Jan 30, 2010

RADICAL SMSJ

Radical 75, 76, 77

Kata-kata Aluan Menteri Pelajaran dlm Radical 75

Sajak/Puisi oleh Zaiton Omar dari Radical 77.

Ini koleksi majalah Radikal SMSJ tahun 75,76,77. Bukan aku punya tetapi koleksi Asri Ahmad yang kirimkan kepada aku melalui Hanif Sulaiman. Majalah dalam keadaan baik kecuali tahun 75 kulit depan dah hilang. Tu kena tanya Asri mana hilang?

Nak buat apa majalah ni? Aku dah selak2 majalah ni semuanya - banyak catatan aktiviti2 kita masa sekolah dulu yg sekarang dah jadi sejarah. Rasanya Asri nak minta aku extract mana-mana isi yang elok dan publish kat blog ni untuk tatapan semua. OK lah, bila ada masa aku akan extract dan publish sikit2.

Majalah sulung Radical di keluarkan tahun 1975. Untuk makluman, kulit Radical 77 di reka oleh Ibrahim Taigo. Nak tau rationale rekabentuk tu tanya Cikgu Ibrahim. Buat permulaan aku publish sajak ciptaan Zaiton Omar dari Radikal 77. Aku baca tapi tak faham. Juga tanya Cikgu Zaiton Omar pencipta sajak ini 33 tahun dulu kalau cuba nak menghayatinya.

Majalah saja yang radikal tapi budak2 sains macam kita tak radikal ....

4 comments:

asri said...

Mor pembetulan. Hanif pinjam dari aku masa dia bertandang ke rumah aku bersama Lokman tapi bila aku nak minta balik rupa dia dah hulur pada kau. Jaga majalah2 tersebut elok2 ye!

Bustamam said...

Ri: Tak nak masukkan dalam Museum ke? Bila dah lama sangat simpan ada aja anasir2 luar yang merosakkan. Anai2, kelembapan, dsb.

Alimor Sipon said...

Nak kena digitized nampaknya majalah tu. Asri, jgn bimbang aku akan jaga majalah tu baik2.

Bustamam said...

Scan dia Mor scan. Kalu tidak hancur di makan dek cuaca. Buat slow2 seminggu satu page, lama2 dapat nah satu set.