Jan 13, 2010

Fw: Gambar Bukit-bukit Bersejarah


Jabal Nur


Bukit Tsur


Jabal Rahmah


Perkuburan Syuhadah


----- Forwarded Message ----
From: Mohd Nazari Ahmad <mohdnazariahmad@yahoo.com>
To: alimor sipon <alimorsipon@yahoo.com>
Sent: Wed, January 13, 2010 4:14:03 PM
Subject: Gambar Bukit-bukit Bersejarah

Assalamualaikum wbt kawan2 semua,

Antara aktiviti semasa menunaikan fardhu haji ialah ziarah. Banyak juga tempat bersejarah yang dibawa semasa itu. Untuk kali ini aku attach kan beberapa gambar bukit2 yg ada signifikannya dengan Islam.

Gambar pertama ialah Bukit Tursina di mana terletaknya Gua Hira'. Semasa Rasulullah SAW berada di sana setiap hari Siti Khadijah (2 kali sehari) menghantar makan kepada Baginda dari Mekah. Bayangkan bukit yg tinggi dan beliau sanggup mendakinya demi suami tersayang. Itulah besarnya pengorbanan seorang isteri yang SOLEHAH.

Gamabr kedua ialah Bukit Tsur dimana terletaknya GUa Tsur. Semasa Rasulullah berhijrah dikejar kaum kafir Baginda dan Abu Bakar As-Siddiq bersembunyi di dalam gua ini. Cerita lanjut sila rujuk buku Pengetahuan Agama Islam Tingkatan Dua keluaran Tahun 1974. he he he.

Gambar yg ketiga ialah Jabal Rahmah.. yang ini ramai suami tahu. Di sinilah tempat pertemuan Adam dan Hawa. Ramai yg berdoa untuk mendapat jodoh, keharmonian rumahtangga dsbnya. Di kaki bukit ini terdapat tempat Rasulullah wukuf kali pertama.

Gambar yang keempat ialah perkuburan para syuhadah berlatar belakangkan Bukit Uhud. Diriwayatkan setelah 43 tahun perang Uhud berlaku banjir besar yg meneggelamkan sekitar kawasan bukit uhud ini. Jenazah2 para syuhadah terkeluar dari kubur dan masih elok dan berdarah lagi. Ada yg mengatakan sebab itu kawasan bukit uhud itu bertukar kemerah-merahan (wallahualam).


 Nota:
1. Terima Kasih Hj. Nazari kerana berkongsi gambar2 dan cerita disebaliknya.
2. Jabal = Bukit

1 comment:

asri said...

Bila mengingatkan tempat2 bersejarah ini di mana asas dakwah yang dimulakan oleh Rasulullah s.a.w bolehkah aku meneruskan perjuangan baginda dan para sahabat untuk melagangkan Islam sebagai cara hidup dengan pengaruh Yahudi di mana2 dalam sudut kehidupan kita. Itulah sumpah Yahudi untuk menyesatkan umat Islam hingga keakhir zaman setelah mereka terusir dari bumi Madinah. Rasa tak larat ya Tuhanku.