alimor,

Bersama ini aku sertakan gambar aku bersama dengan Dr. Hj. Sarudin Kari (Ali) & keluarganya. Gambar ini diambil semasa Ali melawat aku di maktab 85 Mina pada 11 malam.

Gambar satu lagi diambil selepas aku melontar jamrah hari 13 Zulhijjah. Terjumpa pula dengan Hj. Aminuddin & isteri.

Jan 4, 2010

MG di Pontian 17-12-2009

Asri dan Lokman.

Asri, Lokman dan Hanif.

Asri, Lokman, Mohsin, Hanif