Sedar tak sedar kita telah masuk tahun 2010, sudah satu dekat dalam millennia ini. Dengan tempoh hidup 50 tahun yang dikurniakankan Allah, telah banyak kehidupan yang kita lalui sehingga hari ini. Apa2 pun kita mesti bersyukur kerana telah diberikan rezeki umur sepanjang ini, kesihatan yang baik dan kemewahan yang banyak. Yang penting, apa yang kita telah buat dan habiskan dengan umur itu – bina dan capai kesenangan, pangkat, kekayaan, hartabenda, nama, kebajikan dll. Umur 50 adalah titik penting dlm kehidupan ini untuk kita berhenti sejenak, menilai kehidupan dgn persoalan – apakah yang telah aku buat selama ini dapat menyumbang dan membantu kepada kebaikan akan datang di dalam kehidupan yang kekal.
Bermula dengan beberapa orang kawan2 berhubung melalui e-mail bertanya khabar dan berkongsi cerita2 lama dan baru, perhubungan kita terjalin semula dan berkembang. Kita seronok, gembira dan terharu dapat berhubung dan bertemu kembali rakan2 yang terpisah selepas sekian lama. Makin ramai yang tahu tentang kewujudan ‘perhubungan ini’ memperkenalkan diri untuk menyambung semuala persahabatan. Semangat ini bukan dibuat-buat tetapi keinginan semulajadi semua orang yang sebaya dengan kita, menoleh kebelakang untuk terus bergerak kedepan.
Dalam menjalin semula persahabatan kita hubung menghubungi menggunakan teknologi yang ada masa kini – fb, e-mail, blog, sms dsb. Kita lawat-melawati, kunjung mengunjungi dan jumpa-berjumpa untuk menghidup dan menyegarkan semula persahabatan. Ramai yang pulang kepangkuan 'persahabatan' , tetapi ada juga yang menjauhkan diri selepas bertemu semula - kita tidak tahu kenapa. Mungkin dek perubahan masa – selera, sikap dan pandangan berubah - keserasian telah hilang.
Dalam menjalin semula persahabatan kita hubung menghubungi menggunakan teknologi yang ada masa kini – fb, e-mail, blog, sms dsb. Kita lawat-melawati, kunjung mengunjungi dan jumpa-berjumpa untuk menghidup dan menyegarkan semula persahabatan. Ramai yang pulang kepangkuan 'persahabatan' , tetapi ada juga yang menjauhkan diri selepas bertemu semula - kita tidak tahu kenapa. Mungkin dek perubahan masa – selera, sikap dan pandangan berubah - keserasian telah hilang.
Semangat persahabatan ini timbul dari kehidupan yang lalu – kita pernah bersama, hidup di SMSJ utk satu tempoh waktu. Semangat ini terus digerakkan oleh rakan2 kita masakini yang aktif mengesan, mencari dan berjumpa rakan2 yang dulu pernah bersama. Terima kasih kepada rakan2 yang berusaha menggerakkan dan menghidupkan jalinan persahabatan kita – Asri Ahmad, Mohsin Bakar, Kassim Marsithi, Haniff Sulaiman, Ahmad Kamel, Noorhisham Alwi, Khairuddin Mohd Noor, Salbiah Nawi, Norsani Abu Bakar, Noraini Md Yusof, Maimunah Ariff, Misliah Mahat, Zaiton Omar, Zainudin Kadir, Azali Mohamad, Maznah Mahmood, Ali Husin Ibrahim, Zaki Othman, Bustaman Harun, Jalil Abdullah, Heffny Salleh, Othman Rahim, Md. Norhayati, Nazari Ahmad, Rahim Yusof, Aziz Khamis, Rosman Husin, Zaki Othman, Shakirin Ismail, Ibrahim Taigo, Rahmah Sulaiman, Lokman Mustafa, Muhidin Abu Amin ....
Apa yang kita ingin dan dapat dengan persahabatan yang dijalin semula atau persahabatan lama diberi nafas baru? Kita tidak mahu ianya diteruskan hanya dengan cerita dan kisah2 lama. Kita telah membina kehidupan sendiri dan masing-masing. Jadikan persahabatan yang ikhlas ini untuk membantu sesama kita dari segi moral dan emosi – itu yang kita perlukan untuk meneruskan kehidupan yang tinggal sedikit ini. Teruskan berhubung, ziarah menziarah, jumpa-berjumpa - kekalkan dan suburkan persahabatan kita. Sokongan persahabatan itu penting buat kita semua.
Nota:
Aku tak pandai mengarang, ringkasannya ;
1. 1. Syukur kita semua dikurniakan Allah untuk hidup sehingga hari ini
2. 2. Sejak 'connexion' di ujudkan, ramai kawan2 yang telah dapat dikesan, dihubungi dll
3. 3. Ada kawan2 yang aktif menjayakan persahabatan ini
4. 4. Kita teruskan dan suburkan persahabatan yang ada.
24 comments:
Mor, setiap detik yg kita lalui selama ini membentuk diri kita sekarang. SMSJ tempat kita membesar & mengenal erti kehidupan. Di situ juga kita menjalin persahabatan yg unconditional & belajar berdikari. 7 tahun bersama memberi byk kenangan pahit manis di alam remaja kita.
I dok tunggu jugak Alimor postkan kata2 pendahuluan dia. Sejak blog ni wujud, belum ada lagi posting dia yang tersadai kat "draft" tak terpublish. Dengan posting ni kira pengganti posting tu. Kalau ada siapa yang tau maklumat kawan2 kita sila hubungi saya. Saya maintain spreadsheet kat doc.google.com yang saya boleh sharekan.
Ya, Azmer, unconditional friendship - dulu dan harap2 sekarang.
Alimor, aku rasa kamu harus menerimaan ucapan penghargaan atas inisiatif mengujudkan blog ini dan dengan sokongan semua kawan kawan... kita dapat bertemu semula setelah sekian lama terpisah dan setelah kita semua melepasi satu masa utk membina kehidupan dan keluarga masing masing...kita mulai rindu kehidupan di zaman sekolah..kita ingin mencari rakan rakan yg kita pernah bersama diatas satu bumbung, makan didalam dewan makan yg sama, lauk yg sama, undang undang yg sama...yg membentuk kita pada hari ini..terim kasih alimor dan juga kawan2 yg lain yang menerima konsep unconditional friendship dulu dan sekarang
Tahniah kerana sediakan blog ini, bukan tak nak joint tapi kekadang banyak kekangannya... walau apa pun saya selalu tengok bolg ini boleh katakan setiap hari cuma tak tinggal pesan jer.. moga menjelang usia 5o tahun ni, kita semua akan beroleh kejayaan dan yang paling penting semua perbuatan dan tindakan kita, uasaha kita semuanya akan diberkai...insyaallh
Salam Alimor,
Tahniah kerana bersemangat untuk menjayakan blog ini. Untuk rakan-rakan lain, selamat menyambut usia 50tahun semuga sihat waalfiat dan bahagia selalu.
Sorry, saya tak aktif tetapi sentiasa mengikuti perkembangan, insyaallah kalau kelapangan, akan bersam-sama anda semua. Wasallam.
Mor, kalau roko sebatang pun boleh share ramai2, what more can you say. hahaha.... laki bini pun kadang2 berkira.
Hashim Chonel, terima kasih sudi mengikuti perkembangan rakan2 kita. Selalu2 lah berhubung.
salam semua,
memang bermacam2 benda/perkara yg nak/boleh kia kata/share dlm laman kita ni...tapi dek terlalu banyak...susah juga nak direncanakan.Aku kdg2 bila dah terlalu "teringat,terindu" dgn kamu2 dan zaman kita bersama2...atas katil b4 tertidor aku sebut nama2 kamu seorg demi seorg bermula dgn yg nama start dgn "A" then "B" and so on till "Z"...bila aku tiba pd nama yg "dah tiada"...aku selang dgn AL-FATIHAH.Bagi sapa2 yg pernah ziarah aku disini,ingatkan dirumah aku ada Library...baru2 ni entah sapa & bagaimana...terkeluar dari celah2 buku2 lama...2 surat drpd kakak aku yg pd masa tu dia di Form 6 di Sek. Kolam Air (now Sri Putri KL )dan kita Form 3 (1975)..macam2 nasihat yg dia beri utk aku....tapi...yg "tertitis airmataku"...ialah "sampul surat" aku utk arwah Saufee Amin..." TO : Mohd. Saufee Bin Md. AMIN, N0 18 MARA QUARTERS, JALAN PAHANG,KUALA LIPIS,PAHANG". Mengingati SMSJ,pasti membawa memori aku pd beliau...entahlah kenapa? AL-FATIHAH utk dia dan rakan2 yg dah pergi dulu drpd kita.
Boleh tak aku share satu ilmu yg baru aku dapat drpd membaca sebuah buku "PENENANG JIWA" oleh Imam Gazali...dan sebenarnya secara yg aku tak perasan "ianya" telah aku lakukan sejak aku balik kpg menjadi penternak kbg...ilmu itu ialah ttg "MAKAN"!!!! Imam Gazali kata utk mendekatkan diri/hati kpd NYA....KURANGKAN MAKAN...JANGAN MAKAN HINGGA KENYANG!!! do it...you will get plenty from it!!! aku dah buktikan pd diri aku sendiri. Oklah...till then.
mohsin, penghargaan juga kepada kamu atas idea dan saranan penubuhan smsj77connexion, kehidupan ini umpama berjalan jika selalu pandang kebelakang kita terlupa rezeki yg Allah janjikan kepada kita di hadapan..terima kasih mohsin atas petikan imam ghazali diatas
Salam semua, taknak komen panjang, just to extent my utmost appreciation and gratefulness to all our frens - for the remarkable efforts. maaf lah Mor, mcm Hashim ckp,bukan tak mau aktif tapi ada shj halangannya, tapi setiap kali berpeluang, the COONEXION antara yg pertama dibuka, just to keep track. Bila2 senang, maybe we shud have 'mini gathering' dulu pada yg dekat2, nak ke melaka/johor selalu tak berupaya rasanya buat masa ni, kalau di KL InsyaAllah boleh join. Amacam Mor/Jalil dan lain (maaf tak pasti yg lain2 tu berada di mana); Sori Bus, hang jauh sangat. KJalau tahu hang kat Chico dulu, mesti aku cari, dulu pernah pergi masa ada inter-varsity game di situ. - aku join takraw team, main bola tak pandai :) ..maaf terpanjang pulak, Salam semua
Lan, mini gathering dan jumpa2 kawan kita dah start and on going. Bila terasa nak jumpa, contact sesama kita dan kita jumpa esp. 'newcomer'.
Tak pe la Lan, nanti I buat MG kat sini dengan Lip Pang.
Bus, sekarang nak masuk US check 200%!! jadi nak buat mini MG kat tempat kamu susah sikit, jadi kamu kena selalu balik Malaysia
Jalil, tak apa walaupun kena 200% scan untuk ke US. Just make sure minum Jus Tongkat Ali Orang Kampung sebelum check-in. Mesti security yang buat scanning respect kat you.
Memang betul Lil, Mel. Nak masuk bukan main susah sekarang, nasib baik I balik Okt lepas, kalau tak berjam jugak kena scan. Make sure salin spender sebelum touch down. hehehe.
Kah...kah...kah.... Kelakarlah kau orang ni.
Mor dan rakan-rakan sekelian... 5 tahun kita bersama di bawah satu bumbung SMSJ, dari EC ke SMSJ Kluang. Tiba2 bila dah berpisah selama +-32 thn ni, terjumpa semula, walaupun ada yang tidak dpt lg bersua muka dgn sesetengah kawan2, tapi bersua dlm Blog Alimorsipon dan email SMSJ77 pun sudah memadai utk mengimbau kembali nostalgia ketika bersama2 dulu - samada berada dlm satu kelas, atau satu rumah sukan, atau persatuan, atau satu bas rombongan, dll. Ingat lagi kisah2 dulu ketika di sekolah dan di asrama... yang senyap di sekolah, kekadang boleh jadi macam tarzan(or Jane) di asrama...that's me! Yang nampak baik di sekolah, kekadang boleh jadi nakal dn terejal di asrama (boys ramai yg macam tu!). Anyway, it's nice to be able to reunite dengan semua kawan2, tak kira samada in-person atau di alam cyber. How lucky we are to be able to do this! I'm wishing to all of us good and blessed new year wishings, happy birthday in advance to all of us,
dan semuga hubungan siratulrahim di antara kita semua berkekalan selama2nya...Amin 3X!
Salam ingatan tulus ikhlas dari, Norin (Noraini Mohd Yusof).
p/s : Dulu kalau saya geram, saya akan baling buku kat budak2 boys yg menyakitkan hati sbb buku2 di bawah meja saya abis kena "kemas". Di sini saya nak minta maaf kepada sesiapa yg terasa dan terlibat "menerima pembalingan buku" tersebut dari saya. Hehehe... but on another note, saya serious ni nak minta maaf ye...
Betul yg Norin kata tu. Nervous but excited juga kenal semula kawan lama (konon2nya kawan tp kat sekolah tak kawan pun)mcam nak berdating pula.
Norin, skrg ni kalau kau marah baling apa?
hai..apa lagi..baling kata-katala..en.alimor ni. macam tak tau aja..eh ye ke?
Ha-ah, betul jugak tu, Berahim! Dulu kat sekolah, kalu marah kat budak boys, boleh baling buku.
Now ni kalu marah either baling "wordings lagu", atau sebut "astaghfirullahil'adzim" 3X paling sikit.
Masalahnya, sekarang ni susah nak jumpa target utk baling-baling benda. Tension lah! Nak kena cari jugak ni! Hehehe...
Ha-ah, betul jugak tu, Berahim! Dulu kat sekolah, kalu marah kat budak boys, boleh baling buku.
Now ni kalu marah either baling "wordings lagu", atau sebut "astaghfirullahil'adzim" 3X paling sikit.
Masalahnya, sekarang ni susah nak jumpa target utk baling-baling benda. Tension lah! Nak kena cari jugak ni! Hehehe...
Norin..aku cadangkan kau mula aktif main Boling ke atau Boomerang.. kira OK gak .. baling jugak tu.
Gud idea tu, Nazari! Dah lama tak baling benda berat macam bola boling tu. Boomerang...hmm...nak kena praktis bnyk2, takut nnti dia jadi one-way je, tak balik2...hehe.
Post a Comment