Jan 8, 2010

Peluang Kerjaya di TNB



Kepada kawan2 yang berminat untuk mendapatkan kerjaya anak2 dengan TNB, ini ada peluang untuk bekerja dengan syarikat utiliti terunggul di M'sia. Jangan lepaskan peluang ini. Yang terbaik adalah pilihan TNB. Selamat mencuba.
------------------------------------------------------------------------

Iklan Jawatan Kosong - Program Eksekutif Pelatih TNB (PEP)
Bagi memastikan kecemerlangan perkhidmatan TNB berterusan dan mendokong visi kepimpinan global yang strategik, TNB terus berusaha untuk mencari bakat-bakat baru dan dengan bangganya menjemput mereka untuk menyertai Program Eksekutif Pelatih TNB (PEP). Syarat kelulusan akademik yang diperlukan adalah seperti berikut:


- Ijazah Kejuruteraan Elektrikal (pengkhususan dalam Elektrik Kuasa diutamakan)

- Ijazah Kejuruteraan Mekanikal

- Ijazah Perakaunan
- Ijazah Sains Komputer
- Ijazah Kejuruteraan Komputer
- Ijazah Teknologi Maklumat
- Ijazah Undang-undang


Program:

- Program latihan bersepadu selama 12 bulan

- Latihan Dalam Kelas yang komprehensif

- Membina Semangat Berpasukan (Teambuilding)

- Latihan Dalam Kerja di pelbagai unit bisnes

Setelah menamatkan keseluruhan program dengan jayanya, Eksekutif Pelatih akan dinilai kesediaan mereka bagi mengambil tugas dan tanggungjawab yang lebih besar untuk ditugaskan di bahagian teras TNB seperti Bahagian Penjanaan, Penghantaran dan Pembahagian ataupun mana-mana bahagian lain, jabatan atau anak syarikat TNB

Syarat-syarat:

- CGPA 2.70 dan ke atas bagi Ijazah Kejuruteraan Elektrikal (pengkhususan dalam Elektrik Kuasa diutamakan)
- CGPA 3.00 dan ke atas atau ijazah Kelas Kedua Atas bagi Ijazah Kejuruteraan Mekanikal, Perakaunan, Sains Komputer, Kejuruteraan Komputer, Teknologi Maklumat dan Undang-undang
- Semua ijazah mesti diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency)
- SPM/SPMV dengan kredit dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
- Had umur tidak melebihi 28 tahun
- Sanggup ditugaskan di mana-mana bahagian yang diarahkan oleh TNB.
- Bagi pemohon yang mempunyai ikatan perjanjian biasiswa, surat persetujuan pelepasan penaja kepada TNB adalah diwajibkan

Bagi calon-calon yang berminat dan menepati syarat-syarat yang ditentukan boleh memohon secara online di alamat: http://madis.tnb.com.my/madis dan mengisi maklumat yang diperlukan.

Sebarang permohonan yang tidak lengkap atau pemohonan bentuk hard copy tidak akan dilayan.
Permohonan perlu sampai sebelum 16 Januari 2010.
Hanya calon yang disenaraipendek akan dimaklumkan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-22965566 samb. 6651(Fariq) / samb. 6523 (Ridzuan).
-----------------------------------------------------------------------------
Visit TNB web site for more information and registration.

4 comments:

asri said...

Tq Mor.Good info.

kembara kelana said...

time kasih mor

ziey said...

saya dipanggil utk assessment kat tnb ni nextweek..
ada x sape2 yg taw, biasa kalo discussion tentang ape?
coz kne wat presentation in group

Alimor Sipon said...

Ziey, assessment/presentation apa?