Jan 17, 2010

Fw: Taklimat Malaysia Business Council kpd PM malam tadi





Ketua Menteri Melaka, Ahamad Kamil





----- Forwarded Message ----
From: Ahamad Kamel Ismail <akamel.ismail@gmail.com>
To: Alimor Sipon <alimorsipon@yahoo.com>
Sent: Sat, January 16, 2010 6:05:54 PM
Subject: Taklimat Malaysia Business Council kpd PM malam tadi

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Mor,

Malam tadi dapat berjumpa dan makan malam dengan PM. Sebelum tu ada taklimat kepada PM, menteri-menteri  dan Ketua Menteri/ Menteri Besar berkenaan peluang pelaburan 2 hala.

Masa makan kami sempat berbual dangan PM berkenaan isu-isu semasa di sini dan di Malaysia. Salah satu tajuk yang dibualkan adalah berkaitan Rektor Universiti paling berpretij di sini, King Abdullah University of Science and Technology (KAUST) adalah seorang Prof dari Singapura yang mempunyai "credential" yang tinggi. PM tanya, bolehkah rakyat Malaysia menerima jika diletakkan seorang rakyat asing yang berkaliber menjadi Naib Chanselor di sebuah University yang Top di Malaysia? Beliau berkata adalah sukar untuk berbuat demikian di Malaysia.


شكراً لك

ولسعادتكم أطيب تحياتي

Ahamad Kamel Ismail               احمد كامل اسماعيل  

17 comments:

Alimor Sipon said...

Bertuah Mat, kerja kau dapat peluang 'gosok bahu' dgn org2 penting bisnes and politik M'sia.

Bustamam said...

Rektor tu macam Chancellor la ek Mel?

Unknown said...

Mor, aku cuma keje jaga sampah. Tapi sekarang sampah dah jadi isu penting, termasuk kat negara kita. Tapi kalau diuruskan dengan baik, boleh buat duit.

Bus, Macam Naib Chancellor. Kira the top administrator kat U. Chancellor biasanya kerabat diraja.

Bustamam said...

Tak pe Mel, jaga sampah. Lambat laun isu tu akan menjadi critical jika tak diuruskan dengan baik dan tak ada program untuk recycling. Sekarang ni main humban aje, sekarang banyak lagi kawasan tanah untuk sampah sarap, tak lama nanti landfill suma penuh.

Unknown said...

Bus, actually kat Malaysia isu sampah dah jadi sangat kritikal, pasal kebanyakan landfill sampahnya dah melebihi had. Di Johor banyak PBT tak ada landfill lagi, jadi mereka tumpang kat landfill PBT lain and juga dah penuh. It is not economical to operate, as the disposal site is too far and they have no transfer facilities.

asri said...

Mel tiada teknologi lain ke untuk lupuskan sampah selain ditanam. Singapura lupuskan sampah di mana?

Baik dengan KM Melaka tak de apa2 ke?Kan sekampung.

Alimor Sipon said...

Banyak sampah = sign of economic prosperity. Tak tahu nak uruskan sampah = sign of technological deficiency.

Unknown said...

Sebenarnya ada macam macam cara yang boleh digunakan untuk lupuskan sampah. Biasanya cara tapak pelupusan digunakan kerana murah, tapi sekarang harga tanah pun dah mahal. Satu lagi cara ialah incinerator (bakar utk hasil tenaga) tapi semua bahan akan terurai dan tidak boleh digunakan semula. Bahan organik pula boleh di fermentasi untuk hasilkan methane dan bahan bukan organik di kitar semula. Semua teknik ada untuk kebaikan alam sekitar, cuma siapa yang buat keputusan?

Unknown said...

Asri, Tok Ali kenal aku masa aku jaga Melaka dulu, sebelum aku pindah ke Johor. Dia happy kerana Melaka dapat jadi negeri terbersih. Aku harap masih lagi bersih lah.

Kat Melaka semua orang kena kerja, pasal Ketua Menteri ada tongkat, tak buat kerja kena libas. Tu sebab kat Melaka ada produk Orang Kampong, Jus Tongkat Ali, untuk menahan libasan tersebut

Abdul Jalil said...

Kamel, kilang produk orang kampung ada di kampung aku, merlimau, tu sebab org merlimau tahan kena libas...heheh ,Mel, aku perhatikan businessman yg ikut PM punya lawatan majoriti org yg sama, mana mana org tu juga sign MOU lepas tu lupa..aku rasa dia org ni members only..org kecik kecik tak mampu nak jadi member..ada peluang berniaga baik2 ke dgn saudi kamel, tengok2lah sambil sambil jaga sampah..jaga sampah ni fardu kifayah kamel...

Unknown said...

Memang lah Lil, kena join group lah. Aku tak duduk betul betul sebelah PM, kalau tak aku nak bagi tahu dia teknologi pelupusan sampah mesra alam. Kat bawah ni ada link berita TV3. Cuba cuba tengok kot nampak gambar kenkawan

http://www.tv3.com.my/Shows/EpHighlight.aspx?MasterID=190&ShowID=231&MenuID=2&TemplateID=1&EpID=32278&VideoID=44329

Bustamam said...

Alamak Mel kena daftar la nak tengok video, maleh nak daftar. Tu la Mel, selagi politician tak membuat isu ni highest priority, problem nya akan berlanjutan. I pun tak sangka yang kat Malaysia dah sampai kritikal, macam Singapore tu memanglah, separuh dari tanah2 dia tu asalnya landfill. Kalau reclaim tanah dari landfill murah sikit dari reclaim laut.

hamzah41 said...

Apapun Mel, tahniah dapat gambar dengan KM Melaka, negeri kiter..

Unknown said...

Hamzah, aku pun tak sangka jumpa dia kat sini. Dulu masa kat Melaka jumpa setiap minggu.

Aku nak tanyalah, aku cuba akses aku punya cukai online tak daptlah. Tahun lepas aku tak dapat submit. Tahun ni cuti aku tak lulus-lulus lagi. Lepas tu dulu LHDN bagi aku disket, sekarang komputer aku tak ada disk drive lak.

Berapa penaltinya, aku tak ada pendapatan yang bercukai.

Bustamam said...

Mel, mungkin ada kengkawan kita yang CPA yang boleh tolong. Tax ni kalau tak di uruskan dengan betul, poning jugak dibuatnya.

Ri, kekadang dia rang "randomly" buat strip search. "Random" la konon, tapi orang yang berjanggut selalu je kena. Sib baik janggut aku ala Shih wang ti.

Alimor Sipon said...

Janggut Bus ala ala A. Samad Said Sasterwan Negara tu. Kalau putih semua lagilah sebijik macam dia. Masa mula2 jumpa kat rumah MZ/SN raya lalu, orang tanya sapa dia, lepas tu dia kerja apa. Ramai ingat Bus ni mcm penyair, penyajak, penulis ... kira sasterawan juga ... style tu ada.

hamzah41 said...

Kamel , line efiling sedang tutup sekarang, dia akan buka mungkin akhir Feb , tapi kalau nak suruh aku semak , kau tinggalkan ic kat blog aku http://hamzah41.blogspot.com