Jan 31, 2010

Jumpa AG di rumah orang kahwin

Sa'diah (isteri AS), Alimor, Azizah Ghani, Farid (suami Azizah Ghani)

Hari ini (31/1/10) aku pergi jemputan orang kahwin di Shah Alam; rakan sekerja. Masa nak balik ada orang tegur ' Ini Alimor ke' beberapa kali. Aku kata 'Ya', tapi siapa pulak yang tegur aku ni. Lepas introducekan diri, baru tau yang dia tu Azizah Ghani. Azizah datang bersama suami dan anak2 dari Kuantan ke majlis perkahwinan sedara dia yg rakan sekerja aku. Katanya dia bekerja menjaga anak2 dan suami. Ada masa AG jengok2 juga blog kita ni.

3 comments:

asri said...

Nama Zizah baru kami(aku,mohsin,Jib dan Saani) sebut masa MG d Pusat Perdagangan Pontian tadi. Semoga Allah panjangkan umur,murahkan rezki dan d beri kesihatan untuk awak sekeluarga.

Alimor Sipon said...

Jumpa sekejap sangat, dia dah nak balik Kuantan. Pun kebetulan aku ada kat tempat orang keluar masuk khemah jamuan. Canggih Pontian tu kat Pontian Trade Centre ... kat laut yg tambak tu ke?

asri said...

Ye Mor. Aktiviti perdagangan dah banyak beralih ke situ.Dulu bandar Pontian kan terkenal Bandar Koboi. Kalau di Segamat tu Bandar Segamat Baharu agakanya. Nak mengembang ke darat tak boleh jadi mereka tambak laut. Orang2 dulu cerita kokok ayam dari Pulau Pisang kita boleh dengar di Bandar Pontian. Mereka nak tambak sampai Pulau Pisang agaknya. Mohsin tahu sebab dia ada projek besar di Pulau Pisang tu.